10/02/2010

Cara Melaporkan Blog Yang Melanggar Etika


  CARA MELAPORKAN BLOG YANG MELANGGAR ETIKA



Belum berapa lama dalam bulan Februari 2010 ini, negara kita dikejutkan oleh perbuatan biadab seorang blogger terhadap Almarhum Sultan di Negeri Johor. Saya seperti juga orang lain, tentulah ingin melihat dan membaca blog blogger yang biadab itu.

Terkejut, itulah perasaan saya membaca penulisan blogger bernama samaran Aduka Taruna itu. Rupa-rupanya, penulisan biadab AT bukan sahaja ketika mengulas kemangkatan Baginda Almarhum Sultan Johor, malah dalam penulisan terdahulu beliau di blognya, beliau menulis tentang agama Islam dengan cara yang biadab sekali.

Blogger biadab ini bukan sahaja menghina ulama, menghina bangsa dan keturunan datuk neneknya sendiri (orang Melayu), menghina para sahabat Rasullah (SAW) malah AT sewenang-wenangnya menghina isteri Rasulullah (SAW), atas dasar menentang apa yang dikatakannya sebagai ‘kebodohan’ dan ‘feudalisme’.

Malam minggu yang lalu, ketika beberapa orang blogger yang saya ‘follow’ mengecam usaha mengutip derma yang dilakukan oleh AT, saya sekali lagi membaca blog AT. Terkejut dan mengucap panjang, malah hati menjadi panas ketika membaca satu entry di blog AT. Entry tersebut menceritakan pengalaman AT di dalam lokap.


TULIS ADUKA TARUNA:


Tima kasih la ya Allah lu bagi member macam Shah kat gua.

Ya Allah.. sesungguhnya, solat gua, ibadah gua, hidup gua dan mati gua hanya untuk Lu. Maafkan gua masa silam. Tetapkan gua di jalan yang lurus. Amin.


Bukti KLIK URL DI BAWAH:

http://adukataruna.blogspot.com/2010/02/rakan-lokap-gua.html

Sama ada sengaja atau tidak, penulisan begitu adalah satu kebiadapan. AT dalam post tersebut berdoa. Dalam doanya AT masih ego untuk mempertahankan gaya bahasa ‘biadap dan lancangnya’ dengan menggunakan bahasa ‘GUA-LU’ dengan Allah, Tuhan dan Raja sekalian alam.

Atas dasar tanggungjawab sebagai seorang BLOGGER MUSLIM, dan atas sokongan rakan-rakan blogger yang lain terutama sekali Mybabah (Bang Samsudin. Blog: http://mybabah.blogspot.com/ ); saya menyediakan tutorial ini. Inilah sekadar usaha yang termampu saya lakukan sebagai seorang BLOGGER MUSLIM, untuk menentang kemungkaran yang dilakukan menggunakan internet.

Dalam tutorial ini, kita akan mempelajari cara berkempen untuk meminta pihak Blogger.Com untuk menghentikan operasi blog Aduka Taruna itu.

Inilah yang ramai lakukan pada tahun 2007 dahulu, untuk menghentikan operasi blog bertajuk ‘Murtadin Indonesia –Mantan Muslim Indonesia’ yang menghina agama Islam. Alhamdulillah, usaha itu berjaya dan pihak Google sudah menghentikan blog tersebut.

Harap rakan-rakan sekalian menyebarkan tutorial dan kempen ini melalui email, facebook dan blog masing-masing. Sudah tiba masanya, kita menunjukkan pendirian kita menentang segala penyalahgunaan blog, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama kita yang mulia.

Buktikan, kita adalah BLOGGER MUSLIM sejati!

Sesungguhnya blogku dan bloggingku untuk Allah Azza wa Jalla. Allahu Akbar!
 
TUTORIAL MELAPORKAN BLOG YANG MELANGGAR ETIKA

PERTAMA:

Setelah pasti sebuah blog itu melakukan sesuatu yang mencemarkan kesucian agama, melanggar undang-undang negara dan melanggar polisi Blogger.Com, anda boleh ‘FLAG’ blog tersebut. Caranya mudah sahaja. Cuma KLIK pada tab [REPORT ABUSE] di navigation bar blog tersebut. Selepas itu, anda hanya perlu ikut LANGKAH KEDUA hingga selesai. Rujuk gambar di bawah.



Photobucket


KEDUA:

Sekiranya blog itu tidak ada Navigation Bar, anda buka URL ini:

http://www.google.com/support/blogger/bin/request.py?page=main_tos

(Selepas KLIK pada tab [Report Abuse] juga anda akan dibawa ke URL ini).

Di bawah adalah halaman yang akan anda lihat.



Photobucket 


Pada ruang yang disediakan, ‘tick’ pada pilihan Hate or violence



Photobucket



Kemudian KLIK butang [Continue]



Photobucket




Kemudian anda akan dipaparkan dengan mesej di bawah. KLIK pilihan ‘continue’



Photobucket



Selepas itu, anda akan dipaparkan dengan satu lagi mesej. Pada ruang ‘Please provide the URL of the blog in question’- masukkan URL blog yang hendak dilaporkan.

Dalam tutorial ini, kita sedang berkempen untuk melaporkan blog Aduka Taruna. Maka masukkan url http://adukataruna.blogspot.com ke dalam kotak yang disediakan. 
Rujuk gambar di bawah:


Photobucket


Selepas memasukkan URL, sila KLIK butang [SUBMIT] untuk menghantar laporan kita.


Photobucket


Setelah laporan anda berjaya, anda akan dipaparkan dengan mesej terima kasih daripada Google seperti di bawah:


Photobucket






PENUTUP:

Kempen kita tidak berakhir dengan menghantar satu laporan ini sahaja. Satu dua laporan tidak akan dilayan oleh Google. Apa yang kita perlu lakukan ialah,

1. Kita boleh juga mengulang proses melaporkan ini beberapa kali. Tukarkan URL kepada URL yang lebih khusus. Seperti URL entry Aduka Taruna yang ber’Gua-Lu’ dengan Allah (SWT). Ini URLnya:

http://adukataruna.blogspot.com/2010/02/rakan-lokap-gua.html

2. Sebarkan kempen ini kepada orang lain melalui email, Facebook dan blog. Untuk memudahkan kempen ini disebarkan, saya ada menyediakan tutorial ini dalam bentuk PDF.

KLIK SINI untuk download versi PDF tutorial ini untuk disebarkan.
Marilah kita sama-sama berdoa, agar Aduka Taruna diberi Allah kesedaran dan keinsafan terhadap ketelanjuran yang sudah dilakukannya.

Semoga usaha kita ini diberkati dan diredai Allah (SWT).

Amin Ya Rabb Al-Alamin.

10 ulasan:

  1. ok noted!

    thanks ustaz

    BalasPadam
  2. ustaz
    saya minta izin copy n paste ya....

    BalasPadam
  3. Fid:

    Salam Fid. Terima kasih ya;-)

    Tolong kempen ya. Silakan. Memang tutorial ini untuk disebarkan dan disiarkan di blog rakan-rakan semua.

    BalasPadam
  4. saya dah buat, will try to disseminate the info, tq!

    BalasPadam
  5. ~: UmmiNor:~ :

    Salam Puan UmmiNor. Terima kasih ya. Boleh siarkan kempen ini di blog puan, supaya lebih ramai blogger buat report dan lebih cepat Google banned blog itu.

    PS: Pertama kali datang ke sini ke Puan Ummi? Terima kasih, datang lagi ya;-)

    BalasPadam
  6. salam ustaz,
    insyaallah akan dibuat.

    BalasPadam
  7. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani. Terima kasih sangat-sangat akak sudi tolong saya tu;-)

    PS: Sebarkan kempen ni ya kak.

    BalasPadam
  8. ustaz, 1st time tinggal jejak, sebelum ni silent reader je :P

    BalasPadam
  9. ~: UmmiNor:~

    Terima kasih. Rajin-rajin komen lagi ya. Tak lah saya terasa macam bercakap seorang diri di sini;-)

    Psst: Lama dah ke jadi pembaca senyap blog ni? =)

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama28/11/11 02:03

    assalamualaikum saudara-saudara Islamku..mohon kalian pakar ngan IT dapat menyelesaikan perkara cubaan memburukan agama kita dan negara kita..

    blog yang dimaksudkan http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com/
    insan yang lemah IT,

    BalasPadam