09/02/2010

Kisah Selipar Lagi: Memang.. Tapi Kamu Sudah Menyusahkan Orang


  Kisah Selipar Lagi:
Memang.. Tapi Kamu Sudah Menyusahkan Orang






selipar jepun Pictures, Images and Photos
(Image by: norernawati87)




Sebelum ini, saya ada menulis dua kisah selipar di blog ini. Jika belum membaca, atau jika anda sudah lupa, anda boleh KLIK tajuk di bawah:
1. Tiga Kisah Selipar


2. Tiga Kisah Selipar (Bahagian 2)

Kisah ini berlaku kepada saya di sebuah surau. Belum berapa lama dalam tahun 2010 ni juga. Selipar saya hilang. (Ala, biasalah tu ustaz, selipar hilang. Agaknya ustaz pakai selipar mahal tu la orang nak kebas).

Namun, saya yakin, bukan kena kebas selipar saya tu. Ni mesti kes salah sarung selipar ni. Selipar saya tu, selipar jepun jenama KARATE; ala yang putih tu. Harga dia RM3.80 saya beli di kedai runcit Cina dekat rumah saya. Mustahil selipar tu nak kena kebas.

Mujur ada selipar wakaf di surau. Jika tidak, terpaksalah saya berkaki ayam. Bayangkanlah jika saya terpaksa berkaki ayam. Saya bukan naik kereta ke surau, saya pakai motorsikal. Jika terpaksa balik ke rumah berkaki ayam, azab tu. Siang hari yang panas lagi tu. Jika saya bawak kereta, mungkin tidak mengapalah jugak.

Sampai rumah, saya pun ke kedai runcit Cina berdekatan rumah saya. Saya cari selipar yang sama, jenama KARATE, saiz 11. Memang selipar jenama inilah, selipar solat saya sejak dolu-dolu lagi. 'Sedap' pakai selipar ni solat, di samping ia ada feel dan 'sentimental value' kepada saya. Tengok selipar jepun jenis ni, teringat zaman riang ria kanak-kanak saya dulu.
"Ai! Baru minggu lepas beli, sudah mauk beli baru ka,"
Kata tauke kedai itu. Ingat betul dia saya baru beli minggu lepas selipar yang hilang di surau tadi. Saya dah agak, satu soalan memalukan bakal ditanya. Belum habis saya berfikir, tauke perempuan menyambung kata;
"Orang ambik ka Cikgu?"
"Bukan ambik. Mungkin orang salah pakai tauke nior,"
Saya menjawab dengan rasa malu untuk mengatakan selipar saya hilang di surau. Kalau hilang di tempat lain, tak la saya malu nak jawab.
"Aiya, baru lepas jumpa Tuhan pun, boleh ambik selipar orang ka,"
"Tidak. Dia salah pakai saja ma,"
Saya menegaskan lagi.
"Samalah, sengaja ka tidak sengaja ka, selipar lu sudah hilang. Apa macam tadi, kaki ayam saja ka?"
"Ada selipar surau boleh pinjam.."
Saya menjawab.

Selepas membeli selipar baru, saya ke surau semula menghantarkan selipar wakaf yang saya pakai. Kisah selipar ni belum habis lagi ya. Ada sambungannya, Insya Allah..

12 ulasan:

  1. tauk cina ya..sikpat cover

    BalasPadam
  2. Ustaz
    selalunya kat surau mmg org salah ambil

    masa kecil2 dulu kalau gi masjid saya simpan selipar murahan saya dalam plastik bag sangkut kat pokok bunga....

    BalasPadam
  3. kreatifnya sungguh mengunci sipar...saya pernah masuk sipar dalam beg lagi (masuk begplastik dalam beg) kat masjid negara berduyun2 sipar sure masuk longkang..

    BalasPadam
  4. My haj 2005 - An elderly lady's 8 sandal disappearance whenever she's in Masjidil Haram - Until her daughter reminded her - "Tu lah mak. Itu semua yang Kak Long belikan. Kata tak sedap pakai tapi bawak jugak kata sini. Semua pulak tu."

    BalasPadam
  5. Hida Naza:

    Salam Puan Hida. Auk eh, tauknya. Nang sikpat cover gik;-)

    PS: 1stime kitak komen sitok kan. Terima kasih. Datang agik ya klak ok;-)

    BalasPadam
  6. Fid:

    Salam Puan Fid. Arigato ajinomoto;-)Hait, hait. Memang orang salah ambik tu. Kat sini kami kata 'sekati sarung jak'- maksudnya 'suka-suka hati saja nak pakai (barang orang)'.

    Itulah yang saya nak sampaikan kat sini, macam yang pernah disampaikan oleh Aa Gym. Tentang cara susun selipar di masjid surau. Walaupun hal ini nampak kecik, tapi sebenarnya besar dan penting. Nanti saya tulis dalam sambungannya ya.

    Macam mana blog dotcom yang lama kamu? Apa yang company hosting tu dah buat setakat ni?

    BalasPadam
  7. maiyah:

    Salam Kak Maiyah. Iya, orang salah ambik tu, nanti saya cerita dalam sambungannya ya.

    Terima kasih Kak Maiyah;-)

    BalasPadam
  8. dbalkis:

    Salam Puan Dayang Balkis.

    Hehe, gambar dari PhotoBucket tu.

    Sama macam Puan Fid kita atas tu. Iya, itu memang cara yang praktikal untuk jaga selipar. Saya masa kecik-kecik dulu, malu nak simpan dalam plastik, sebab macam tak 'rock' la kan;-)

    Tapi, bak kata Aa Gym, susun atur selipar kasut di luar masjid tu, adalah lambang peribadi jamaah di dalam surau tu.

    BalasPadam
  9. Ummie:

    Salam Kak Hajah Ummie. Maaf ya, before tak tahu akak dah hajjah.

    Wah, sampai 8 pasang dia bawak selipar ke masjid ya. Tapi itula kan, kat tanah suci tu, macam-macam cerita dan kisah nya.

    BalasPadam
  10. Salam,
    Mama nak citer untuk teladan. Nak tunjukkan bhw Allah sentiasa 'scan' hati kita.Semasa di Msjid Nabawi mama simpan selipar dlm rak.dlm rak tu ada selipar lain yg kira dh lama dn buruk juga. Masa mama letak selipar, terlintas dlm hati 'bimbang' selipa mama diambil org (merasa selipa mama lebih baru dan cantik..hehe). Selesai solat..mmg sah..Selipa tu tk de ditempatnya.merasalah berkaki ayam..tp..mujur ada stokin.Sepanjang jalan tu mama beristighfar

    BalasPadam
  11. Mama Tanjong:

    Salam Kak MT. Dah haji jugak ye. Maaflah tak tahu sebelum ni. Macam-macam cerita dari Tanah Suci. Saya berdoa semoga saya juga dipercepatkan dan dipermudahkan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    Takpa Kak, dengan hati yang ikhlas, semua yang kita lalui di sana dikira ibadah, mudahan;-)

    BalasPadam