KLIK SINI Untuk ketahui lebih lanjut tentang UstazCahaya dan blog ini

Selasa, Februari 23, 2010

Penonton Malaysia Tidak Berkualiti? (Tentang Laskar Pelangi)


Penonton Malaysia Tidak Berkualiti?
(Tentang Laskar Pelangi)







laskar pelangi Pictures, Images and Photos



Saya membaca novel ini dalam versi ebook yang diperoleh daripada blogger Indonesia pada tahun 2007 jika saya tidak silap ingat. Ketika itu, sangatlah susah untuk mendapatkan novel ini di pasaran.

Laskar Pelangi jika dihayati oleh para pendidik dan diusahakan untuk disemai ke dalam proses mendidik, Insya Allah akan lahir genius pelbagai bidang dalam anak bangsa kita. Genius-genius yang seperti watak-watak 10 anak Laskar Pelangi itu. Kita sangat perlu kepada pendidik seperti Bu Mus dan Pak Harfan.

Semalam saya menulis tentang drama Halimah Jongang yang ditegur oleh Siti Jarum dalam Mingguan Malaysia. Jika anda belum membacanya, anda boleh KLIK SINI untuk baca. Dalam post semalam, antara lain saya memetik fakta daripada Siti Jarum yang mengatakan rating drama Halimah Jongang yang tinggi, yang bermakna drama itu ditonton oleh ramai. Ya itu kiraan berapa biji televisyen yang menayangkan drama itu. Belum dikira lebih tepat, berapa orang dan berapa pasang mata yang menonton sesebuah tv.

Dalam post semalam saya ada menulis seperti berikut:
Drama adalah sebuah karya yang melambangkan budaya sesuatu bangsa dan negara. Sesebuah bangsa dan negara salah satunya dinilai orang dari karya yang dihasilkan dalam bangsa dan negara itu. Juga, bagaimana penerimaan bangsa itu kepada karya yang dilahirkan dalam negara mereka. 
Mungkin ayat saya itu agak 'complicated' dan pusing keliling. Maka malam ini saya cuba menerangkannya. Maksud saya, karya yang dihasilkan dan kaitannya dengan masyarakat yang menerima karya tersebut. Inilah yang hendak kita ceritakan malam ini.

Penonton Malaysia Tidak Berkualiti? Jangan salah faham ya, ini bukan pendapat saya. Siapalah saya untuk memberi pendapat dan kenyataan seperti itu. Saya bukan ahli dan penggerak industri hiburan 'gambar bergerak' di negara kita.  Itu sekadar pertanyaan yang bermain di minda saya selepas membaca catatan Ku Seman Ku Hussain di Utusan Malaysia. (Rujuk tulisan Ku Seman Ku Hussain, Filem, penonton dan kualiti; UTUSAN MALAYSIA, Isnin 22 Februari 2010, muka 10).



Sedikit petikan tulisan Ku Seman Ku Hussain:

Suatu hakikat yang tidak dapat sesiapa pun menafikan ialah penonton yang menjadi penanda aras tahap kualiti karya filem di sesebuah negara.

Box office sahaja bukan penanda aras kualiti filem kecuali yang menyokong sesebuah filem itu penonton yang berkualiti.

Filem berkualiti tinggi tidak mampu bertahan di panggung, kalau tidak ada penonton. Filem yang tidak berkualiti mampu bertahan lama apabila disokong oleh penonton yang rendah kualitinya.

Di Indonesia, tahap kualiti penonton sudah jauh berubah kalau dibandingkan dengan filem-filem era tahun 1970-an atau 1980-an. Penonton mereka sudah kritikal terhadap filem yang ditonton dan ini menyumbang kepada filem-filem oleh karyawan generasi baru Indonesia mendapat sambutan.

Filem Laskar Pelangi arahan Riri Riza mendapat sambutan box office di Indonesia. Tidak ada pelakon popular, jauh sekali aktres jelita. Tetapi Laskar Pelangi tidak mendapat sambutan yang selayaknya di negara ini.

