29/01/2010

Post Khas Menolong Sesama Muslim (Cari Cari Daanya Hana Leonora dan Doakan Untuk Seorang Novelis)


  Post Khas Menolong Sesama Muslim
(Bantu Kami Cari Daanya Hana Leonora
dan Doa Untuk Seorang Novelis)









Hari Jumaat datang lagi. Alhamdulillah, hari Jumaat kekal menjadi hari kegemaran saya. Syukur, saya baru lepas menghantar artikel di MomBloggersPlanet. Cukup syarat minimum dua artikel sebulan. Saya sudah risau, takut tidak terlaksana tanggungjawab, syukur dapat juga tulis sekurang-kurangnya dua artikel di MomBloggersPlanet untuk bulan Januari 2010 ini.

Saya teringat sebuah hadith yang mengatakan, salah satu doa yang terjamin makbul ialah doa daripada seorang muslim kepada saudaranya yang tidak diketahui oleh saudaranya. Saya juga teringat sebuah kata-kata berbunyi. "Ambillah masa untuk berdoa, kerana doa adalah senjata terkuat yang ada di dunia".

Dalam post kali ini, saya ingin mengajak kita bersama mendoakan dua orang saudara kita ini yang sedang dalam musibah dan ujian dari Allah (SWT).

1. Doa buat seorang novelis, yang tidak perlu saya beritahu nama beliau di sini atas sebab-sebab tertentu.  Beliau kini sedang dalam masalah kesihatan dan dalam usaha untuk melakukan pemindahan jantung. Begitu yang saya baca di blog beliau.
2. Doa buat Puan Farah Shamsuddin, yang kehilangan anak beliau bernama Daanya Hana Leonora, yang berusia 18 bulan. Daanya Hana Leonora diculik oleh bapa kandungnya sendiri di khalayak ramai. Menyedihkan, tidak seorang pun yang lalu lalang tampil menolong. Mungkin atas sebab 'tidak mahu jaga tepi kain orang'. Mujur yang culik itu ayah kandungnya, jika penjenayah yang culik pula bagaimana. Rakyat Malaysia, kita perlu lebih prihatin. Maklumat lanjut KLIK SINI.



Saya hadiahkan lagu ini buat mereka..

Insya Allah-Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama12/1/11 08:33

    masih belum jumpa.. kesiannya...jahatnya si penculik

    BalasPadam
  2. Saya tak faham knp sehingga kini kes daanya hana sepi...let's help pn farah! Sebarkan maklumat..daanya hana dah 5 yrs but tak pernah jumpa ibu kandungnya..just imagine daanya hana is ur mother?people out there, let us help pn. Farah shamsuddin! At least u pray for them!let's do this!

    BalasPadam