13/02/2010

Jiwa Rasa Yang Sedikit Terganggu.. (Selamat hari raya kepada rakan-rakan berbangsa Cina..)


  Jiwa Rasa Yang Sedikit Terganggu..

(Selamat hari raya kepada
rakan-rakan berbangsa Cina..)







Letupan bunyi mercun berdentam-dentum. Baik yang berbunyi panjang macam 'mesingan' mahupun yang meletup sekali berbunyi seperti bom di zon perang ataupun yang meletup dan memancarkan percikan di udara. Bingit. Apapun, itulah sambutan dan hari besar mereka dan kita mendiami satu bumi yang sama, perlu berkongsi rasa serta saling menghormati orang lain. Oleh kerana itu saya mencuba untuk tidak terganggu dengan dentuman bunyi mercun dan bunga api.

Ketika saya menaip ini, hati agak bimbang dengan pelbagai perkara. Salah satunya adalah kerana bimbangkan adik yang di Kuching tidak balik bercuti dan sedang menghadapi sedikit masalah. Perasaan saya sedikit terganggu malam ini. Apapun saya dari kejauhan ini hanya mampu berdoa. Terdetik juga dalam hati untuk pergi ke Kuching malam ini, tapi perlu difikirkan juga beberapa perkara.

Saya keletihan dan kegalauan. Astaghfirullah al-azhim. Saya mencuba bertenang dan berdoa. Mungkin juga badan saya sedang terseksa kerana rasanya sudah beberapa hujung minggu saya tidak bercuti. Mungkin hanya tolak satu hujung minggu pertama dalam tahun ini, ketika saya balik dari Kuching awal tahun hari tu. Selepas pada itu, rasanya saya tidak ada bercuti dan berehat pada hujung minggu.

Hujung minggu, saya masih menari bersama-sama pelbagai projek dan usaha saya. Cuma untuk mengelakkan kebosanan dan tekanan saya membuat kerja saya di pelbagai tempat. Di masjid, di perpustakaan dan di kafe siber.

Dalam masa sama saya bimbang dan terganggu memikirkan saudara seagama yang menari bersama ombak dosa sepanjang malam ini. Astaghfirullah al-azhim..

Pada musim perayaan begini, sejujurnya ada beberapa perkara yang turut saya bimbangkan. Satu kerana letupan mercun dan bunga api di sana sini. Api kecil menjadi kawan, berwarna-warni menjadi hiburan tapi api yang sama juga adalah punca kebakaran dan kerosakan. Di jalan raya pula perlu lebih berhati-hati, kerana musim perayaan ramai yang mengambil alkohol. Bukan hanya perayaan tahun baru Cina ya. Bimbang ada yang salah faham. Hari raya puasa juga ada yang mengambil alkohol. Astaghfirullah..

Kemeriahan perayaan tahun baru Cina kali ini menjadi berganda kerana malam ini juga adalah ambang sambutan hari kekasih. Di hotel-hotel promosi berkembar dua. Promosi tahun baru Cina dan promosi hari kekasih. Ketika rakyat Cina di seluruh dunia bergembira menyambut hari raya, ribuan malah jutaan saudara seagama kita hancur dan rosak malam ini sempena hari kekasih. Terkejut saya membaca berita di blog Mazidul TV3 baru ini tadi. Kempen tidak pakai 'seluar kecik' sempena hari kekasih sedang dipromosikan di Selangor. Itulah yang ditulis Mazidul dalam blognya. Anda boleh KLIK SINI untuk membacanya. 


Dalam keluarga besar saya, ada beberapa orang Cina yang masuk dalam keluarga melalui perkahwinan. Kehidupan di sini juga membuatkan masyarakat Cina adalah sebahagian kehidupan saya. Saya juga rapat dengan beberapa orang Cina muslim dalam MACMA di sini. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada mereka. Apapun, samalah kita menjaga keharmonian kaum di negara kita ini. Agar keamanan negara yang kita nikmati sekian lama kekal hendaknya. Amin Ya Rabb Al-Alamin.