Inilah yang saya selalu fikirkan selama ini. Sebenarnya, kualiti filem bergantung kepada kualiti penonton. Jika filem yang dihasilkan adalah berkualiti, tetapi majoriti masyarakat yang menonton tidak dapat menerimanya, maka filem itu akan tenggelam. Filem dengan kualiti yang rendah, tetapi menepati selera penonton, pasti meletup dan laris.

Begitu juga drama tv. Menggunakan drama sebagai kayu ukur kualiti minda masyarakat adalah suatu yang realistik. Dalam isu drama Halimah Jongang kita mendapat tahu ia ditonton oleh ramai orang, bermakna ia diterima oleh ramai orang. Untuk kita melihat kualiti masyarakat kita, kita boleh melihat kepada kualiti drama tersebut.

Begitulah yang saya faham daripada apa yang saya baca dalam catatan Ku Seman Ku Hussain pagi tadi. (Akhbar Utusan Malaysia semalam, saya baru baca pagi tadi).

Kita lihat sahaja Laskar Pelangi. Ia sebuah novel yang sederhana dan mudah tetapi berisi. Filem Laskar Pelangi pula tidak menggunakan teknologi yang canggih dan lokasi yang jauh dari bandar. Namun, Laskar Pelangi memang diakui adalah sebuah karya yang berkualiti. Mungkin, inilah yang perlu dipelajari oleh kita. Tanpa pelakon seksi dan seksa yang menyeksa mata dan jiwa raga. Tanpa perlu melakonkan adegan berpegangan dan bersentuhan antara berlainan jantina.. tetap diakui berkualiti.

Laskar Palangi jika dihayati oleh para pendidik dan diusahakan untuk disemai ke dalam proses mendidik, Insya Allah akan lahir genius pelbagai bidang dalam anak bangsa kita. Genius-genius yang seperti watak-watak 10 anak Laskar Pelangi itu. Kita sangat perlu kepada pendidik seperti Bu Mus dan Pak Harfan.

Beginilah sedikit sebanyak apa yang saya fahami tentang filem, drama, novel dan kaitannya dengan masyarakat dan masa depan masyarakat. Pendapat anda bagaimana pula? Jum kongsi bersama saya di ruang yang disediakan di bawah;-)





Sedutan filem Laskar Pelangi adaptasi daripada novel Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan.

Novel dan film yang sangat menginspirasikan dan memberi motivasi terutama kepada para Pendidik/ Guru agar tetap tabah menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Juga kepada para pelajar, agar terus bersemangat untuk belajar kerana ada orang di sudut dunia lain yang tidak mendapat kemudahan menuntut ilmu semudah kita di Malaysia.

Dalam video ini seorang watak iaitu Mahar, adalah seorang kana-kanak yang sentiasa membawa radio buruknya kemana sahaja. Seorang yang berbakat seni dan berwatak seniman.

10 ulasan:

  1. saya belum khatam atau kalau kata puitis kawan saya yang bukunya saya pinjam," belum habis dinikmati lagi" tapi saya memang suka novel nie...
    ceritanya belum tonton juga.. Tapi alangkah bagusnya kalau "Laskar Pelangi" diterjemahkan oleh pendidik dan pelajar di sini

    Persoalannya di sini .. kenapa penonton Msia tidak berkualiti? Apa yang rata-rata penonton Msia cari? Yang paling ketara sekarang nie kalau sebut sahaja hiburan penuh semua tempat, kalau program realiti semua orang kita nak masuk..

    Entah la Ustaz, saya pun suka juga hiburan tapi dah keterlaluan jadi muak dan takut juga pada generasi anak2 akan datang.

    BalasPadam
  2. ustaz, kat mana ada jual novel ni..sagnat teruja untuk membelinya.

