26/02/2010

Harum Rindu Kepadamu (Puisi Rindu Buat Nabi Muhammad Rasulullah SAW)


Harum Rindu Kepadamu
(Puisi Rindu Buat Nabi Muhammad Rasulullah SAW)




Alhamdulillah, hari Jumaat yang indah dan penuh barokah. Tengah hari tadi, Ustaz Salleh Hamden menyampaikan khutbah di Masjid Assyakirin tempat saya bersolat Jumaat. Ustaz Salleh adalah antara guru saya. Beliau ada program ceramah di sini. Sebenarnya beliau menetap di Kota Samarahan. Saya memang meminati cara penyampaian Ustaz Salleh ini.

Selepas solat asar ada majlis kesyukuran di rumah pakcik. Sebenarnya kesyukuran sepupu saya yang sah mengandung anak sulung. Hehe, sepupu tu muda lagi pada saya (nikah awal tahun 2009). Seperti biasa, sayalah yang membacakan doa kesyukuran. 

Selepas mandi dan sementara menunggu azan maghrib, saya 'melakar' sebuah puisi buat Rasulullah (SAW). Kemudian selepas Isya saya 'memperhaluskan' puisi tersebut. Insya Allah akan saya perkemaskan lagi.


Harum Rindu Kepadamu
(Puisi Rindu Buat Nabi Muhammad Rasulullah SAW)
Oleh: Norudin Draman UstazCahaya
Dengan nama-nama Allah yang Maha Indah
yang dengan kurnia-Nya yang melimpah
aku menulis puisi ini untuk menjadi wadah
cuba bermadah untuk meluah
rindu kepadamu Rasulullah.

Kucuba sedaya yang kumampu

menukilkan sesuatu
tanda cinta dan rindu
harum rindu kepadamu.

Andai bait-bait kalimah ini ada berbau

semoga ia harum, seharum rindu
rinduku kepadamu rindu umatmu
harum rindu kepadamu

Wahai Nabi Muhammad Rasulullah,

jika kami salah, ampunkan kami.

Hari ini kami menyambut hari lahirmu

di merata dunia umatmu menyeru
bersahut-sahut menyebut namamu
dalam indah bait salawat dan salam kepadamu

hari ini dunia meriah

umat Islam mampu bermegah
suasana indah
salawat dan salam riuh rendah
membuat iblis dan syaitan menjadi gundah
Insya Allah.

Wahai Nabi Muhammad Rasulullah,

jika kami salah, ampunkan kami.

Salawat dan salam bergema

hari ini di serata dunia
dari bibir berdengung di minda
semoga turun ke hati setiap manusia
dan semoga terpateri di sanubari hendaknya


indah alangkah indah 
jika setiap hari menjadi meriah
oleh ucapan salawat bibir menjadi basah
dan ucapan salam merindumu Ya Rasulullah.

Wahai Nabi Muhammad Rasulullah, 
jika kami salah, ampunkan kami.

kami umatmu yang lemah
melalui hari-hari penuh payah
kami umatmu yang berpecah
dalam iman dan amal yang goyah
sungguh ini meletakkan kami dalam gundah.

Kami umatmu sedang berpecah

kami umatmu sedang goyah
dalam iman dan akhlaq yang parah
Ya Rasulullah.

kucuba sedaya yang kumampu

menukilkan sesuatu
tanda cinta dan rindu
harum rindu kepadamu

Andai bait-bait kalimah ini ada berbau

semoga ia harum, seharum rindu
rinduku kepadamu rindu umatmu
harum rindu kepadamu

Wahai Nabi Muhammad Rasulullah,

jika kami salah, ampunkan kami.

Semoga diterima Allah, Tuhanku

buat Muhammad Rasulullah, Nabiku.
---------------------

Norudin Draman (UstazCahaya).

Mula dinukilkan pada 26 Februari 2010, jam 6.15 petang sementara menanti masuk waktu maghrib. Disemak sementara menunggu isya pada hari yang sama.


