12/02/2010

ANAK LUAR NIKAH (Ambillah- Ahli Fiqir)


  ANAK LUAR NIKAH (Ambillah- Ahli Fiqir)







Jika anda mendengar fakta di bawah, adakah anda terkejut?



"Dalam tempoh setahun, berpuluh ribu anak luar nikah dilahirkan di Malaysia"

Begitulah yang dikatakan oleh Ahmad Fetri Yahya dalam Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi (Jumaat, 12 Februari 2010). Saya menonton MHI sambil bersarapan. Sambil-sambil begitu, saya tidak fokus sangat, kerana fikiran saya sedang gigih memikirkan projek-projek penulisan buku yang sedang saya usahakan. Kemudiannya, rancangan itu menghubungi Dr Harlina Hj siraj. Saya mula fokus.

"Anak luar nikah itu tetap mempunyai hak sebagai manusia dan sebagai anak.

Dari awal lagi si ibu itu tidak mempunyai rasa kasih sayang kepada bayi yang dikandungkan dan dilahirkannya. Tapi percayalah, ibu yang membuang bayi itu akan dihantui oleh perbuatannya itu. Saya sebagai seorang ibu, tidak dapat membayangkan bagaimana ibu yang telah membuang anak itu akan melalui kehidupannya. Pasti dia akan dihantui oleh perbuatan kejamnya itu.

14 haribulan ni akan tiba hari valentines, jangan ambil kesempetan ini untuk zina. Mungkin ada hikmahnya gejala buang bayi ini timbul beberapa hari ini menjelang hari kekasih yang bakal tiba ini."

Itulah lebih kurang antara kata-kata Dr Harlina Hj Siraj ketika dihubungi oleh MHI pagi tadi (jam 8.30, Jumaat 12 Februari 2010). Pengacara AG, Fetri dan Annahita berbual-bual dengan Dr Harlina hampir 5 minit.

Kemudian isu itu berakhir. Saya pun tidak menonton televisyen lagi dan memberi tumpuan kepada kerja saya. Sehingga tengah hari, saya seperti biasa pada hari Jumaat akan bersolat di Masjid Assyakirin. Nyaman sekali hari ini. Hari yang cerah dan angin yang bertiup kuat, membuatkan saya terlena waktu khutbah. Hehe, memang tempat kesukaan saya di serambi masjid ini memang enak deh;-)

Di masjid-masjid di Bintulu, pada setiap Jumaat ada diedarkan Risalah Jumaat. Tajuk Risalah Jumaat hari ini juga berkaitan zina; tajuknya "Penyelesaian Islam Dalam Menghindari Perbuatan Zina dan Seks Bebas". Mungkin bersempena hari kekasih yang bakal tiba.
Ini membuat saya berfikir...
Saya masih seorang bujang dan saya tidak tahu apa yang akan saya hadapi pada masa depan. Saya juga mempunyai tiga orang adik perempuan dan seorang adik lelaki, dan adik-adik saya juga masih bujang. Pertama, saya berdoa semoga saya dan adik-adik dilindungi Allah (SWT) daripada dosa besar yang satu ini. Juga, saya berdoa agar kami adik beradik akan dikurniakan Allah SWT dengan pasangan suami isteri yang soleh dan solehah. Amin amin amin Ya Rabb Al-Alamin.
Sebagai pendakwah, penulis dan blogger, saya berfikir lagi...
Tiba hari kekasih, apakah tanggungjawab saya? Saya pasang telinga, berusaha mendengar-dengar dan merisik khabar, tidak ada sebuah sekolah menengah pun di Bintulu ini yang ada membuat program sempena hari kekasih yang bakal tiba. Tambahan pula, kita sedang bercuti Tahun Baru Cina. Bukan apa, mengikut fikiran saya, seeloknya pihak sekolah ada inisiatif untuk mengurangkan 'risiko dan bahaya' hari kekasih ini. Mungkin pihak sekolah boleh membuat apa-apa program yang boleh memastikan anak-anak remaja kita boleh diperhatikan dan dikawal pada hari kekasih ini.
Di satu sudut yang lain pula saya berfikir...
Apakah pendekatan terbaik untuk kita pegang tentang hari kekasih ini. Jika kita bersikap menentang, pasti tentangan juga yang akan kita terima sebagai balasan. Jika kita berdiam diri, sesungguhnya itulah seburuk-buruk perangai umat Islam. Sedangkan jika difikirkan, Islam adalah agama kasih sayang, agama cinta, agama bahagia dan agama yang membahagiakan.

