Isnin, Februari 15, 2010

TUTORIAL BLOG: Cara Bagaimana Untuk Membuat Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 1)


TUTORIAL BLOG:
Cara Bagaimana Untuk Membuat
Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 1)





Anda tahu tagline PISS?
Pastikan Ia Sentiasa Senang - PISS.

Sebagai seorang blogger, inilah kunci yang perlu kita selalu ambil berat terhadap blog kita dan aktiviti blogging kita.
Bagaimana blog anda, adakah ia senang diingati (nama dan alamatnya)?

Apakah ia senang dimuat naik ketika pelawat ingin membukanya?

Adakah penulisan di blog anda senang difahami dan menyenangkan hati pembaca anda?

Sekiranya pembaca ada sesuatu yang hendak dikatakan kepada anda, apakah di blog anda mereka mudah untuk mengatakannya?

Soalan yang terakhir di atas adalah perkara yang akan kita bincangkan dalam post bersiri ini. Dalam post bersiri ini, saya menyediakan sebuah tutorial untuk membuat borang dan halaman HUBUNGI SAYA di blog. Borang dan halaman ini, menjadikan blog anda mudah bagi pelawat menyampaikan sesuatu atau bertanyakan sesuatu kepada anda.
Apakah yang diperlukan untuk memudahkan pembaca blog berinteraksi dengan blogger?
Ada empat cara untuk pelawat blog anda berinteraksi dengan anda, iaitu;

1. Melalui ruangan komen.
2. Melalui kotak sembang di sidebar blog.
3. Melalui laman sosial Facebook (tambahkan badge FB di sidebar blog).
4. Melalui email.
Adakah blog anda sudah mempunyai keempat-empat item di atas? Jika belum, sila sediakannya. Cuma, saya suka berpesan; untuk kotak sembang jangan gunakan kotak sembang dari Cbox.com. Mengapa jangan Cbox? Jawapannya ialah, semasa pembaca hendak menggunakan kotak sembang cbox, kerap dipaparkan iklan tidak sopan dan berbaur lucah. Insya Allah, pada masa akan datang saya akan menulis tentang ini. Juga, saya akan membuat tutorial item 1, 2 dan 3 di atas.

Cuma, saya suka berpesan; untuk kotak sembang jangan gunakan kotak sembang dari Cbox.com. Mengapa jangan Cbox? Jawapannya ialah, semasa pembaca hendak menggunakan kotak sembang cbox, kerap dipaparkan iklan tidak sopan dan berbaur lucah.

Dalam tutorial bersiri ini, Insya Allah, kita akan membincangkan perkara ke-4 di atas. Iaitu kemudahan untuk pembaca menghubungi anda melalui email anda. Selain menyiarkan alamat email anda di blog anda, menyediakan borang HUBUNGI di blog anda adalah lebih baik dan praktikal. I

ni kerana, dengan adanya kemudahan ini di blog anda, pembaca hanya perlu menggunakan borang ini untuk berinteraksi dengan anda. Ini juga boleh menambahkan 'durasi' (masa mereka berada di blog anda) lebih lama. Berbanding jika anda hanya meletakkan alamat email anda, mereka terpaksa membuka email mereka dan membuat email untuk dihantar kepada anda.

EMPAT LANGKAH MENYEDIAKAN HALAMAN dan BORANG HUBUNGI DI BLOG

Empat langkah sahaja, iaitu;

1. Mendaftar di Response-O-Matic

2. Membuat borang HUBUNGI di laman web Response-O-Matic.com.

3. Tambah page [HUBUNGI SAYA] di blog anda.

4. Ujicuba halaman dan borang tersebut.
Dengan adanya halaman dan borang HUBUNGI ini, pembaca hanya perlu mengisi borang ini di blog anda, dan mesej pembaca itu akan dihantar terus ke alamat email yang sudah anda tetapkan. Ini menjadikan blog anda lebih interaktif dan menyenangkan pembaca. Disamping itu, halaman dan borang hubungi ini boleh meningkatkan wibawa blog anda.

Sekian dulu untuk kali ni. Doakan agar saya direzekikan Allah (SWT) untuk dapat terus menyediakan tutorial demi tutorial di blog ini. Semoga ada manfaatnya bagi kita bersama. Sesungguhnya, tetap Allah Yang Maha Kaya dan Maha Bijaksana.


PS: Hari ini kerana masih bercuti, saya tuliskan mukaddimah sahaja dulu ya. Saudara juga ingin bercuti, tentunya tidak mahu belajar hari ini kan;-)

Insya Allah, bahagian seterusnya akan saya siarkan pada hari-hari mendatang.
PS1: Jika anda tidak mahu menunggu siri seterusnya, anda boleh teruskan sendiri proses membuat borang dan halaman HUBUNGI SAYA di blog anda berdasarkan 4 langkah yang diberikan di atas.

PS2: Dalam post ini, sekali lagi saya mencuba template post yang baru. Bagaimana, ok tidak template post yang ini?

16 ulasan:

  1. salam ustaz,ad contoh dia x?sy nk tgk..

