28/02/2010

POST KHAS BUAT ADIK SYAFIA HUMAIRA


POST KHAS BUAT ADIK SYAFIA HUMAIRA




ANAK COMEL INI DIBUNUH DENGAN KEJAM!



Photobucket



Hari Jumaat yang lalu, ketika saya sedang menulis sebuah puisi menyatakan rindu kepada Rasulullah (SAW), rupanya ada insan kecil yang sedang dizalimi dan berdepan dengan maut. Maut di tangan lelaki berumur puluhan tahun lebih tua daripadanya. Lelaki yang berpuluh kali ganda lebih kuat dan lebih gagah darinya. Lelaki yang merupakan kekasih ibunya. Itulah, insan kecil bernama Syafia Humairah Sahari yang berusia 3 tahun.


Arwah adik Syafia maut jam 7.30 malam, 26 Februari, Jumaat lalu di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor. Pada waktu yang sama, saya sedang memperhaluskan puisi 'Harum Rindu Kepadamu (Puisi Rindu Buat Nabi Rasulullah SAW)'- KLIK UNTUK BACA PUISI. Saya sedang menunggu waktu isya pada waktu itu, mengambil kesempatan menyemak dan memperhaluskan puisi yang saya tulis sebelum solat maghrib. Rupanya, pada masa yang sama di sana ada insan lain yang lebih kurang sebaya saya, dan sejantina dengan saya; membunuh seorang kanak-kanak berumur tiga tahun!


Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu Syafia




Photobucket



Ibu arwah adik Syafia, Siti Nurhanim telah berhubungan dengan pembunuh Syafia sejak enam (6) tahun lepas, Berkali-kali saya membaca, bimbang tersilap. Iya, ENAM TAHUN si ibu bercinta dengan bakal pembunuh anaknya.

Enam tahun.. umur Syafia tiga tahun... mereka (Nurhanim dan suspek) mengaku ada anak umur setahun lebih.. dan sekarang Nurhanim mengandung empat bulan..

Suami Nurhanim sedang dipenjara sejak 2006... Nurhanim sudah menjalinkan perhubungan bak suami isteri bersama suspek sejak 6 tahun lalu.. bermakna dalam tahun 2004, 2005 begitulah.. sebelum suaminya dipenjara lagi kan..


Menurut Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, polis akan merujuk kes terbabit kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan lanjut. Berhubung anak luar nikah yang berumur setahun lebih dan kandungan empat bulan dalam perut Nurhanim.

Ramai yang mencemuh dan mengutuk hubungan mereka. Termasuk ramai rakan blogger yang menegur keluarga, saudara mara dan jiran tetangga yang membiarkan hubungan sumbang mereka itu.



... dan kebiasaan saya, lama saya melihat gambar-gambar ini.




Photobucket
(Jenazah Syafia dibawa keluar rumah).

Photobucket
(Ibu Syafia di sisi jenazah Syafia)

Photobucket
(Ibu Syafia menabur bunga di pusara arwah Syafia)

"Ya Allah, sungguh-sungguh kami memohon kepada-Mu.
Lindungi kami daripada dosa seperti itu

dan

lindungi kami daripada musibah seperti itu.
Amin amin amin..

Amin Ya Rabb Al-Alamin"



Saya percaya Allah Maha Adil terhadap dosa dan perbuatan zalim hamba-Nya. Saya juga percaya, Allah Maha Kasih dan Sayang kepada mangsa kezaliman seperti adik Syafia. Amin Ya Rabb Al-Alamin.




Sekadar lagu iringan untuk membaca post ini.

Lagu Muse-Unintended. Lagu yang pernah saya gemari, dan pernah saya nyanyikan dengan penuh penghayatan suatu masa lama dolu-dolu..





You could be my unintended
Choise to live my life extended
You could be the one i'll always love.

You could be the one hwo listens,
to my deepest incrusisions
You could be the one i'll always love.

I'll be there as soon as i can
But im busy mending broke
Peaces of the life i have before

First there was the one hwo callenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as him

You could be my unintended
choice to live my life extended
You should be the one i'll always love

I'll be there as soon as i can
But im busy mending broken
Peaces of the life i have before


12 ulasan:

  1. Salam!!saya pun terkejut dengar berita ni. Ya Allah kenapa sanggup manusia buat mcam tu kat anak comel spt syafia yg cuma 3 tahun!!...itu bukan manusia..itu syaitan!!

    Maaf ustaz terlepas geram..tp saya sedih..sungguh!

