Siti Jarum. Anda kenal Siti Jarum? Halimah Jongang. Anda kenal Halimah Jongang? Jika anda membaca Utusan Malaysia, khususnya bahagian hiburan, anda pasti kenal Siti Jarum. Jika anda menonton tv, pasti anda tahu tentang Halimah Jongang. Inilah yang hendak kita ceritakan malam ini. Tentang Siti Jarum dan tentang Halimah Jongang.
Jika anda tanya saya apakah pernah menonton Halimah Jongang, oh saya tidak pernah. Hanya ada tidak pun melihat promo cerita itu di televisyen. Lagipun, saya bukan jenis menonton tv sangat. Apapun, yang sebenarnya.. saya sendiri lama sudah ingin menegur cerita Halimah Jongang ini. Namun, perlu berfikir panjang sebelum itu. Saya belum menonton drama Halimah Jongang, jadi saya tidak tahu apa sebenarnya yang ingin disampaikan dalam drama itu. Saya merasakan drama itu agak menghina, tetapi kerana belum menontonnya, saya tidak berani untuk menulis hanya berdasarkan sangkaan-sangkaan saya sahaja.
Bagaimanapun, setelah Siti Jarum menulis tentang ini semalam di ruangannya dalam Mingguan Malaysia, saya mendapat 'point' untuk menulis post ini. (Rujuk tulisan Siti Jarum- 'Halimah Jongang Menghina' dalam sisipan Pancaindera mukasurat 7, Mingguan Malaysia, Ahad 21 Februari 2010).
Sedikit petikan daripada tulisan Siti Jarum tersebut
Adakah kita sanggup membiarkan fenomena mempersendakan sesama manusia ini berterusan dan yang ketawa macam mabuk todi bukan orang lain, orang Melayu juga.
Kepada produser dan pengarah yang bersekongkol dalam agenda mempersendakan sesama manusia ini, gunakanlah bakat dan kemampuan anda cara yang tidak menghiris hati orang. Banyak lagi cerita yang boleh ditulis, bak kata pujangga, ilham itu luasnya bagai lautan.
SITI JARUM: Tengah cari komposer lagu Halimah Jongang.
Menurut Siti Jarum, beliau sendiri tidak tahu kewujudan drama Halimah Jongang ini, sehinggalah mendapat maklumat daripada orang lain yang merasakan Halimah Jongang itu menghina dan menghiris hati orang yang seperti itu. Bayangkanlah, bagaimana perasaan mereka kan. Siap ada lagu lagi. Menurut Siti Jarum juga, asalnya Halimah Jongang adalah sebuah telemovie, kemudian dijadikan drama bersiri kerana rating penonton yang tinggi.
Masakan tidak terguris hati mereka yang berkenaan, siap ada lagu lagi. Chorus lagu itu pula sangat 'catchy' dan menjadi mainan kanak-kanak. Satu lorong dengan saya, ada seorang ni yang berkenaan. Apabila dia berjalan, kanak-kanak (termasuk sepupu-sepupu saya yang kanak-kanak) mula menyanyikan chorus lagu 'Halimah jongang jongang oh Halimah jongang' itu. Nasib baik, perbuatan mereka itu cepat kami kawal.
Malah menyedihkan, drama Halimah Jongang ini malah mendapat rating yang tinggi. Kita harus akur, drama adalah sebuah karya yang melambangkan budaya sesuatu bangsa dan negara. Sesebuah bangsa dan negara salah satunya dinilai orang dari karya yang dihasilkan dalam bangsa dan negara itu. Juga, bagaimana penerimaan bangsa itu kepada karya yang dilahirkan dalam negara mereka.
Apa yang pasti, penyumbang rating tinggi drama Halimah Jongang itu, bak kata Siti Jarum, bukanlah orang lain, orang Melayu juga (dan saya tambah, orang bumi putera juga..). Rasanya, bukan bumi tidak menonton drama Melayu kan?
Minggu lepas, saya terbaca teguran Ustaz Habib (Habiburrahman El-Shirozi) tentang industri filem di Malaysia. Menurut Ustaz Habib, industri perfileman di Malaysia dikatakan masih gagal dalam menghasilkan karya yang mampu menerapkan unsur-unsur Islam untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat secara lebih berkesan.
