21/01/2010

WO AI NI ALLAH (Kisah Para Pencari Tuhan)


  WO AI NI ALLAH
(Kisah Para Pencari Tuhan)




Photobucket

Dua faktor pertama dan utama yang menarik perhatian saya kepada novel 'WO AI NI ALLAH' ini ialah, kerana warna merah pada kulitnya dan bahasa Cina pada tajuknya. Warna merah adalah warna saya. Kebetulan, kini, dekorasi sambutan Tahun Baru Cina dapat dilihat di mana-mana. Tambahan pula, kehidupan saya yang sangat 'dekat' dengan orang-orang Cina.

Bangun seawal pagi, dalam perjalanan ke surau untuk bersolat subuh, saya dapat melihat beberapa orang pak cik dan mak cik berbangsa Cina berjalan kaki (senaman pagi). Balik dari surau pula selepas subuh, saya melihat peniaga-peniaga Cina membuka kedai runcit mereka yang ada lima buah di kawasan perumahan yang saya diami ini. Ya, lima buah. Kadang-kadang, seawal pagi lagi saya sudah ke kedai runcit untuk membeli keperluan diri dan keluarga. Jika hujung minggu, saya suka merayau-rayau pada waktu pagi, saya melihat orang-orang Cina bersenam Tai Chi di Dewan Suarah.

Memang Sarawak boleh dikatakan mempunyai bilangan kaum Cina yang ramai. Malah, ada Cina Melanau, Cina Melayu, Cina Iban dan lain sebagainya lagi kaum kacukan Cina di Sarawak. Saya sendiri rapat dengan beberapa orang Cina muslim di sini. Seorang Cina Muslim yang rapat dengan saya seorang pengusaha stesen minyak di sini. Berketurunan 'Baba dan Nyonya'. Pernah menjadi 'penyebar agama Kristian' yang pernah mengikuti latihan di Filipina, Singapura dan Australia. Saufi Lim, antara 'para pencari Tuhan' yang saya kenali secara langsung. Beliau pernah menganut Buddha, berjinak-jinak dengan Hindu dan Bahai, dan akhirnya menemui kebenaran dan ketenangan dalam agama Islam.




Photobucket


Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial? Pada saat kita sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga terasa Tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi.
Itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis Cina ateis, yang tidak tahu ke mana hala hidupnya. Namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja, pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. Dalam mencari punca kecelaruan itu, akhir bertemu apa itu Tuhan.
Wo Ai Ni, Allah… aku cinta Allah… tutur gadis itu pada saat dia mengerti siapa Tuhannya.
"Sosok gadis China dalam novel ini adalah cermin kerinduan spiritual tak terkatakan di kalangan ateis yang tidak ingin mengetahui cara hidup. Sedangkan Muslim dan seorang Muslim sendiri, nombor adalah batu ujian iman dan mempersoalkan keaslian ihsannya. Vanny telah mengetuk pintu spiritual setiap hati manusia ...."

Taufiqurrahman al-Azizy, pengarang best-seller novel spiritual.

"Wo Ai Ni, Allah ... I love You, Allah ... apa pun, itulah esensi hidup kita. Sebuah novel yang penuh cabaran, cabaran, dan teladan percaya tentang kewujudan dan kebenaran Allah ...."
Muhammad Masykur A.R. Said, pengarang best-seller Mukjizat Cinta.

"Vanny, ini novel hebat, kuat, inspirasi watak, layak dibaca siapa pun!" Abidah el Khalieqy, sastrawan perempuan senior, di Yogyakarta.



Pencari Tuhan. Itulah tema yang memikat saya untuk memiliki novel 'WO AI NI ALLAH' ini, yang merupakan karya pertama penulis Vanny Chrisma W. yang saya baca. Sekarang, Vanny sudah menjadi penulis kegemaran saya. Vanny Chrisma adalah penulis dari negara jiran kita, Indonesia. Novel ini bersaiz 4.5 inci x 7.5 inci dengan 292 mukasurat. Novel ini diterjemah ke bahasa Melayu (Malaysia) oleh Suraya Adnan dan diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Novel dengan saiz seperti ini, memang menjadi kegemaran saya. Mudah dibawa ke mana-mana, dan mudah untuk dibaca, walaupun semasa berbaring.