    BalasPadam
  2. Sya tak tau nak ckp apela ustaz..sy harap tiada lg org yang membiarkan anak mereke sprt ibu ini ..Anak adalah anugerah yg tidak ternilai.

    BalasPadam
  3. salam
    Ustaz
    saya dah karang akan kisah ini esok saya publish..kihkihkih

    kalau ustaz nak baca ustaz kena fikir banyak kali ya sebab bahasa sungguh tak indah!

    BalasPadam
  4. Salam Ustaz
    SEDIH!!! MARAH!!!! GERAM!!! Semuanya bercampur aduk bila saya dengar berita ini. Pembunuh itu saya tak mau komen, mmg dasar manusia durjana yg tak berhati perut. Tapi pada si ibu, saya sungguh rasa kesal. IBU.. seharusnya menjadi pelindung anak, membelai, menjaga anak sebaik mungkin. Ibu haiwan pun sangat melindungi anaknya. Tapi di manakah ibu arwah ketika dia bergelut dgn maut? Marah sungguh saya dgn perempuan itu. Hari ni keluar berita, dia nak mintak bantuan jab kebajikan pulak. Dia tu patut dihukum atas kemungkaran yg dia lakukan. Takkan lah selama ni tak sedar langsung si lelaki tu ada mendera anak dia?? Mustahil!!! emosi saya sungguh terganggu ustaz, saya renung wajah anak sulung saya yg sebaya arwah... sedihhhhh... apalah daya seorang anak sebesar dia disiksa begitu sekali. Dan masyarakat keliling yg mengetahui perbuatan sumbang pasangan itu, kenapa tak ambil peduli?? Kenapa bila dah ada kes kematian mcm ni, baru nak bongkar segala kemungkaran???

    BalasPadam
  5. ustaz..lagu unintended tue mmg sedap..sesuai ditujukan kpd sang ibu..

    BalasPadam
  6. salam
    Mama geram kat orang sekampung tu dan orang yang hampir.Kenapa tunggu hingga maut menjemput kanak2 tu. Takkan tak sedar langsung.

    BalasPadam
  7. Afida Anuar:

    Salam Afida.

    Saya pula tidak terkejut dengar berita ini dalam zaman seperti yang sedang kita hadapi ini.

    Saya berfikir, apa yang boleh kita lakukan bermula selepas ini. Kes keruntuhan institusi perkahwinan, hubungan haram, tekanan dan keganasan.

    Takpa Afida, saya juga geram dan sedih.

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  8. ITZ JELAI:

    Salam ITZ JELAI.

    Saya setuju dengan kamu. Anak adalah anugerah. Oleh itu, nak 'buat anak' wajib dalam keadaan dan jalan yang bermaruah.

    Terima kasih ITZ JELAI;-)

    BalasPadam
  9. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Saya baca juga dan sudah komen, cayalah Kak Fid. Gerun juga saya bila kak fid kita dah marah;D

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  10. Sayang.Ibu:

    Salam Intan.

    Saya suka dengan ayat Intan yang ini:

    "IBU.. seharusnya menjadi pelindung anak, membelai, menjaga anak sebaik mungkin. Ibu haiwan pun sangat melindungi anaknya". Iya benar, saya setuju sangat.

    Saya berdoa semoga musibah ini menjadi pengajaran dan turning point kepada Hanim untuk berubah kepada kehidupan yang lebih suci dan baik.

    Saya berdoa agar anak-anak Intan menjadi anak yang soleh dan solehah, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    Terima kasih Intan;-)

    BalasPadam
  11. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Itulah mungkin yang dirasakan oleh Hanim sekarang. Macam lagu Unintended itu. Walaupun dia tidak sengaja, pasti musibah ini menjadi kekesalan dan mimpi ngeri sepanjang hidupnya. Kasihan ya.

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  12. Mama Tanjong:

    Salam Kak MT.

    Saya juga sama macam akak, geram dan kecewa dengan 'penonton' tragedi itu. Agaknya, suspek memang seorang yang ditakuti oleh mereka. Tapi mereka ramai, apa nak takut dengan seorang itu. Hebat sangat kah dia?!

    Sayangnya, guru silat macam Kak MT kita tidak ada di sana pada masa kejadian. Jika ada, boleh juga akak tolong patahkan tangan dan kaki Si Mat itu.

    Geram saya dan memang itulah yang saya nak buat jika saya mampu. Saya nak patahkan tangan dan kaki si pembunuh itu. Tangan kaki itu adalah anugerah Allah, malah diguna untuk menderhaka kepada Allah.

    Terima kasih Kak MT;-)

    BalasPadam