"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba. Datang tidak menentu masa. Datang pada masa kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu."(Almarhum Pro. Dr. Hamka)
Cuba bayangkan kalau tiada kiraan tahun, yang ada cuma saat kepada minit dan penggantian hari demi hari, tiada minggu, tanpa bulan apatah lagi tahun! Orang yang pada kiraan umurnya adalah 20 tahun dikira berusia 7305 hari, yang berumur 30 tahun dikira sebagai berusia 10957 hari atau yang berumur 40 tahun pula dikira sebagai berusia 14610 hari.(Zul Ramli M. Razali- Majalah ANIS Januari 2010)
Dari sudut perangkaan, penggantian dari 9 ke 10 adalah perkara yang tidak lazim bukan seperti penggantian angka sebelumnya. Jika penggantian angka sebelumnya adalah kepada angka baru seperti 1 menjadi 2 dan 8 menjadi 9, maka penggantian angka 9 menjadi 10 adalah satu titik mula kembali kepada asal. Sebelum ditemukan 0, permulaan angka adalah 1 dan diakhiri dengan 9. Ketika saintis muslim menemukan angka '0' yang sama dengan 'titik' dalam perangkaan Hindi, maka pengiraan angka mempunyai wadah atau tempat. Penemuan saintis muslim dalam sistem angka inilah era digital pada hari ini berhutang budi. 10 adalah angka keramat.(Abdurrahman Haqqi, Berita Minggu/Agama -Halaman 32/ Ahad, 3 Januari 2010)
Dalam Al-Quran, Allah banyak bersumpah dengan masa dan mengajak manusia memerhatikan masa, peredaran bulan dan matahari, penggantian siang dan malam dan mengingatkan manusia dengan mati iaitu masanya kehidupan di dunia ini berakhir dan permulaan kehidupan menuju akhirat.Ramai ahli hikmah dan ahli falsafah mengatakan bahawa kehidupan ini hanya terdiri daripada '3 Hari' iaitu; semalam, hari ini dan esok.
Rasulullah (SAW) pula membahagikan manusia kepada '3 orang' iaitu; 'Orang yang hari ini lebih baik dari semalam', 'orang yang hari ini sama dengan semalam' dan 'orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam'. (Ada mengatakan ini adalah hadith, ada mengatakan ini adalah kata-kata hikmah oleh sahabat atau ulamak- Mohon kepastian pada yang lebih arif dalam ilmu hadith.)

‘Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama dengan semalam dia adalah orang yang rugi. Barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia adalah orang yang celaka’.
Tidak kira sama ada, hari ini adalah pertukaran tahun daripada 2009 ke 2010, atau perpindahan bulan dari Januari ke Februari, atau penggantian hari daripada Isnin ke hari Selasa; satu perkara yang pasti, setiap hari kita semakin hampir kepada kematian; dalam kata lain, setiap hari kita melangkah menuju mati. Hakikat ini adalah perkara yang tidak boleh kita lupakan.
Dikatakan oleh ahli hikmah;
“Sungguh pelik keadaan manusia. Mereka tahu mereka pasti akan mati, tetapi mereka hidup seperti tidak akan mati”
Islam adalah agama yang memberikan maklumat lengkap kepada setiap manusia tentang dirinya. Semasa kita hidup, Islam ada panduan mengenai apa yang mesti dan perlu kita lakukan. Selepas mati, Islam menerangkan dengan sejelasnya, apa yang berlaku semasa mati, ke mana kita selepas mati dan apakah kehidupan selepas mati. Tidak ada agama selain Islam yang memberi maklumat dan keterangan yang selengkap itu tentang manusia, hidup dan kematian.
Sebagai seorang muslim, kita tidak memasang azam baru dan meletakkan titik perubahan diri hanya pada setiap tahun baru, malahan Islam mengajar kita memperbaiki diri setiap hari. Semalam yang telah berlalu, adalah cermin untuk kita menilai diri, mencari kelebihan dan kekurangan diri. Hari ini adalah peluang yang dianugerahkan Allah untuk kita gunakan mensyukuri kelebihan diri dan memperbaiki kekurangan diri. Esok hari yang belum pasti, mengingatkan kita untuk sentiasa bersedia. Andai hari ini adalah hari terakhir kehidupan kita, sudah sediakah bekal untuk kita melangkah ke alam barzakh pada keesokan hari; andai esok hari kita masih diberi Allah, apakah pula perancangan dan persediaan kita untuk esok. Begitulah setiap hari, berulang-ulang dalam kehidupan kita, sehingga tiba masanya ajal menjemput kita kembali menghadap ilahi.
Rasulullah (SAW) ada bersabda yang bermaksud ‘Berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun. Beramallah kamu seperti kamu akan mati sebentar lagi’. Pesanan ini sudah memadai untuk kita menjalani kehidupan dengan seimbang dan baik untuk kepentingan dunia dan akhirat.

LIMA TUJUAN HIDUP
1. Untuk beribadah kepada Allah.
2. Menjadi khalifah di bumi Allah.
3. Menunaikan Rukun Islam Yang Lima
4. Berusaha mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia juga akhirat.
5. Menghindar daripada api neraka.
Apapun yang kita lakukan setiap masa dan setiap hari, biarlah tujuan akhirnya adalah kepada salah satu daripada yang lima di atas. Contohnya, setiap hari kita bekerja mencari duit. Tetapkan tujuan akhir kita adalah; duit itu untuk keperluan diri dan keluarga bagi memenuhi tanggunjawab sebagai khalifah di bumi Allah. Pendapatan daripada usaha kita sehari-hari juga kita simpan sedikit demi sedikit untuk menunaikan haji, dan kita tidak lupa menunaikan zakat daripada pendapatan yang kita perolehi. Perkara ini sudah memenuhi tujuan hidup yang ke-3 iaitu untuk menunaikan Rukun Islam. Akhirnya, dengan duit juga kita pergunakan untuk meraih kebahagian hidup di dunia dan di akhirat kelak. Salah satu caranya untuk mendapat kebahagian akhirat dengan duit yang kita miliki ialah melalui sedekah.
Benarlah, kehidupan kita cuma ada '3 Hari' iaitu; semalam, hari ini dan esok..
DOA“Ya Allah, panjangkan umur kami dalam iman, taqwa dan amal soleh.
Berikan kami nikmat kesihatan jasmani, rohani, mental dan emosi.
Kami memohon dari-MU keberkatan umur dan masa dalam hidup kami.
Kami memohon perlindungan-Mu daripada kesibukan yang sia-sia dan urusan yang tidak berfaedah.
Kami memohon daripada-Mu limpah kurnia dan rezeki dari-Mu baik dalam bentuk apapun jua sama ada wang ringgit, harta benda, ilmu dan lain sebagainya.
Kami memohon perlindungan-Mu daripada kekafiran dan kemiskinan.
Ya Allah, segala nikmat yang kami perolehi dan apa yang diperolehi oleh setiap makhluk-Mu, semua itu adalah daripada-Mu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.
Amin Ya Rabb Al-Alamin”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan