Lukisan Takdir Kita
Pada suatu petang yang damai, seorang ustazah sedang mengajar di sebuah kelas tingkatan dua; sebenarnya dua buah kelas yang dicantumkan untuk matapelajaran Pendidikan Islam. Suasana hening, hanya kedengaran bunyi kipas berpusing ligat di syiling, menambahkan nyaman suasana pada waktu petang begitu. Selepas berbicara sedikit dengan para pelajar kelas itu, ustazah ke papan putih di depan surau. Beliau melukis sebuah bulatan besar. Kedengaran sosek-sosek pelajar berbisik-bisik.
"Baik, siapa boleh beritahu saya. benda apakah yang saya lukis ini?" Ustazah bertanya sambil menunjuk kepada bulatan yang dilukisnya di papan putih.
"Bola ustazah," satu suara dari belakang menjawab dengan nada berjenaka. Semua ketawa mendengarnya. Ustazah menggeleng kepala tanda jawapan yang diberikan tidak mengena.
"Bulan... bulan...," jawab pelajar yang lain pula. Sekali lagi ustazah menggeleng kepala.
"Bukan juga. Kalau begitu saya fikir matahari sedang gerhana," jawab seorang pelajar bernama Amal yang disambut dengan gelak ketawa oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Ustazah yang mendengar turut tercuit hati.
"Baik. Semua jawapan tadi salah. Apa yang saya lukis ini adalah kuih pau." Kali ini, giliran ustazah pula yang diketawakan oleh para pelajarnya.
Sebenarnya, ustazah bukan sekadar melawak. Ustazah sebenarnya ingin memberitahu kepada para pelajarnya, bahawa sesuatu yang dilukis, walau mengundang pelbagai tafsiran kepada orang yang melihat, tetapi jawapan sebenarnya terletak kepada si pelukis.
Baca lebih lanjut di majalah ANIS Februari 2010. Petikan di atas saya olah semula dari artikel bertajuk 'Anugerah Hidayah' tulisan Noraslina Jusin, Majalah ANIS FEBRUARI 2010, kolum PERMATA HATI, halaman 48-49. Note: Ustazah Noraslina Jusin adalah isteri Ustaz Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Baca lebih lanjut di majalah ANIS Februari 2010. Petikan di atas saya olah semula dari artikel bertajuk 'Anugerah Hidayah' tulisan Noraslina Jusin, Majalah ANIS FEBRUARI 2010, kolum PERMATA HATI, halaman 48-49. Note: Ustazah Noraslina Jusin adalah isteri Ustaz Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Andai takdir yang kita hadapi diibaratkan sebagai lukisan. Kita boleh mentafsirkan apa sahaja. Namun, tetap Allah yang 'melukiskan' takdir itu yang Maha Mengetahui hikmah disebaliknya..
Assalamualaikum Ustaz. Jika hati cenderung kepada Allah, apa-apa yang berlaku di sekeliling kita membuat hati berzikir kepada-Nya. Itulah zikir sebenar. Tidak semestinya berzikir hanya duduk di atas tikar sembahyang.
BalasPadamMybabah:
BalasPadamWa'alaikumsalam wrb, Bang Samsudin. Betul. Setiap diam, setiap perbuatan, setiap perkataan dan setiap penglihatan, yang mengingati Allah adalah zikir. Hati yang sentiasa ingat dan rindukan Dia juga zikir.
Terima Kasih, Babah;-)
saya suka betul ayat ayat dalam kotak kuning tuuu...
BalasPadamTeacherNunu:
BalasPadamSalam Cikgu Nurul. Pertama komen di sini kan, terima kasih daun keladi, rajin-rajin la komen lagi;-)
Ps: Saya suka pulut kuning;D