    BalasPadam
  3. salam alaik ustaz....

    singgah lagi ke teratak ustaz.. macam best je filem ni.. dahulu saya saya sangat suka menonton telemovie see u di IPT.. kisah tentang kehidupan pelajar2 remaja dan tentang kasih sayang seorang sahabat. ada juga part2 sedih yang buat saya menangis. bila saya tanya rakan2 yg lain, tak tengok ke cerita tu? mereka langsung tak tahu menahu tentang kewujudan telemovie tersebut..hu3. mungkin tak banyak promo kat tv..yelah cerita unsur2 islamic, aktor2 nya pulak tidaklah sepopular mana.

    syukur 21 pun tak dapat sambutan, tapi bila drama nur kasih muncul,rating mencanak-canak naik...kenapa ye? mungkin sebab nur kasih tu banyak unsur cintan cintunnya..promosinya pun hebat. iklannya satu hari entah berapa kali tersiar. kesimpulannya, promosi tu juga penting.

    tapi bila dah promosi bagai nak gila, tetap juga penonton tak mahu tengok, apo nak dikato...(^_^)

    BalasPadam
  4. Laskar Pelangi ialah filem wajib tonton seisi keluarga. Itu pada pandangan kakchik.

    Terima kasih ustaz kerana menulis sesuatu tentang kualiti penonton di negara kita ini.

    BalasPadam
  5. Ustaz
    penonton di Malaysia bukan tak berkualiti...tetapi ada yang menonton tapi tak perhati...ada yang yang menonton sekadar menonton semata tak pernah nak tilik mana yang pasti untuk dihirup sampai ke pati...

    BalasPadam
  6. nadnye:

    Salam Nadnye. Saya suka dengan ayat puitis kawan itu..

    Saya setuju dengan Nadnye part ni:

    "Tapi alangkah bagusnya kalau "Laskar Pelangi" diterjemahkan oleh pendidik dan pelajar di sini
    "

    Sebenarnya, kita tidak kekurangan karyawan yang berkualiti. Tapi realitinya, jika karyawan nak buat karya yang bermutu, bimbang itu tidak laku. Kita lihat sahaja filem-filem berkualiti di negara kita, macam contoh PAPADOM. Orang luar nampak kualitinya, tapi di sini PAPADOM sepi tak laku.

    Terima kasih Nadnye;-)

    BalasPadam
  7. TeacherNunu:

    Salam Cikgu Pink.

    Versi Bahasa Melayu ada dijual di Popular dan MPH. Cuba juga beli online dari PTS.

    Terima kasih cikgu;-)

    BalasPadam
  8. nurqaseh:

    Salam Nur Qaseh.

    Laskar Pelangi bagi saya sebuah karya yang hebat. Ia bukan sekadar imaginasi tapi ada dalam realiti. Berapa ramai anak-anak genius yang kita tidak kesan kepintaran dan kebolehan mereka. Itulah antara yang cuba disampaikan Andrea Hirata dalam Laskar Pelangi.

    Lagi satu saya kagum dengan Laskar Pelangi ialah, filem ini tidak memerlukan adegan yang menyakitkan mata. Tidak ada aktres jelita yang seksa dan tidak ada adegan romantik yang memerlukan pelakon bersentuhan.

    Syukur 21, antara filem yang boleg dibanggakan oleh rakyat Malysia. Ia melibatkan kerjasama banyak pihak dan kerjasama itu sesuatu yang baik dalam usaha dakwah.

    Terima Kasih Nur Qaseh;-)

    BalasPadam
  9. kakchik:

    Salam Kak Chik.

    Saya setuju dengan pandangan Kak Chik itu. Menonton filem ini bersama anak-anak, kita tidak perlu risau minda anak-anak akan tercemar. Filem ini bersih daripada unsur-unsur yang negatif, malah filem ini sangat memotivasikan.

    Di kedai Kak Chik ada jual tak novel Laskar Pelangi?

    Terima kasih Kak Chik;-)

    BalasPadam
  10. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Wah, itulah yang saya suka dengan Kak Fid kita ni. Sangatlah pandai mengarang ayat yang puitis dan menarik.

    Tengok ni saya ubah komen Kak Fid jadi puisi ya:

    penonton di Malaysia bukan tak berkualiti...
    ada yang menonton tapi tak perhati...

    ada yang yang menonton sekadar menonton semata tak pernah nak tilik mana
    yang pasti
    untuk dihirup sampai ke pati...

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam