18/02/2010

TUTORIAL BLOG: Cara Bagaimana Untuk Membuat Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 4)


TUTORIAL BLOG:
Cara Bagaimana Untuk Membuat
Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 4)






Ini adalah SIRI 3 tutorial ini. Jika anda belum membaca siri sebelumnya, anda boleh KLIK SINI UNTUK SIRI 1 , KLIK SINI UNTUK SIRI 2 dan KLIK SINI UNTUK SIRI 3.

Dalam tutorial ini, kita akan membuat page (halaman) khas untuk menu form (borang) CONTACT ME di blog kita.

Jum, kita teruskan lagi tutorial kita..


Sebelum ini, agak sukar untuk menambah page di blogspot kerana ia memerlukan kita mengedit html. Berpinar mata dibuatnya. Namun, baru-baru ini, blogger dotcom sudah memudahkan perkara ini. Jadi, dalam tutorial ini kita akan mempelajari teknik ini.

1. Log masuk ke dashboard blog anda. Klik pada menu [Edit Posts]. Rujuk bahagian yang ditanda bulatan merah dalam gambar di bawah:


Kemudian pada bahagian [posting] klik pada menu [Edit Pages]. Rujuk bahagian yang ditanda bulatan merah dalam gambar di bawah:

klik pada menu [NEW PAGE]. Dalam gambar di bawah, rujuk bahagian dalam bulatan berwarna merah.


Pada ruangan seperti di dalam gambar di bawah. Masukkan tajuk page (halaman) yang anda buat itu. Dalam tutorial ini, saya memasukkan tajuk [HUBUNGI UstazCahaya]. Rujuk bahagian dalam kotak berwarna merah. Kemudian KLIK pada tab [EDIT HTML]. Rujuk bahagian dalam bulatan berwarna merah.

Ingat lagi kod html yang kita dapat dari Response-O-Matic dalam tutorial sebelum ini? Sekarang anda buka file html code tersebut atau dapatkan di laman web Response-O-Matic. Kemudian, copy code html tersebut.

 

Paste code tersebut dalam ruang [Edit Page] di dashboard blog anda.



Setelah itu, klik pada tab [Compose]. Rujuk bulatan berwarna merah. Lihat hasil rupa code html yang kita paste tadi. Begitulah rupa borang CONTACT ME blog kita nanti. Rujuk bahagian dalam kotak berwarna merah dalam gambar di bawah:


Seterusnya, terbitkan halaman tersebut dengan klik pada butang [PUBLISH PAGE]. Rujuk bulatan berwarna merah dalam gambar di bawah:

 

Setelah itu, anda akan diminta untuk memilih di bahagian mana dalam blog, anda ingin meletakkan menu CONTACT ME yang baru kita buat ini. Dalam tutorial ini saya memilih untuk meletakkan menu ini pada tab (bahagian atas- bawah header blog). Rujuk kotak berwarna merah. Kemudian tekan butang [SAVE and PUBLSH]. Rujuk bulatan berwarna merah :

 

Kemudian lihat hasilnya di blog anda:


Terakhir, kita perlu mencuba borang HUBUNGI di blog kita itu. Caranya ialah dengan mengisi dan menghantar borang tersebut. Kemudian semak email kita. 







Alhamdulillah, pada malam Jumaat yang penuh barokah ini, selesai tutorial bersiri kita. Saya berharap semoga tutorial ini ada manfaatnya untuk kita bersama, Amin Ya Rabb.

Insya Allah, saya akan menjadikan tutorial ini sebagai sebuah ebook dan akan saya edarkan secara percuma.


Jika anda ada sebarang masalah atau soalan, jangan segan untuk bertanya kepada saya. Sekian dulu untuk kali ini;-)

PS: Mohon doakan semoga saya direzikan Allah untuk dapat menyediakan tutorial yang lain pula selepas ini.

PSS: Mohon teguran dan cadangan dari anda untuk topik tutorial seterusnya. Juga, teguran terhadap gaya penyampaian saya dan lain-lain. Saya memerlukan teguran dan cadangan saudara semua.

... menyediakan tutorial rupanya boleh menjadi rehat minda....

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum . Kalau ada tutorial macam ini baguslah sebab ia berguna pada tokwan. Tokwan sebenarnya tak gheti (Tahu) apa tentang blog ni. sebab tulah blog tokwan kosong je. jadi kalau ada tunjuk ajar macamnim ini bolehlah perlahan-lahan tok ikut. tu pun tak tentu tokwan boleh buat lagi almaklumlah sudah t... semuanya lambat pickup

    BalasPadam
  2. yeay akhirnya .... bagus la ustaz nie apa2 hal saya akan jadikan rujukan

    cukup semua asam, garam, gula :P

    BalasPadam
  3. Tokwan:

    Wa'alaikumsalam wrb, Tokwan. Alhamdulillah, syukur jika tutorial ini ada menfaat kepada Tokwan. Insya Allah, berkat Tokwan pernah jadi guru, saya percaya Allah akan memudahkan Tokwan.. Saya kagum dengan sikap Tokwan ni.

    Terima kasih ya Tokwan;-)

    BalasPadam
  4. nadnye:

    Salam Puan Nadnye. Alhamdulillah, syukur dapat kongsi-kongsi ilmu.

    "cukup asam, garam dan gula" ..macam nak buat asamboi jek;D

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  5. sangat membantu, terimakasih ustaz :))

    BalasPadam
  6. Salam Ustaz.. Sy buat xjd pun.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam, Aidi.

      Maaf lambat respons comment Cik Aida.
      Mungkin, sebab Cik Aida guna template yang bukan default dalam blogger jadi cara nak buat page lain sikit. Boleh cuba google tutorial untuk buat page bagi template customize macam yang Cik guna.

      Padam
  7. Fatin Khalillah:

    Alhamdulillah. Syukran :)

    BalasPadam