Ahad, Februari 21, 2010

PUISI CINTA (Calon Isteri Pilihan)


PUISI CINTA (Calon Isteri Pilihan)







Dibaca oleh Ayyatul Husna:

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Dibaca oleh Anna AlthaFunnisa:

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..


Alhamdulillah, setelah beberapa hujung minggu saya lalui dalam tahun 2010 ini, hujung minggu kali ini saya memilih untuk merehatkan diri. Berehat dengan menonton movie dan membaca novel. Juga berehat saja-saja bersama keluarga.

Betullah kata pepatah, nikmatnya rehat itu dapat dirasa sesudah penat bekerja. Salah satu movie yang saya tonton hujung minggu ini ialah movie aksi dari Indonesia berjudul MERANTAU WORRIOR. Dibintangi oleh Iko Uwais dan Christine Hakim. Filem 'lawan-lawan' ala-ala Ong Bak yang dari Thailand itu.

Dalam post kali ini, saya bawakan lagi part dari filem Ketika Cinta Bertasbih. Dalam video di atas ialah bacaan puisi oleh Ayatul Husna, adiknya Khairul Azzam (hero KCB) dan Anna Althafunnisa, isteri Khairul Azzam.

Jangan ada yang salah sangka pula ya. Jika saya disuruh memilih antara dua gadis itu, untuk calon isteri, anda nak tahu pilihan saya? Antara Husna dan Anna? Hehe, saya pilih Ayatul Husna;-) Mengapa? Sebab utama ialah dia seorang penulis. Ayatul Husna pandai berpuisi. Suaranya dan rupanya yang comel. Orangnya manis serta sangat menghormati ibu dan abangnya.
Astaghfirullah. Bukan apa-apa. sekadar catatan santai minda malam ini. Siapa tahu, berkat doa anda yang membaca ini, saya benar-benar mendapat isteri seperti itu, Amin Ya Rabb;-)

16 ulasan:

  1. Ustaz
    sebenarnya pilihan hati dah ada ya???
    hehehehe

    BalasPadam
  2. Afida Anuar:

    Salam Afida. Insya Allah, Amin Ya Rabb Al-Alamin;-)

    ....cinta itu suci, itu putih, itu tinggi
    cinta itu murni, itu bersih, itu tinggi.

    BalasPadam
  3. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Hehe, itulah kira-kira pilihan hati saya. Gadis yang manis, suaranya comel, boleh menulis cerpen, pandai berpuisi, boleh tolong cari kan?;-)

    ....cinta menebar kebahagiaan,
    cinta menebar perdamaian.

    BalasPadam
  4. maiyah:

    Salam Kak Maiyah.

    Dekat, dekat.. Mudahan sahaja sudah dekat;-) Amin amin..

    ....cinta itu air, itu bening, itu tinggi,
    cinta itu cantik, itu wangi, itu tinggi.

    BalasPadam
  5. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Semoga masa itu cepat-cepat tiba, Amin;-)

    ....cinta membasuh penyegaran,
    cinta menyuluh kebenaran.

    BalasPadam
  6. salam singgah ustaz... banyak info yang best dalam blog ustaz...ramai gak blog yang bincangkan filem ni and novel ni ...

    kalau free jangan lupa singgah di blog saya ...

    http://unclejoe11.blogspot.com/2010/02/ketika-cinta-betasbih-dan-ayat-ayat.html

    salam

    BalasPadam
  7. Ustaz,
    KakYati doakan, semoga ustaz berjaya bertemu gadis idaman hati. Dah ada calon ke? Kalau belum, meh kak Yati tolong carikan. :) Gurau je ye Ustaz.

    BalasPadam
  8. unclejoe:

    Salam Uncle Joe.

    Terima kasih bersinggah di sini. Jika sudi, singah selalu ya. Teringat restoran Singgah Selalu di Johor Bharu;-)

    ....cinta itu suci, itu putih, itu tinggi
    cinta itu murni, itu bersih, itu tinggi.

    BalasPadam
  9. Yati:

    Salam Kak Yati.

    Amin amin amin Ya Rabb Al-Alamin. Calon, erm calon. Itulah yang dalam filem tu;D Kak Yatie tolong2 lah cari, hehe;D

    Doa Kak Yatie sudah cukup Insya Allah. Semoga dimakbulkan Allah. Amin.

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  10. salam ustaz,
    kakyong selalu baca artikel ustaz di MBP (x ler semua).. x tahu plak ustaz bujang lagi..

    dah lama nak jengah blog ustaz ni, tp selalu takdan jer..

    Insya Allah, semoga cepat terbina baitul muslim idaman.. ;)

    semoga bertuah gadis yg menjadi pilihan ustaz. :D

    BalasPadam
  11. kakyong:

    Salam Kak Yong.

    Terima kasih baca artikel saya di MBP. Ha'ah, bujang lagi. Lebih kurang lah dengan Azzam hero Ketika Cinta Bertasbih tu, bujang sampai umur nak masuk 30 sudah;-)

    Dah jengah ni Kak Yong, jengah-jengah lagi ya;-)

    Terima kasih doa Kak Yong, semoga dimakbulkan Allah, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    Iya saya yang bertuah, Amin ;D

    BalasPadam
  12. insyaAllah ustaz...
    andai ditakdirkan satu hari nanti..
    cepat2 mencari... :)
    mungkin ada dikalangan cikgu2 di sana... :P (usik saja... :D)

    BalasPadam
  13. sya:

    Salam Sya.

    Insya Allah, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    Masalahnya saya tidak pandai mencari, hehe:D

    Usik-usik takpa, doakan juga;-)

    BalasPadam