Namun, agama yang satu lagi itu pula yang 'menjenamakan' agama mereka sebagai agama kasih sayang. Maka tidak hairan ramai anak muda kita mudah tersesat sehingga ada yang sanggup murtad, kerana bagi anak-anak muda dan remaja; cinta, kasih sayang dan kebahagiaan adalah perkara yang sangat penting dan utama kepada mereka.

Cinta dan kasih sayang membawa bahagia. Dalam Islam sendiri kita diajar selalu berdoa memohon kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Setiap apa yang kita lakukan, kita mulakan dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bukankah kasih dan sayang itu adalah unsur cinta? Lagipun, Allah itu Maha cinta-Maha Kasih dan Maha Sayang.
Justeru, saya terus memikirkan.. memikirkan.. dan memikirkan.
Nampaknya, usaha dakwah itu perlu kepada 'pemasaran' dengan kaedah yang baru dan segar. Kaedah yang sesuai dengan anak-anak zaman blog dan facebook kini. Kaedah seperti yang banyak dibuat oleh pendakwah-pendakwah di negara jiran kita Indonesia.

Kita lihat Ustaz Habib sahaja (Habiburrahman Al-Siroji) novelis jutawan itu. Bagaimana melalui karyanya, belia cuba memaparkan cara bercinta dan berkasih sayang dalam Islam. Bagaimana dalam karya-karyanya, beliau mempromosikan perkahwinan dan pernikahan sebagai gaya hidup. Beliau mencuba menjadikan Islam itu trend dan gaya hidup. Sehingga penyanyi Melly Goeslow pun mula menyanyikan lagu-lagu cinta berunsur Islam untuk filem adaptasi novel Ustaz Habib.

Kita lihat lagi di Indonesia. Pada bulan Ramadhan, artis-artis sana macam berpakat buat lagu berunsur dakwah dan Islam. saya terkejut melihat band lelaki yang pakai anting-anting, tiba bulan Ramadhan mula menerbitkan lagu unsur dakwah dan Islam. Semasa menyanyi lagu Islam, mereka tanggalkan anting-anting dan berpakaian sopan. Haddad Alwi sendiri ada berduet dengan kumpulan Padi. Saya antara penggemar kumpulan Padi. Bagi anda yang juga peminat Padi, anda tentu tahu tahap 'agama' mereka kan. Pernah anda lihat video klip Padi yang dalam bar itu? Jika pernah anda tentu faham. Persoalannya di sini, mengapa Haddad Alwi sudi berduet dengan Padi? Tentu ada hikmah di sebaliknya kan.

Namun, yang lebih penting, itu adalah antara usaha golongan pendakwah untuk menghampiri artis. Lagi pula di benua mana pun di dunia ini, artis ada pengaruh yang besar. Oleh kerana itulah, pendakwah terkemuka Aa Gym, tidak segan silu untuk bersahabat dan berkongsi pentas dengan raja rock Indonesia- Siapa? Itu kumpulan SLANK!



Memang, hasilnya tidak akan dapat dilihat sekelip mata. Namun, sekurang-kurangnya ada usaha. Saya melihat, usaha seperti inilah yang kurang di negara kita. Betulkah apa yang saya lihat ini? Tolong saudara betulkan saya jika saya salah ya;-)


9 ulasan:

  1. salam ustaz
    saya masih ingat semasa di blog lama saya di blogspot, entry tahun lepas (2009)
    saya ada share tentang kenapa valentines haram
    sudah nya saya mendapat komen dari seorang anonymous, siap kata saya bodoh lagi
    hehehe

    tapi takpe dakwah mesti terus walau orang benci dngan apa yang disampaikan

    hari valentines ni sebenarnya bukan nama sebenar utk sambutan 14 february
    ia sebenarnya bernama : SAINT'S VALENTINES DAY
    hari sempena memperingati paderi saint valentine
    tu tapi untuk tujuan komersial yg pastinya didalangi tujuan untuk menyesatkan umat ISLAM
    maka nama SAINT itu diremove, dan yang tinggal hanyalah VALENTINES

    banyak pihak yang membuat keuntungan sempena hari maksiat anjuran kristian ini

    mangsanya semmuanya adalah anak muda ISLAM

    apa lagi yang lebih menyedihkan
    bila pertembungan rapat hari kristian dengan maulidur rasul, media Malaysia semuanya 100% menyebut tentang hari kristian ini

    mana promo mereka tentang maulidur Rasul

    kat sini, nampak sangat peranan media yang sangat sekular yg banyak menyebarkan dakyah valentine ini kepada masyarakat

    hakikat yang lebih menyakitkan
    ada umat ISLAM yang beranggap
    tak perlu serius sangat tentang hari valentine
    kita tahu ia perayaan kristian tapi kita bukan berniat utksambut, just having fun

    apakah??

    ye ustaz tugas pendakwah muda seperti ustaz adalah amat besar
    teruskan dakwah anda

    kerana seeprti yang Rasulullah pernah sabdakan:
    selemah2 iman ialah apabila hanya mampu membenci di dalam hati

    tp yang ada sekarang bukan setakat tak benci, malah redha

    jadi ukurlah sendiri iman anda, wahai umat ISLAM yang meredhai apa saja mungkar yang berlaku.

    BalasPadam
  2. saya cadangkan ustaz emailkan entry ini ke pihak media
    maybe email ke tv3
    even harapan untuk isu ini dibincangkan media dalah amat tipis, tak salah untuk mencuba

    point2 yang ustaz cadangkan adalah bernas

    very well said

    BalasPadam
  3. salam Ustaz
    saya memang sinis sikit kalau bab valentine day ni
    sebab orang islam beriya dok celebrate

    memang cara kasar akan ditentang kalau cara lembut mungkin mendatangkan hasil
    cuma nak lembut mcm mana ya....

    BalasPadam
  4. salam ustaz,
    mmg betul ramai anak2 muda kita yg beranggapan tak salah nak menyambut perayaan kasih syg ni. mereka dah dikelabui dgn promo2 yg ada.

    BalasPadam
  5. Salwa:

    Salam Puan Salwa.

    Terima kasih. Respon yang bernas sekali. Saya nak terbitkan komen ini di blog ini boleh kan? Jika boleh beritahu ya. Insya Allah untuk esok atau lusa;-)

    BalasPadam
  6. Fid:

    Salam Puan Fid.

    Iya bener. Apalah perlunya nak sambutkan.

    "memang cara kasar akan ditentang kalau cara lembut mungkin mendatangkan hasil
    cuma nak lembut mcm mana ya...."

    Itulah yang saya dok fikirkan, fikirkan dan fikirkan lagi.. cuma nak lembut mcm mana ya?;-)

    BalasPadam
  7. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Iya benar. Itulah yang saya fikirkan. Bagaimana ya nak promosikan cara berkasih sayang sebenar, yang hanya ada dalam Islam..

    BalasPadam
  8. Ustaz, silakan
    apalah sangat komen saya dibandingkan dengan idea2 bernas ustaz dalam entry ini

    saya kecewa sangat, bukan setakat rancangan hiburan remaja/dewasa menayangkan tentang valentine
    kartun kanak-kanak di tv9 juga menayangkan tentang valentine

    tak tahulah kalau ada yang masih tak sedar bahawa ada hidden agenda dari pihak tertentu nak menerapkan ideologi kristian dalam anak-anak sejak dari kecil..
    nauzubillah minzalik

    moga anak-anak dan generasi kita semua terpelihara dari kejahatan musuh ISLAM dan fitnah akhir zaman

    BalasPadam
  9. Salwa:

    Alhamdulillah. Terima kasih ya. Sebenarnya ramai yang prihatin di negara kita ni;-)

    BalasPadam