Sekali pandang, mungkin ramai menyangka novel ini adalah novel remaja. Namun bagi saya, ia sebuah novel yang dewasa dan matang. 'WO AI NI ALLAH' memulakan kisah, dengan gambaran kecelaruan Tuan Tan Tio, yang dianggap gila dan mengganggu oleh orang-orang di sekelilingnya kerana setiap hari, apa yang dilakukannya ialah 'mencari Tuhan'. Tan Tio mencari Tuhan dengan bertanyakan kepada orang lain, membaca buku, memandang alam dan langit, malah 'berbicara' dengan semut dan daun.

Membaca kelakuannya, membuat kita percaya Tan Tio adalah seorang gila, namun membaca pemikiran dan monolognya, kita akan berfikir banyak perkara yang lain. Antara masalah besar Tan Tio untuk 'menemui' Tuhan yang dicarinya ialah, dia menyandarkan segalanya pada logik, sedangkan hakikatnya, logik akal manusia tidak akan sampai kepada hakikat Tuhan yang 'Tidak Ada Sesuatu Sekalipun Yang Menyamai DIA'. Akhirnya, Tan Tio terbunuh dalam pencariannya.

Sebelum mati, Tan Tio sempat berpesan kepada anak tunggalnya yang bernama Amei, yang selalu menemaninya dalam aktiviti 'mencari Tuhan' sehari-hari. Amei, seorang gadis kecil berumur 14 tahun, menyambung pencarian ayahnya. Amei bertekad untuk mencari rumah Tuhan agar dia dapat menemui kembali ayahnya yang 'diambil' Tuhan. Selepas kematian ayahnya, Amei meniru perbuatan yang selalu dilakukan oleh ayahnya, agar dia dapat menyambung kembali pencarian ayahnya yang terputus di tengah jalan. Mungkin berbeza dengan ayahnya yang mencari Tuhan oleh desakan naluri, Amei mencari rumah Tuhan untuk mendapatkan kembali ayahnya. Akhirnya, ibu Amei menganggap Amei sudah 'gila' dan menyambung 'kegilaan' ayahnya. Sudahnya, ibu Amei, tegar meninggalkan Amei di sebuah stesen keretapi di Surabaya.

Oleh ibunya sendiri yang membuang dirinya, Amei menjadi anak 'gelandangan' di Kota Surabaya sehingga Amei nyaris dirogol pada suatu malam. Takdir mempertemukan Amei dengan seorang pemuda bernama Hussain, yang memang mencari seorang pesakit mental sebaya Amei.

Begitulah, setakat 77 mukasurat yang telah saya baca dalam novel 'WO AI NI ALLAH' ini. Memang sebuah karya yang baik, dan termasuk dalam senarai kegemaran saya. Novel pertama yang saya beli pada tahun 2010 ini, memang sebuah pembelian yang berbaloi. Harga yang tertera pada kulit buku ialah RM18.50. Saya sendiri tidak pasti mengapa mendapat potongan RM2 menjadikan harganya RM16.50. Kemudian setelah ditolak diskaun 'Member POPULAR', harga yang perlu saya bayar hanya RM14.85.

Photobucket

Mulanya, saya tertarik dengan tema 'Pencari Tuhan' dalam novel ini, dan selepas membacanya, saya lebih tertarik kerana ia membawa persoalan dan permasalahan berkaitan penyakit mental. Bukan sahaja tentang akidah, novel ini tentang kejiwaan dan penyakit emosi. Memang tiga subjek yang saya minati.

Secara peribadi, novel ini baik untuk santapan rohani kita sebagai Muslim. Bersyukurlah, kita sudah punya Tuhan yang hakiki, tanpa perlu kita bersusah payah mencari-NYA. Tinggal lagi, apakah kita sudah benar-benar mengenali Tuhan kita? Kayu ukur untuk menilai apakah kita sudah kenal Tuhan kita, bagi saya adalah mudah; nilai pada diri, apakah kita CINTA KEPADA ALLAH? 'WO AI NI ALLAH'...

'Aku Cinta Allah'... jika ayat ini mampu kita kita ucapkan dengan jujur dan ikhlas, sesungguhnya kita sudah menemui dan mengenal Tuhan kita, Tuhan kepada tumbuhan dan haiwan, Tuhan Sekalian Alam, iaitu.. ALLAH (SWT).



Lagu-lagu yang saya dengar semasa menulis post ini..

Ni lagu yang memang sudah diketahui ramai..


