Khamis, Februari 11, 2010

Part Paling Sedih dalam Ketika Cinta Bertasbih (Andai Aku Hanya Boleh Memohon Satu Doa)


  Part Paling Sedih dalam
Ketika Cinta Bertasbih

(Andai Aku Hanya Boleh Memohon Satu Doa)





Adalah dicadangkan anda membaca post ini selepas menonton video di bawah. Video ini dipetik daripada filem Ketika Cinta Bertasbih. Pengantin perempuan dengan penyanyi lelaki dalam klip video ini adalah dua insan yang saling mencinta.



Boleh saudara rasai perasaan itu? Dapat feelnya? Saya sendiri, meremang bulu roma di tengkuk ketika menonton bahagian ini dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.
Dalam novel dan filem Ketika Cinta Bertasbih, pemuda yang menyanyi itu namanya Fadhil. Lagu yang dinyanyikan itu ialah petikan dari lagu Saleum ciptaan Yakop S. lmam J. dalam Album Etnik Atjeh Saleum Group. Pengantin perempuan itu namanya Tiara, kawan rapat adik kepada Fadhil. Pengantin lelaki itu pula namanya Zulkifli, kawan Fadhil.

Kisah sedih begini bukanlah semata-mata ada dalam novel, wayang atau drama. Ia terjadi di mana-mana. Sama ada di kalangan saudara-mara, kawan rakan dan orang-orang yang saya kenali, ada terjadi kisah sedih seperti ini. Saya sendiri? Hehe, inilah yang hendak ditulis ni..;-)

Satu masa dulu..

Ibu saya, sangat berkenan dengan seorang classmate saya sewaktu saya di tingkatan 4 dan 5. Dalam post ini, kita namakan sahaja gadis ini sebagai 'S', boleh ya. Selepas SPM, 'S' dan saya masih rapat, sementara menunggu 'masa depan', kami mengusahakan sebuah kelas tuisyen di rumah. Oleh program tuisyen ini, 'S' biasa bertandang ke rumah saya ditemani abangnya yang juga rapat dengan saya. Saya juga selalu ke rumahnya. Suka saya katakan di sini, kami tidak bercinta ya, kami hanya berkawan rapat. Saya sendiri, waktu itu tidak ada perasaan 'yang pelik-pelik' terhadap 'S'.

Selepas mendapat keputusan SPM, 'S' ke UiTM. Saya masih tinggal di kampung atas alasan untuk mengumpul duit lagi setahun. Kami tetap berhubung. Jika 'S' balik bercuti, kami akan saling berkunjung. Lama hubungan ini bertahan. Mungkin kerana itu, ibu menyangka kami ada apa-apa. Biasalah kan, ibu saya hanya orang kampung biasa saja. Bila anak teruna dan anak gadis berkawan rapat, tentu hanya itulah yang dia fikirkan. Lagipun mungkin bagi ibu, S dapat menerima saya seadanya.

Setahun selepas itu, giliran saya pula menyambung belajar. Kami tetap berhubungan. Seingat saya, pada tahun kedua saya belajar, ibu mungkin sudah tidak dapat menahan hatinya. Ibu berterus terang dengan saya. Kata ibu, ada masa nanti dia ingin berbincang dengan ibu 'S' tentang kami. Dia ingin melamar 'S', tapi tunggulah dulu, bila saya sudah hampir-hampir habis belajar nanti. Saya sendiri kurang ingat apa perasaan saya ketika itu. Saya selalu sedar keadaan diri saya yang punya sedikit 'kekurangan' ini (ada masa saya cerita ya.. ia berkaitan kaki saya oleh kemalangan ketika saya berumur 7 tahun).

Namun, seingat saya, pada masa itu saya hanya membiarkan sahaja ibu dengan perasaannya. Saya tidak cuba menghalang dan juga saya tidak ada menyatakan persetujuan atau sokongan saya. Apa yang saya yakin dan ingat, saya tidak pernah menghalang dan mengambil berat terhadap 'angan-angan' ibu itu. Kini, sesudah dewasa baru saya berfikir dan sedar; saya salah kerana bersikap begitu dan membiarkan ibu 'bermimpi'. Namun, apalah daya saya, pada waktu itu saya masih seorang muda remaja yang jiwanya rapuh dan belum berfikir panjang.