Penulis novel popular itu, berpendapat pembikin filem di negara ini (Malaysia) masih tidak berani untuk menonjolkan seni Islam dan amalannya dalam karya mereka menyebabkan mereka ketinggalan berbanding hasil dari negara jiran itu. Beliau berkata apa yang paling penting adalah niat dan masyarakat semestinya akan melihat hasil dan ini semua bergantung kepada penulis itu sendiri.
"Malah, di Malaysia mereka masih tidak berani menaikkan nilai dan imej-imej Islam dengan lebih mendalam dan contoh yang paling mudah ialah seperti aktiviti keagamaan di dalam masjid. Tetapi di Indonesia, kita mengangkat masjid sebagai nilai Islam dan kalau ada nilai, kena ada simbolnya iaitu masjid itu sendiri. Ini yang kita buat untuk masyarakat di sana ,"
"Saya merasa di Malaysia ia juga mendapat sambutan yang luar biasa. Cerita yang Islamik kalau kita tulis dengan kaedah yang baik maka akan dapat sambutan.
"Selain penggarapan, kematangan dan pemilihan idea perlu tetapi di sini ada penulis garapan bagus tapi ideanya tidak sesuai dengan masyarakat. Apa yang dikehendaki oleh masyarakat tidak ditampilkan sedangkan seorang sasterawan itu harus berinteraksi dengan masyarakat.
"Kalau orang haus kita kena bagi minum bukan bagi keropok. Macam mana sedap pun dia tidak akan ambil kerana apa yang dimahukan adalah minuman,"
Begitulah serba sedikit apa yang dikatakan oleh Ustaz Habib yang saya baca di akhbar online.
Kiranya, daripada membuat cerita seperti Halimah Jongang itu, bukankah lebih baik berusaha untuk membuat filem yang menghiburkan dengan idea yang lebih baik, yang lebih dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada bangsa. Orang lain sudah sampai ke bulan ke bintang, kita masih dengan sikap berhibur dengan mengejek-ejek orang lain. Orang lain sudah dapat memulakan gelombang hiburan Islami, kita masih suka mentertawakan bangsa sendiri.
Melly Goeslow, Krisdayanti, Anto Hoed dan rakan-rakan, sudah pun membuat lagu-lagu cinta berunsur Islam. Tidak wajarlah kita di sini hendak membuat lagu yang menghina dan mengejek Halimah Jongang. Bukankah melodi yang 'catchy' itu lebih bagus diisi dengan senikata yang dapat memberi sesuatu yang lebih bermakna kepada anak bangsa kita. Sedangkan kanak-kanak di sekitar saya, sangatlah suka menyanyikan lagu Halimah Jongang itu.
PS: Suka dengan falsafah Ustaz Habib itu: "Kalau orang haus kita kena bagi minum bukan bagi keropok. Macam mana sedap pun dia tidak akan ambil kerana apa yang dimahukan adalah minuman," Itulah kaedah dakwah masa kini.
sy pun rasa lagu halimah jongang tuh mengaibkan orang.walaupun mungkin ia catchy bagi sesetengah orang..
BalasPadamSalam Ustaz,
BalasPadamSaya juga tidak pernah menonton cerita ini, namun dari tajuknya, saya pasti, ianya merupakan satu penghinaan terhadap insan ciptaanNya. Seingat saya saya pernah menyuarakan rasa tidak senang hati saya pada anak-anak. Apa yang mengejutkan cerita ini, mendapat rating yag tertinggi, membuktikan bhw orang-orang zaman kini, suka hiburan yang berbentuk begini. Di sekolah , saya pernah terdengar pelajar2 menyanyikan lagu ini, pada seorg pelajar perempuan yang giginya ...MasyaAllah, contoh apa yang kita berikan kpd remaja-remaja ini. Bukan sesuatu yang membina, malah kita mengajar mereka utk mencela org lain. Semoga kita semua mendpt ikhtibar dari n3 ini.
saya dah tonton drama ni
BalasPadammoralnya sebenarnya nak cakap jgn hina atau keji org...tapi ya la sebelum moral of the story sure kena tunjuk kisah teladan
boleh dialih ke positif ...
halimah ni jongang keturunan
tapi akhirnya dah tak jongang sebab dia eksiden dan patah semua gigi maka pakai gigi palsu...lawa la diaaaa...
moral kedua
halimah ni baik hati
walau diusik jongang dia tak marah2 tapi dia buat gurau2...
dia kaya tapi dia low profile...
salam alaik...
BalasPadamdengar cerita pengarah halimah jongang nak buat drama hamidah juling pulak...hehe...
memang cerita ni ada moral, tapi part yang mengutuk tu yang berbekas dalam hati sebab ianya lawak.. nilai2 moral tu takde orang pun amek peduli..
saya pun tak pernah menonton cerita nie.. jarang pun tgk TV tapi saya setuju dengan Ustaz, kebanyakannya bagi keropok walaupun haus dan ramai plak yg makan keropok tu walaupun haus tak nak plak air dan tak mencari pun air walaupun dahaga.
BalasPadamsungguh2 mengaibkan, ustaz..kesian kat opis met yg namanya halimah..tak pasal2 dia jd jongang walhal giginya punyala cun
BalasPadamsaya tertengok masa drama yang asal sebelum dijadikan cerita telemovie
BalasPadamsekadar hiburan santai dan ambil pendekatan positif sahaja
mesej yang lain, setiap manusia ada kekurangan, justeru daripada kekurangan itulah yang menjadikan manusia perlu menggali keistimewaan dalam diri
saya tidak meilhat cerita ini dengan kekurangan, tetapi melihat dari kacamata kebaikan iaitu moral ceritanya
mungkin bagi penerbit atau penulis skrip mahu menarik ramai yang menonton dan ianya ada kaitan dengan rating penonton,
sememangnya juga filem atau drama di Malaysia masih banyak yang perlu diperhalusi dan pengisian mengikut acuan Islam yang sesuai, memerlukan ramai penulis skrip yang berfikir dan 'ada isi' yang sepatutnya,
pun begitu, saya sudah lama tidak menonton tv ;D
NUNU:
BalasPadamSalam Nunu.
Iya benar, saya setuju dengan kamu. Lihat sahaja lirik lagu Halimah Jongang itu. Apa sebenarnya 'isi' lagu itu ya?
Apa yang saya faham, lagu itu mengingatkan HJ supaya sedar diri bahawa lelaki itu tidak suka dengannya (kerana dia tidak lawa).
Irama yang catchy itu, bukankah lebih bagus digunakan untuk lagu berunsur nasihat. Macam lagu sepohon kayu yang catchy dan tidak pernah dilupakan orang, malah isinya bagus.
Nunu, pertama kali komen di sini ya? Komen lagi ya;-)
Terima kasih Nunu.
Cikgu Norhaliza:
BalasPadamSalam Cikgu Norhaliza.
Saya setuju dengan cikgu. Dari tajuk drama ini sudah ada unsur yang negatif.
Allah (SWT) ada mengingatkan dalam kitab suci Al-Quran supaya manusia tidak memanggil sesama mereka dengan gelaran yang tidak baik. Al-Quran juga mengingatkan manusia supaya tidak saling mengejek dan merendah-rendahkan.
Saya juga setuju dengan cikgu, drama ini merupakan satu penghinaan terhadap mereka yang berkenaan.
Sayang, negara kita semakin maju, tapi minda masyarakat kita masih ketinggalan. Dalam filem Avatar yang popular itu, mereka mengangkat watak yang lumpuh sebagai hero, mengapa kita di sini malah menggunakan kekurangan manusia sebagai bahan jenaka.
Saya suka dengan ayat cikgu yang ini:
"MasyaAllah, contoh apa yang kita berikan kpd remaja-remaja ini. Bukan sesuatu yang membina, malah kita mengajar mereka utk mencela org lain".
Terima kasih Cikgu Norhaliza;-)
Fid:
BalasPadamSalam Kak Fid.
Mujur juga, ada yang dapat melihat sudut positif drama ini, macam Kak Fid kita ni;-)
Saya tidak pernah menonton drama ini, jadi saya tidak dapat melihat apa yang Kak FId lihat. Bak kata Fid, Halimah tu baik hati dan kaya.
Namun, jika benar dalam drama ini lebih banyak unsur menghina dan kesan yang diterima oleh penonton lebih banyak yang negatif, maka moral positif dalam drama ini boleh gugur. Ini menurut kaedah fiqh, 'niat dan usaha yang baik tidak menghalalkan cara yang tidak baik'.
Lagi dalam ilmu fiqh, 'lebih baik menutup kesan buruk sesuatu daripada mencuba mengangkat kesan baiknya yang belum tentu dan belum pasti'.
Terima kasih Kak Fid;-)
nurqaseh:
BalasPadamWa'alaikum salam wa rahmat Allah wa barakatuh, Nur Qaseh.