    BalasPadam
  2. bdkbarubelajar:

    Salam saudara.

    Ada.. tengok kat header (bahagian atas blog ini). Nampak tak [HUBUNGI UstazCahaya] tu. Itulah dia..

    Kalau tak nampak, klik url kat bawah ni:

    http://ustazcahaya.blogspot.com/p/hubungi-ustazcahaya.html

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  3. salam ustaz,
    tak sangka pulak cbox ada iklan2 lucah ye. selama ni akk pakai pun sbb selalu tengok di blog2 org lain ada cbox ni.

    BalasPadam
  4. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Iya. Lama sudah saya nak dedahkan hal ini, tapi malu dan segan pulak B-)hehe.. Guna ShoutMix je kak, macam yang saya guna kat blog ni.

    Juga, gadjet dan widget dan widgeo.net pun kalau boleh jangan guna.

    BalasPadam
  5. Tokwan sebenarnya suka baca blog orang lain, macam2 cite boleh dapat. Tapi tokwan tak pandai nak masuk eksesorinya ch. jam dll. blog ini pun tokwan belajar kat cucu tokwan tak sempat khatam dia dah pindah. Blog tokwan ni jika ibarat mee, mee botak sahajalah tak ada sayur dan udang, cuma boleh makan aje.

    BalasPadam
  6. salam..
    sebelum ni, saya berat hati nak masukkan chat box dalam blog saya. kerana lebih suka berinteraksi melalui kotak komen. tapi, nampaknya, saya perlu pertimbangkan untuk masukkan chat box selepas membaca entry ustaz ni.. :P

    BalasPadam
  7. Tokwan:

    Salam Tokwan.

    Terima kasih Tokwan sudi baca blog saya.

    Saya suka blog yang kemas dan bersih.

    Bila makan mee maggi, saya lebih suka maggi yang kosong tanpa sayur, cili dll. Lebih sedap;-)

    BalasPadam
  8. sya:

    Salam Puan Sya. Terima kasih datang ke sini. Itu sekadar pendapat saya saja.

    Jika ya nanti nak letak di blog kamu, untuk chat box, guna shoutmix ya. Lebih bersih dan selamat;-)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum ust cahaya. Saya baru buat shoutmix, sampai separuh jalan, saya blank n tak faham macam mane nak buat. arahan pada web shoutmix tu- Copy the generated codes below and paste them in your website template where you want the shoutbox to appear. bila cek dalam blog saya, saya tak jumpa pun website template tu kat mana..

    BalasPadam
  10. Annas:

    Salam Annas.

    Baru datang ke blog ni kan? Selamat datang ya;-)

    Oh, tentang itu. Annas cuba ikut langkah-langkah di bawah:

    1. Copy code tersebut, dan simpan dalam notepad. (code seelok-eloknya disimpan dalam notepad).
    2. Masuk ke dashboard blogger awak.
    3. klik pada [design].
    4. selepas klik design, automatik akan dipapar tab 'Page Element'.
    5. Awak akan nampak option [Add a Gadget] kat atas dan tepi.
    6. Klik pada [add a gadget] itu. dan pilih option HTML/ Javascript.
    7. Paste kan code shoutmix tadi kat situ.

    Harap membantu;-)

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum ustaz, syukran kathiran wa khairan jaza'... saya dah dapat paparkan shoutmix dalam blog saya. terima kasih banyak2 ustaz..

    BalasPadam
  12. Annas:

    Wa'alaikum salam wa rahmatullahi wa barakatuh.

    Alhamdulillah. Tahniah Annas, lepas ni boleh buat yang lain pulak ya'

    Happy Blogging;-)

    BalasPadam
  13. Salam Ustaz Cahaya...

    Saya baru mencipta blog dan masih kurang pengetahuan dalam selok belok blog ni.. diharap ustaz cahaya sedikit sebanyak dapat membantu saya men'upgrade' kan lagi blog saya ini...

    BalasPadam
  14. AishahComel:

    Salam Aishah.

    Selamat berblogging. Sama-sama kita memeriahkan arena blog ini;-)

    Terima kasih Aishah.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum ustaz. lagi soalan mengenai blog. saya perhatikan dalm blog2 yang lain saya dapati mereka mempunyai menu bar
    ( Artikel Tentang UstazCahaya dan Blog Ini, Produk dan Perkhidmatan,
    Muat-turun Percuma, Hubungi UstazCahaya ) yang macam ust punya ni nak wat macam mane? sy dah cuba try n error tapi tak jadi juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam wrb.

      Lihat di dashboard blogger, dalam menu 'new post' ada fungsi 'Edit pages' kan. Buat halaman-halaman pada blog guna fungsi tersebut. Jika sekarang guna dashboard blogger yang baru, tukar ke yang lama dulu. Lebih mudah guna yang lama. Saya nyer dashboard ni pun tak tukar yang baru sebab dah mesra dengan dashboard yang lama sejak dolu-dolu.

      Terima kasih Encik Annas :)

      Padam