Khamis, Januari 07, 2010

Menghadapi Masalah Hidup


  Menghadapi Masalah Hidup






Baik juga kiranya malam ini saya berkongsi dengan saudara semua sebuah ceramah Aa Gym yang sudah berulang kali saya dengar sejak beberapa tahun yang lalu. Ceramah ini sangat baik untuk kebanyakan kita yang sedang menghadapi banyak cabaran dan masalah di awal tahun ini. Pemikiran Aa Gym bagus sekali dan disampaikan dengan bahasa yang lembut dan suara yang mampu menyejukkan kita yang mendengarnya. Layan ya;-)


Note: Jika ada di antara anda yang mahukan versi MP3 untuk ceramah ini, sila email kepada ustazcahaya@gmail.com. Saya berikan percuma, jangan risau;-)

KREDIT kepada Saudara hafidzaini yang menguploadkan video-video di bawah ke YouTube.



















Alhamdulillah. Salah satu cabaran awal tahun 2010 dapat diselesaikan hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Mr Saufi Lim, rakan Cina Muslim saya, yang membantu saya menyelesaikan masalah ini. Ada beberapa masalah lagi yang perlu diselesaikan.

Terima kasih juga kepada saudara-saudara yang mendoakan saya.

Mengimpikan hidup tanpa masalah, ibarat mengimpikan siang tanpa malam. Masalah dalam kehidupan tetap datang. Bersamanya ada hikmah ketentuan Tuhan. Perbezaan manusia bukan sahaja pada masalah yang dihadapinya, namun juga pada bagaimana kita menghadapinya. Orang yang berjaya bukanlah orang tanpa masalah, tapi orang yang berjaya adalah orang yang tidak takut dengan masalah.



2 ulasan:

  1. salam ustaz..mslh adalah cabaran idup..bagaimana kite menyelesaikannya adalah suatu tempoh kematangan bagi kita

    BalasPadam
  2. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom. Terima kasih. Iya benar, saya setuju.

    BalasPadam