Ni, Mus memang peminat saya;-), eh saya suka lagu Mus..



Ungu. Mereka juga pelopor lagu keagamaan di Indonesia..


14 ulasan:

  1. saya suka ching ai ching ai

    BalasPadam
  2. ^^ SubHanaLLaH..

    Puji ALLah banyak2..

    HidaYah itu milik-Nya..diberi Kepada Yang dikehendaki-Nya..

    Syukuri Nikmat itu..
    kerana terpilih menJadi 'Pendamping' Cinta ALLaH..

    smoga mereKa yg baru mengenaL Allah akan sentiasa berada dlm pimpinan-Nya

    BalasPadam
  3. In finding his true God, my husband had been a Christian for many years - But he's confused with Mary, Joseph, Trinity ...
    He would learn more about Hindu if he could understand Tamil.

    Alas, when he saw a friend enjoying a simple food fare of plain rice and one other dish, he asked the friend what's so good about that plain food.
    The friend answered, the goodness is being grateful - Syukur with whatever gift bestowed upon us by Allah.
    SYUKUR is the keyword - The straight path that leads him being a Muslim.

    BalasPadam
  4. Fid:

    Salam Puan Rafidah, saya juga;-)

    BalasPadam
  5. ~ana SoLehah~:

    Salam Dik Noorsiah. Pertama kali komen di sini ya? Terima kasih. Sesungguhnya saya perlukan respon daripada pembaca di sini.

    Maha Suci Allah, dan Segala Puji Bagi Allah. Kadang-kadang, manusia menyalahkan Tuhan kerana tidak memberi hidayah, rupanya mereka lupa, merekalah yang tidak menyedari hidayah yang sedia ada dalam setiap naluri;-)

    BalasPadam
  6. Ummie:

    Salam Kak Ummie;-)

    Terima kasih sebab akak selalu respon kepada tulisan saya.

    Syukur, dan tahniah kepada Kak Ummie yang mendapat jodoh dengan suami. Saya kagum dengan kisah suami Kak Ummie. Sama kisahnya dengan sahabat saya, Saufi Lim. Saya suka berbicara soal perbandingan agama dengan Saufi.

    BalasPadam
  7. menarik kulit buku tue..walau org kater don judge a book bt its cover tp ia perlu utk sekurang2nya membuat org singgah belek..biler berkenan, trus je beli..

    BalasPadam
  8. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom. Iya, begitulah yang terjadi kepada saya. Dari mata turun ke hati, terus beli.. Dah baca, jatuh cinta pula;-) hehe

    BalasPadam
  9. For your info, he's sometimes frustrated with some neighbours in the neighbourhood, Malays (100% Muslims in M'sia category right?) who would rather spent maghribs watching tv at the neighbourhood warongs.
    Nak cari rezeki HALAL at the expense of one's duty to God.
    Other solat time?

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum wrt...
    Rasa adanya tuhan merupakan fitrah manusia ...apalagi apabila manusia ditimpa kesusahan dan kesulitan.... firman Allah ta'ala dalam surah Az-zumar ayat 8, "“Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya;...." , cuma terdapat segolongan manusia yg cuba menafikan kewujudan tuhan kerana mengikut nafsu dan logik akal yang tidak logik sebenarnya..Syukur alhamdulillah kita umat Islam tidak perlu mencari tuhan kerana rahmat Allah s.w.t..sentiasa bersama hamba-hamba-Nya yg soleh...
    P/S: ustazah N??:-)

    BalasPadam
  11. Ummie:

    I, too, same like your hubby;-) Thank Kak Ummie, for sharing your story.. Send my 'salam' to your hubby ya;-)

    BalasPadam
  12. yatie:

    Salam Ustazah Nurhayati;-)

    Terima kasih menambah dalil Al-Quran di sini. Setakat ini, saya sudah baca hampir separuh novel ini. Memang bagus novel ni bha;-)

    BalasPadam
  13. salam ...
    saya pn dah memiliki novel
    wo ai ni allah
    terbitan pts litera..

    isi kandungan sungguh menyentuh jiwa...
    yang pasti semua nyer 1 pengorbanan

    BalasPadam
  14. DjManje:

    Salam DJ Manje.

    a.k.a Puntianak berkalung sorban. Wo Ai Ni Allah antara novel terbaik yang saya beli tahun ini..

    Terima kasih DjManje;-)

    BalasPadam