PS: Ingat lagi dengan novel WO AI NI ALLAH yang saya beli tempoh hari. Jika anda belum membacanya, apakata gunakan masa cuti ini untuk membacanya. Aduh! Kedai buku banyak juga yang tutup ya;-) hehe. Tidak mengapa, anda boleh KLIK SINI untuk membacanya.


Photobucket

8 ulasan:

  1. Salam ustaz cahaya!
    Biasanya kalau ada sapa-sapa yang suggest satu-satu buku utk dibaca, insyaAllah saya akan beli. Masa pergi MPH alamanda tempoh hari, rasanya tak ketemu saya dengan buku ni. InsyaAllah lepas ni saya cari lagi..moga2 ketemu..

    BalasPadam
  2. salam ustaz... hari kekasih ramai yg hanyut.. masyarakat kita dah semakin ramai yg meraikan hari kekasih nih. risau melihat pergaulan remaja yg makin bebas, dan dunia yg makin tiada sempadan. sbg ibu, saya lebih risau lagi sbb cabaran membesar dan mendidik anak2 makin hebat..

    BalasPadam
  3. Dari esok malam, 1 Rabiul awwal, beberapa tempat diSingapura akan kedengarang bacaan maulid.
    Terasa seperti diMadinah - Dekat dengan Rasulullah s.a.w.

    BalasPadam
  4. Afida Anuar:

    Salam Afida.

    Saya beli tu hari di Popular. Memang laris novel tu. Sekejap sahaja habis. Bagi saya, cover dan tajuk nya memang menangkap. Mudahan kamu dapat membeli buku itu dan dapat manfaat daripda nya. Amin;-)

    BalasPadam
  5. Sayang.Ibu:

    Salam Puan Intan.

    Cabaran umat Islam sekarang adalah kita kekurangan cara dakwah yang sesuai dan dapat bersaing dengan zaman. Berbeza dengan dakyah agama yang satu itu. Dakyah mereka terancang dan kuat.

    Media kita pula sama ada sedar atau tidak, sengaja atau tidak; turut mempromosikan hari kekasih ini kerana ia sudah dianggap sebagai perayaan dunia. Namun, kesannya besar terhadap kerosakan umat kita, na'uzubillah..

    Kerisauan Intan memang berasas. Saya berdoa semoga anak-anak Intan lahir dan membesar sebagai umat yang soleh dan solehah, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    BalasPadam
  6. Ummie:

    Salam Kak Hajah Ummie.

    Alhamdulillah, syukur di Singapura suasana nya begitu. Di tempat saya ni masih sunyi sepi. Belum terasa lagi kehangatan sambutan maulid. Ada tidak ada pun kumpulan2 zikir yang berlatih untuk pertandingan. Sepanjang minggu maulid nanti baru lah ada program kuliah dan ceramah maulid.

    Kita ini sudah jauh beribu tahun dari Rasulullah SAW. Cabaran besar kita untuk merasa kasih dan rindu dengan Rasulullah. Mudahan saja kita menjadi umat yang sentiasa merasa dekat dengan Rasulullah di hati kita, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    BalasPadam
  7. Marilah turun keSingapura.
    Mana-mana pun ada maulid, bukan untuk pertandingan, tapi kerana keberkatannya - Dimasjid, rumah, stadium, expo, persatuan, tanah lapang, mana2 saja, biasanya sampai Jamadil akhir.
    Selawat dari bumi menerawang naik kelangit.
    Allaahumma solli 'alaa Saiyidinaa Muhammad.

    BalasPadam
  8. Ummie:

    Insya Allah Kak Hajjah. Ada rezeki sampai juga saya ke sana. Mohon kak hajah doakan kemurahan rezeki saya. Saya sekarang di Sarawak.

    Alhamdulillah.. suasana begitu yang saya rindukan. Sebelum ini, saya tertanya-tanya juga, bagaimana agaknya kehidupan muslim di Singapura. Rupanya sangat baik dan indah sekali.

    BalasPadam