Salam Maulid Rasul kepada anda yang membaca post ini. Semoga kita menjadi para pencinta Rasulullah dan layak mendapat syafaat Baginda di hari akhir kelak, hari di mana setiap manusia  berharap agar termasuk dalam umat Muhammad. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Hak Cipta Terpelihara
Norudin Draman UstazCahaya
26 Februari 2010
Bintulu, Sarawak.

22 ulasan:

  1. salam ustaz..
    indahnya puisi..
    mmg tak tertanding rasul kita Muhammaad SAW
    dengan mana mana manusia didunia ini..

    BalasPadam
  2. salam ustaz,
    mmg indah puisi yg ustaz nukilkan tu. sejuk hati membacanya dan akk setuju dgn apa yg ustaz cuba sampaikan tu.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum warahmatullah ustaz...

    Alhamdulillah puisi yg sangat baik dan indah..Tahniah..ya memang sangat rindu dengan rasullullah s.a.w...Semoga kita dapat mengamalkan sunnahnya dengan sebaik mungkin... salah satu cara luahan rasa rindu kita terhadap baginda...:-)

    BalasPadam
  4. zulkbo:

    Salam Bro Zul.

    Alhamdulillah. Sememangnya tidak tertanding Rasulullah SAW dengan mana mana manusia di dunia ini.

    Terima kasih Zul;-)

    BalasPadam
  5. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Alhamdulillah, syukur. Iya kak, itulah yang agak kita kesalkan dalam umat kita sekarang ni. Bila dalam hal-hal bersangkutan agama, mudah lah nak dikatakan bida'ah, tak payah, salah etc. Bila dalam hal-hal yang lain, orang yang sama tu boleh pula bertolak ansur dan berlembut. Contoh dalam hal politik ke, hiburan ke etc.

    Terima kasih Kak Nuradyani;-)

    BalasPadam
  6. yatie:

    Salam Ustazah Nurhayatie.

    Alhamdulillah, syukur Allah atas limpah kurnia-Nya. Kita yang belum pernah jumpa Rasulullah ini alangkan rindu, bagaimanalah agaknya kerinduan para sahabat dulu ketika ditinggalkan oleh Baginda. Subahanllah.

    Saya berdoa semoga kita menjadi orang yang mencintai dan merindui Baginda. Dan menjadi umat yang beroleh syafaat Baginda di hari akhir kelak, Amin.

    Terima kasih Ustazah;-)

    BalasPadam
  7. salam Ustaz

    indah! dan lazat!

    BalasPadam
  8. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Alhamdulillah.. Lazat? Hehe.. Jangan lupa baca doa lepas makan ye;D

    Terima kasih Fid;-)

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama27/10/11 21:20

    mukadimah yg indah,b'taut ngan kekasih nya....tahnia ustaz....

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama27/10/11 21:24

    hrp2 umat skrg ney taw m'nilai mana yg bek n mana yg buruk...jan sampai jdy haiwan ...yg x taw apa2....apapun puisi ney leh kita kongsi ngan mukmin n musliah yg len ...dlm fb,tiweter, @ blog yg len.....spy drng taw sapa pemimpin mrk.....walahuallam..

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama5/2/12 13:28

    Subhanallah..indahnya..

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama6/2/12 22:16

    ustaz..sy copy sajak ustaz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan copy dan link ke sini ya.
      Tapi, jika untuk diterbitkan secara bertulis atau dipersembahankan dalam majlis/ pertandingan, sila hubungi saya secara rasmi ya. :)

      Terima kasih, saudaraku :)

      Padam
  13. Tanpa Nama19/6/12 10:06

    Dri bait" k bait qu mrskan k idhannya mnum smua itu kranglah lngkap tnpa da gertakan yang menggunjang belnggu...

    BalasPadam
  14. subhanallah,segla puji bagimu ya allah.ya rasullalloh

    BalasPadam
  15. subhanallah,segla puji bagimu ya allah.ya rasullalloh

    BalasPadam
  16. salam ustaz. mintak share untuk baca time IKMAS berselawat

    BalasPadam