16/02/2010

TUTORIAL BLOG: Cara Bagaimana Untuk Membuat Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 2)


TUTORIAL BLOG:
Cara Bagaimana Untuk Membuat
Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 2)






Ini adalah tutorial bersiri. Jika anda belum membaca siri 1, anda boleh KLIK SINI untuk membacanya.
Dalam tutorial ini, kita akan belajar mendaftar di Response-O-Matic.

Mengapa perlu mendaftar di
Response-O-Matic?

Sebabnya ialah untuk kita mendapatkan borang dan perkhidmatan CONTACT ME yang disediakan oleh
Response-O-Matic.


Sedikit mengenai Response-O-Matic:
1. Response-O-Matic adalah penyedia perkhidmatan perhubungan antara anda dengan pelawat blog anda.

2. Secara mudahnya begini: Anda mendaftar di Response-O-Matic, buat borang perhubungan anda dan tampalkan borang tersebut di blog anda.

3. Anda hanya perlu menampal kod yang diberikan oleh Response-O-Matic di blog anda. Selebihnya akan diuruskan oleh Response-O-Matic. Apabila pelawat blog mengisi borang tersebut, maklumat tersebut akan dihantar ke email yang anda daftarkan dengan Response-O-Matic.

4. Berbeza dengan jika anda menggunakan 'plugin'- kebiasaan untuk blog wordpress yang dihost sendiri. Anda perlu melakukan banyak langkah. Dari mengambil plugin, memasukkan (upload) plugin ke server hosting, mengedit kod, membuat konfigurasi, dan lain sebagainya.
Mungkin sesetengah orang 'takut' melihat tutorial ini kerana ia nampak panjang oleh banyak gambar. Sebenarnya, kelihatan sahaja panjang, tapi langkah demi langkah yang perlu dibuat hanyalah sedikit dan 'simple' sahaja.

Jadi, ikuti dengan baik tutorial ini. Buat langkah demi langkah, jangan melompat dan buat dengan fokus. Insya Allah, ia memang mudah. Jum, kita teruskan..

MENDAFTAR DI RESPONSE-O-MATIC

1. Buka laman web http://www.Response-O-Matic.com. Anda akan melihat paparan di bawah. Lihat butang [GET STARTED]. Klik pada butang [GET STARTED] itu.

 


2. Setelah menekan butang [GET STARTED], anda akan dipaparkan dengan borang seperti di bawah:
Isi nama, alamat email anda dan password pilihan anda di ruang yang disediakan. Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, klik butang [Sign Up]. Rujuk gambar di bawah:


Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan melihat mesej seperti di bawah:


3. Buka peti email anda (alamat email yang digunakan untuk mendaftar) dan cari email dari ROM support. 
Buka email tersebut.
 
 
Dalam email tersebut, KLIK pada pautan yang diberikan. Anda mesti KLIK pada pautan ini untuk mengesahkan dan mengaktifkan pendaftaran anda. PENTING: Sebelum KLIK pada pautan dalam email tersebut, pastikan email tersebut adalah daripada support@response-o-matic.com.
Jika pendaftaran anda sudah diaktifkan dan disahkan, anda akan melihat mesej seperti di bawah:

 



TIGA (3) LANGKAH UNTUK MENDAFTAR DI Response-O-Matic
2. Masukkan nama, alamat email dan password dalam borang yang disediakan.

3. Sahkan dan aktifkan pendaftaran melalui email yang dihantar kepada anda.
MENGAPA KITA PERLU MENDAFTAR DI Response-O-Matic?
Kita perlu mendaftar di Response-O-Matic untuk mendapatkan perkhidmatan dan borang CONTACT ME untuk blog kita.

Dalam SIRI 3 nanti, Insya Allah kita akan belajar membuat CONTACT FORM di Response-O-Matic. Jika anda tidak mahu menunggu siri 3 tutorial ini, anda boleh mencuba buat CONTACT FORM di Response-O-Matic. Cuba ikut arahan yang diberikan di laman web Response-O-Matic.

4 ulasan:

  1. Salam Ustaz.Me guna Contact Form by Response-O-Meter ni untuk blogshop jer.Tak terfikir pulak keperluannya untuk blog caca-marba tu..errr..naper perlu ada yer? cukup sekadar ada shoutbox & kotak komen posting? x brapa jelas lagi..

    BalasPadam
  2. Hanz:

    Salam Kak Hanz.

    Dengan Kak Hanz kita ni saya segan jugak, sebab Hanz pun dah lama blogging and ada blogshop lagi, hehe;-)

    Tapi saya jawab jugak la ye Kak Hanz..

    Dlm siri 1 saya ada berikan beberapa sebab musabab untuk hal yang kita bincangkan ini. Dari apa yang saya belajar tentang blog, seeloknya kita beri banyak kemudahan kepada pembaca blog kita untuk berhubung dengan kita.

    Pembaca ni banyak jenis kan;

    1. Ada yang senang guna ruang komen.
    2. Ada yang suka guna chat box.
    3. Ni pembaca yang agak eksklusif- yang suka guna email.
    4. Ada yang lebih senang nak call (via Skype or handfon ka) - biasa ni jika ada job or jemputan la... and pelanggan jika kita berniaga.

    Mungkin ada pembaca yang nak tegur kita, tapi bimbang akan menjatuhkan air muka kita, maka mereka lebih senang guna email. Dan tujuan form CONTACT ME adalah untuk ini lah salah satu nya.

    Macam saya, kan ada orang yang nak bertanyakan masalah agama, jika guna ruang komen or chat, mereka segan ke apa, mereka nak satu kemudahan berhubung yang lebih ekslusif.

    BalasPadam
  3. ohhh..dah jelas dah...terima kasih Ustaz..nanti bolehlah add 'Çontact Me' features tu..me tengah menunggu layout baru, harap2 lebih kemas... :>

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Tempah dengan siapa layout baru kak Hanz?

    BalasPadam