Semalam saya mendedahkan di blog ini tentang seorang hamba Allah, muslim dan rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa "GUA-LU" dengan Allah. Agak panas isu itu.
Jadi, untuk mengimbangi kepanasan semalam, hari ini saya bawakan pula sebuah kisah lucu. Masih dalam terma 'GUA-LU'.
Sebelum itu, kita baca dulu Firman Allah di bawah ini. Perhatikan juga terjemahannya ya;-)
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menghina sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.------------------------------------------------
(Al-Hujurat: 10-12)
Pada suatu petang, dua orang pemuda sedang dalam perjalanan hendak ke rumah atok mereka dengan menaiki sebuah kereta Proton Saga Baru M-Line yang sudah diubahsuai ala-ala Subaru. Tiba-tiba, ada seorang penunggang motorsikal Harley Davidson memotong kereta mereka sambil menjerit;
"Woi! Korang pernah bawak motor Harley macam ni kah?"
Selesai berkata-kata, penunggang motor besar itu terus melunjur dengan laju meninggalkan kereta pemuda ini jauh di belakang. Kebetulan jalan itu lurus dan lengang.
"Ceh! Berlagak betul mamat tu. Jom kita kejar dia," kata pemuda A dengan marahnya.
"Jom! Tangan aku ni dah lama tak pukul orang, terutama orang yang berlagak," balas pemuda B pula.
Seraya itu, kedua-dua pemuda tersebut terus mengejar penunggang motor Harley Davidson yang berlagak tadi. Tidak lama, mereka dapat menyaingi penunggang bermotorsikal besar tadi.
"Hoi! lu kerek aps.." Pemuda A melaung kepada penunggang berlagak tadi. Belum habis kata-katanya, penunggang bermotor besar sudah menjerit lagi:

Pemuda B ingin menjawab, namun lelaki bermotor besar tadi terus berlalu dengan lajunya.
"Cis! Geram betul. Tak sempat aku nak sound." Pemuda B tidak puas hati.
"Mudahan dia terbabas kat depan tu nanti." Pemuda A menjawab.
"Mudahan lah. Berlagak betul. Ingat kereta kita ni tak sama mahal macam motor dia tu ke," Pemuda B menyambung.
Mereka pun nekad mengejar lagi. Belum lama..
KEBABOMMM!!!
Terdengar bunyi berdentum di depan sana. Nah, tu dia! Penunggang motor besar terbabas melanggar papan iklan di tepi jalan. Apalagi pemuda A dan pemuda B pun menghampiri dengan niat untuk menyembur penunggang berlagak itu. Belum sempat mereka mengucapkan kata-kata nista, si bermotor besar bertanya.
"Brader, gua nak tanya, lu dua orang tahukah kat mana brek moto harley macam ni?"
"La, lu nak tanya brek dia ka? Asal lu tak sound terus. Kita orang ingat lu saja nak berlagak.." Kata pemuda A.
"Tu dia. Standard la bangsa kita ni. Cepat sangat sangka buruk."
"Lu jangan, dah baik kita orang nak tolong angkat ni, kang naya je kami kensel nak tolong." Kata si pemuda B pula menjawab.
"Masa ni pun lu nak sakit hati lagi. Udah la, tolong la gua angkat motor ni.. Jangan-jangan lu dua orang yang sumpah gua eksiden tadi. Hah, lu tolong bukak helmet KHI gua dulu ni. Tangan gua tak dapat gerak. Patah agaknya ni."
"Lu diam-diam saja situ brader. Jangan gerak, takut patah lagi teruk nanti.." Kata pemuda A.
Si pemuda A membuka helmet si penunggang motor besar sambil si pemuda B mengangkat motor besar yang terbabas itu.
"HAH!!" Kata kedua-dua pemuda A dan pemuda B dalam nada terkejut, "ATOK!!"
"Hah, tu la kau dua orang. Bertuah punya cucu. Hadiahkan motor besar kat atok, tapi tak mengajor atok membawak nya. Nasib baik tak gol, kalau tak, tak merasa atok nak rempit lagi.."
KUANG! KUANG! KUANG!
Note: Moral of The Story, "Lu pikir la sendiri!"

salam ustaz,
BalasPadamhihihihi. mmg kelakar.
temp. housewife:
BalasPadamSalam Kak Nuradyani. Hehe, lucu kan;-) Bukankah senyuman itu sebuah terapi dan juga sedekah;-)
Citer yang segar dan lawak..
BalasPadamkesian kat atok diaorang..hehe
Moral of the story,jangan cepat bersangka buruk kat sapa-sapa,even kita tengok dari pandangan luar orang tu macam berlagak ke, jahat ke...waAllahualam..
Afida Anuar:
BalasPadamSalam Afida. Pertama kali komen di sini kan? Komen lagi ya;-)
Atok tu pun, satu jugak. Betul tu, Moral of the story,jangan cepat bersangka buruk kat sapa-sapa,even kita tengok dari pandangan luar orang tu macam berlagak ke, jahat ke...
Terima kasih ya;-)