Hamidah Juling pulak ye? Ish ish ish. Makin hancurlah industri drama tv kita dan makin rosaklah anak bangsa kita nanti. Na'uzubillah.
Saya suka dengan ayat kamu yang ini:
"memang cerita ni ada moral, tapi part yang mengutuk tu yang berbekas dalam hati sebab ianya lawak.. nilai2 moral tu takde orang pun amek peduli.."
Terima kasih Nur Qaseh;-)
nadnye:
BalasPadamSalam Nadnye.
Iye benar. Drama tv kita memberi sesuatu yang tidak sesuai kepada masyarakat. Walaupun ia diterima baik oleh masyarakat, tetap ia bukan sesuatu yang baik. Dari analogi keropok dan air, masyarakat kita sedang kehausan. Kehausan nilai-nilai murni yang semakin terhakis dalam masyarakat. Lagi, masyarakat kita kini kekurangan gizi makanan yang baik, justeru keropok bukanlah makanan yang patut diberi dengan banyak kepada masyarakat kita sekarang.
Masyarakat kita sekarang lebih perlu kepada makanan yang berkhasiat.
Terima kasih Nadnye;-)
sahromnasrudin:
BalasPadamSalam Sahrom.
Saya juga berpendapat sama dengan kamu Sahrom. Karya begini mengaibkan mereka yang berkenaan. Tengok tu, sampai yang nama Halimah pun terkena tempiasnya, orang yang j**g lagi-lagi lah terkena panahan nya.
Adalah lebih baik, kiranya jika hendak menggunakan watak yang ada kekurangan fizikal dalam karya, gunakanlah idea yang lebih memberi semangat dan motivasi.
Saya gunakan lagi contoh dalam filem Avatar yang menggunakan watak hero yang lumpuh kakinya.
Sedangkan filem Avatar itu dari barat yang kita kenali terkenal dengan kerosakan masyarakatnya. Tapi dari segi memberi motivasi dan sokongan kepada insan yang kurang bernasib baik, mereka melebihi kita.
Terima kasih Sahrom;-)
Masayu Ahmad:
BalasPadamSalam Kak Mas.
Saya suka dengan istilah Kak Mas itu- 'saya tertengok..' ;-)
Alhamdulillah, syukur jika ramai yang guna pendekatan seperti Kak Mas itu- 'sekadar hiburan santai dan ambil pendekatan positif sahaja' dan 'melihat dari kacamata kebaikan iaitu moral ceritanya'.
Tapi masalahnya Kak Mas, berapa kerat sahaja masyarakat kita yang seperti Kak Mas, yang dapat menggali sudut positif.
Saya suka dengan ayat Kak Mas yang ini:
"setiap manusia ada kekurangan, justeru daripada kekurangan itulah yang menjadikan manusia perlu menggali keistimewaan dalam diri"
..dan yang ini:
"sememangnya juga filem atau drama di Malaysia masih banyak yang perlu diperhalusi dan pengisian mengikut acuan Islam yang sesuai, memerlukan ramai penulis skrip yang berfikir dan 'ada isi' yang sepatutnya".
Kak Mas doakan saya ya, supaya saya boleh menjadi antara penulis skrip drama tv Islami, Amin Ya Rabbb Al-Alamin.
Terima Kasih Kak Mas;-)
saya ingin berkongsi pengalaman saya di sini. saya sering diejek oleh rakan-rakan sekelas . mereka sering ejek saya jonggang . Malunya saya kalau masuk kelas. Dorang ingat dorang sempurna sangat .Setiap kali di dalam kelas , mesti dorang ejek saya. Lagi2 dengan filew "halimah jonggang". Filem ini suatu penghinaan . Hanya Tuhan yang tahu segalanya.
BalasPadamTanpa Nama.... Semoga suatu hari kawan2 sedar akan perbuatan mereka...
BalasPadamApapun, bersabarlah.... cuba tonjolkan kelebihan adik......abaikan kata2 mereka. adik tonjolkan kelebihan adik. mereka juga tidak sempurna...ketidak sempurnaan mereka terlihat dgn ketidak ada perasaan mereka....
:-)
fatimah juling n halimah jongang memang xpatot disensasikan sebegini,,ia ibarat da menjatohkan maruah seseorang,memalukan insan.lebih sedih lagi ia mengutuk ciptaan ALLAH S.W.T..ia jgk telah menguasai pemikiran kanak2 untuk mengutuk dan ckp lepas sesama individu..kasihanilah orang yang dicaci..
BalasPadam