S tidak menghabiskan matrikulasinya di UiTM. Tahun kedua saya di IKMAS, ibu 'S' meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas ibu 'S' meninggal dunia, 'S' bernikah. Hancur luluh hati ibu saya. Saya tidak pula merasakan apa-apa. Saya tiada di kampung waktu itu. Dengarnya, suami S adalah pilihan arwah ibunya. Semacam wasiat. Sejak itu, saya dan S tidak pernah berhubung lagi. Mungkin agak lucu, ketika bertembung di mana-mana, kami pasti mengelak. Tapi mujur, kami jarang sangat bertemu walaupun Bintulu ini kecik saja. Ibu pula, (seperti yang diceritakan ibu kepada saya), setiap kali bertemu S di kenduri kendara, ibu akan berpelukan dengan gadis yang pernah diidamnya itu. Kini S sudah ada 2 orang anak.

Apapun, pada malam Jumaat yang barokah ini, mohon anda doakan saya. Doakan semoga saya dan keluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Apalah yang lebih besar lagi daripada kasih sayang Allah? Dijadikan kita sebagai muslim adalah kerana Allah kasih dan sayang kepada kita. Oleh kasih dan sayang Allah, Dia mengampuni salah silap kita. Dengan kasih dan sayang Allah, kita diberi-NYA hidayah dan boleh mengamalkan tuntutan agama.  
Sesungguhnya, jika saya hanya boleh memohon satu doa, saya hanya akan meminta agar Allah sayang dan kasih kepada kita dan keluarga. Amin Ya Rabb Al-Alamin.
PS: Layan jiwang sikit malam ni ya;-) Hehe;D

(Lagu Saleum ciptaan Yakop S. lmam J. dalam
Album Etnik Atjeh Saleum Group)



Ketika Cinta BerTasbih Pictures, Images and Photos

20 ulasan:

  1. Salam Ustaz. Entri "Kempen Anti-Aduka Taruna" diupload untuk makluman ustaz. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum warahmatullah..
    Setuju dengan ustaz...kasih sayang Allah s.w.t melebihi segala2nya...semoga segala urusan ustaz dipermudahkan oleh Allah Ta'ala..amin ya Robb.:-)

    BalasPadam
  3. Amin

    Ustaz
    semoga bertemu jodoh yang membahagiakan dunia dan akhirat!

    BalasPadam
  4. moga ustaz bertemu jodoh yang baik dan sama2 memimpin baitul muslim yang di bina ke arah mardhotillah

    BalasPadam
  5. part 2 dah gembira dah hero ngan heroin (-:

    BalasPadam
  6. salam ustaz,
    insyaallah akan ada jodoh ustaz nanti.

    BalasPadam
  7. Mybabah:

    Salam Bang Samsudin. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga usaha kita diredhai dan diberkati Allah, Amin;-)

    BalasPadam
  8. yatie:

    Wa'alaikumsalam wa rahmatullahi wa barakatuh, Ustazah Nurhayati.

    Terima kasih atas tambahan itu dan doa Ustazah untuk saya. Saya juga mendoakan yang sama kepada Ustazah.

    Amin Ya Robb;-)

    BalasPadam
  9. Fid:

    Salam Puan Fid.

    Terima kasih mendoakan saya, semoga dimakbulkan Allah Azza wa Jalla. Saya mendoakan semoga Fid dan suami kekal bahagia di dunia akhirat serta mendapat anak-anak yang soleh dan solehah.

    Amin Amin Ya Rabb Al-Alamin;-)

    BalasPadam
  10. Salwa:

    Salam Puan Salwa.

    Terima kasih untuk doa yang sangat baik itu. Semoga doa-doa Salwa selalu dimakbulkan Allah. Saya mendoakan semoga Salwa dan suami kekal bahagia di dunia akhirat serta mendapat anak-anak yang soleh dan solehah.

    Amin Amin Ya Rabb Al-Alamin;-)

    BalasPadam
  11. Hida Naza:

    Salam Puan Hida.

    Menarkah? Kamek baruk jak start maca part 1. Punya tebal novel Ustaz Habib kali tok. Tapi berbaloi dibaca sebab banyak 'tazkirah' di dalamnya.

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  12. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Insya Allah, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  13. Salam Ustaz... saya singgah dari blog cik fid.. Insyaallah, akan ada jodoh terbaik utk ustaz nanti.. aminnnn...
    ** tertarik dgn n3 ustaz berkenaan melaporkan blog yg melanggar etika itu. info yg berguna..

    BalasPadam
  14. salam ustaz,,hmm agak sedih jgk cerita ni..wasiat jadoh??apa hukumnya ye ustaz bila si ibu mewasiatkan anak perempuannya kahwin dngn pilihannya kemudian dia meninggal..wajib ke x ye memenuhi wasiat tersebut?hehe..mntk pendpat ustaz sket..

    dan bg sy apa yg terjadi ni itulah yg terbaek untuk ustaz dan juga si s..lagipun jodoh sdh ditentukan Allah.ada hikmah disebalik semua ini.apa yg terjadi ni sebagai garis panduan hdp,dan pengalaman dalam hdp seseorng yg x kn dilupakan smpi bila2..itulah indahnya kehidupan

    BalasPadam
  15. kamek sik baca novel..nanggar movie. (-:
    youtube ada
    boh berpuan ngan kamek eh..singkol rasa

    BalasPadam
  16. Sayang.Ibu:

    Salam Puan Intan. Terima kasih menjejak ke sini. Datang lagi ya;-)

    Terima kasih doa kamu. Saya mendoakan semoga Intan dan suami kekal bahagia di dunia akhirat serta mendapat anak-anak yang soleh dan solehah.

    Amin amin amin Ya Rabb Al-Alamin;-)

    *** Alhamdulillah. Terima kasih. Intan dah kempen ke? Tolong sebar-sebarkan ya kempen itu.

    BalasPadam
  17. syahbandar87:

    Salam bro Syah.

    Wasiat jodoh? Ok, pertama kita keluar sekejap dari cerita di atas ya. Kita bercakap atas dasar berkongsi ilmu. Nanti kamu ingat saya bias pula;D hehe..

    Ikut adat dalam masyarakat kami, dan kebanyakkan tempat di negara kita pun sama kan, ramai menganggap wasiat mesti ditunaikan. Termasuklah wasiat jodoh macam kisah saya ni.

    Namun, ikut agama, wasiat begini bukanlah termasuk wasiat yang dibolehkan. Kecuali jika dengan persetujuan gadis yang dijodohkan itu- maksudnya, ibu mendapat persetujuan daripada gadis sebelum meninggal.

    Ikut pada sunnah yang ditunjukkan Rasulullah SAW, Baginda dan para sahabat mendapatkan persetujuan wanita yang hendak dikahwini.

    Masalah terjadi, bila si ibu meninggal, jadi suasana sedikit syahdu, kena pula itu wasiat; maka si gadis jadi macam tidak ada pilihan. Ikut agama, tidak ada amalan seperti ini.

    Syah, saya suka dengan ayat-ayat terakhir itu:

    "dan pengalaman dalam hdp seseorng yg x kn dilupakan smpi bila2..itulah indahnya kehidupan"

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  18. Hida Naza:

    Salam Puan Hida Naza;D

    Psst, kamek pun nanggar youtube juak. Hehe, pada meli pirate, kan merik duit dengan lanun. Baik download free kan.

    Hehe, singkol. Ok, kamek tunggah Kak Hida jak la pastok. Bahasakan orang 'kak', adalah cara untuk merasakan dirik tok lebih muda;-)

    BalasPadam
  19. insyaAllah ustaz, akan saya kempen naik cuti raya cina nanti.. cuti2 nih org kurang berblog kannnn... :)
    terima kasih atas doa ustaz yer...

    BalasPadam
  20. Sayang.Ibu:

    Iye bener Intan. Terima kasih kembali;-)

    BalasPadam