Selasa, Mac 16, 2010

Penulisan negatif racuni minda pembaca


Penulisan negatif racuni minda pembaca


(Image By Artworksis)
-Use without commercial purpose-

Beberapa hari ini, dalam akhbar saya membaca kisah penangkapan beberapa orang artis ditangkap polis berkaitan kegiatan jenayah. Minggu lepas, Sammy vokalis kumpulan Kerispatih di Indonesia yang boleh dikatakan popular juga di Malaysia ditangkap jabatan narkotik di sana ketika mengambil syabu. Awal minggu ini negara kita menyaksikan penangkapan Benji juga berkaitan dadah. Selain itu, penangkapan gitaris Ekamatra yang mencuba memecah masuk sebuah rumah dengan bungkusan dadah dalam seluarnya.

Beberapa minggu yang lalu, negara agak dikejutkan dengan kenyataan pelakon dan pengacara terkenal Wardina; yang berpendirian bahawa golongan artis tidak boleh dijadikan ikon. Kenyataan Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot mengenai artis Malaysia tidak boleh dijadikan ikon ketika menjadi panel program bual bicara di pusat beli belah KB Mall, Kota Bharu, Kelantan mengundang perhatian penggiat seni tanah air.

Ada yang kurang setuju dengan kenyataan berani pelakon dan pengacara TV popular itu yang disifatkan beremosi dan tidak kurang memberi sokongan kerana menganggapnya teguran yang baik.

Pendapat saya lebih sederhana kerana saya tidak merasakan saya lebih baik daripada mereka. Saya belum tahu lagi jika saya berada dalam kedudukan mereka. Apakah saya boleh menjadi baik atau sebaliknya? Apapun, sejujurnya saya secara peribadi merasakan masih ada artis kita yang boleh dijadikan ikon. Cuma, terma 'artis' itu sendiri perlu diluaskan terlebih dahulu.

Bercakap tentang artis, kita sebenarnya tidak boleh lari daripada membicangkan tentang majalah dan akhbar. Bercakap tentang akhbar dan majalah, kita sebenarnya bercakap tentang penulisan. Penulisan berkaitan dengan pembacaan. Akhirnya, pembacaan adalah antara acuan yang membentuk masyarakat.

Susah mencari majalah dan akhbar yang tidak mengandungi gambar atau berita tentang penyanyi dan pelakon. Setidak-tidaknya sebagai model iklan atau duta produk. Sedangkan kita tahu  antara nadi utama sebuah majalah dan akhbar adalah iklan.

Bagaimanapun, antara persoalan yang selalu bermain di fikiran saya ialah, kenapa jika artis berlainan jantina bergambar mesti dalam pose yang sangat intim dan mesra. Berpegangan dan berpelukan. Ada yang suami dan isteri orang bergambar bersama rakan artis yang lain. Mestikah bergambar begitu?


Nik Salida Suhaila Nik Saleh
(BERITA HARIAN - Khamis 11 Mac 2010/ AGAMA/ 31)

Antara perosak yang memusnahkan sahsiah individu hari ini ialah tulisan. Dalam dunia tanpa sempadan, tiada apa yang memisahkan sesiapa sahaja daripada mendapat maklumat.

Kebanjiran buku dan majalah di pasaran yang tidak memaparkan nilai murni bagaikan menjadi 'petua' untuk meruntuhkan sosial dan akhlak remaja masa kini. Novel asmara pula menggunakan bahasa dan plot cerita yang melampaui batas untuk menyampaikan maksud yang sepatutnya boleh difahami tanpa perincian keterlaluan.

Ia tidak termasuk majalah hiburan yang langsung tidak membina sahsiah sebaliknya menjadi halwa mata yang mengkhayalkan pembaca. Malah, lebih parah dengan kemudahan internet yang menyediakan segala jenis bacaan tanpa mengambil kira kesan buruk kepada dunia dan isinya.



12 ulasan:

  1. salam

    usaha kecil untuk pengaruh besar

    sungguh bagus ulasan ustaz

    BalasPadam
  2. saya tak baca kisah artis sangat sebab saya memang tak minat sangat nak tahu hal mereka tapi saya suka wardina sebab dia penyokong penyusuan susu ibu hehehheee

    BalasPadam
  3. artis oohh artis..semua nak ditelanjangkan (maaf klu kasar perkataan ini)...setiap perinci tubuh nak ditunjukkan...setiap perbuatan nak dijadi ikutan..

    BalasPadam
  4. saya baca juga perihal artist sebab diorg tu la yg selalu keluar dala, paper..tapi nak tanmkan pandangan negatif terhadap mereka dalam mata anak2, saya selalu sebu contohnya : ish tengok ni tak malu pakai macam ni ALLAH benci, ist apa ni menyanyi2 suara tu aurat...

    tapi mmg ada pihak yg mencari keuntungan dengan publish kisah artis yg tak siht sungguh utk sahsiah

    btw ustaz check kosmo edisi past few days..ttg kedai cenderamata jual benda tak eloi tpi enforcer kata takpe sbb tak mudarat..

    BalasPadam
  5. There is a point to what Wardina said - Sebab itu dalam doa ada sebut: "...Tuhan yang membolak balikkan hati..."
    Nobody knows how their last days will...
    Only when a person is dead he will be remembered for his ...

    BalasPadam
  6. org2 kita juga yg masih suka baca cerita2 artis. apa2 shj yg artis buat kalau boleh nak ambil tahu. sbb itulah akhbar2 dan majalah2 tabloid yg paling laku. blog yg menulis pasal gossip2 artis juga yg paling popular.

    BalasPadam
  7. Masayu Ahmad:

    Salam Kak Mas.

    Usaha kecil untuk pengaruh besar? Apa ya Kak Mas?

    Alhamdulillah, semoga semakin bagus, amin.

    Terima kasih Kak Mas;-)

    BalasPadam
  8. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Hehehe, saya senyum saja lah ya;-)

    Jika kak Fid nak tolong saya cari calon, akak tolong cari orang aceh ya;-)

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  9. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Walaupun kasar tapi itulah kenyataannya.

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  10. cW:

    Salam Kak CikWa.

    Iya, saya juga baca pasal artis jika tajuk nya menarik perhatian. Lagipun bila baca akhbar memang tidak pernah takda kisah artis ni kan.

    Bagus cara CikWa didik anak. Yang risau ni kanak-kanak lebih terpengaruh daripada apa yang mereka lihat daripada apa yang mereka dengar.

    Memang kecewa dengan pihak yang fikirkan untung semata-mata.

    Terima kasih CikWa;-)

    BalasPadam
  11. Ummie:

    Salam Kak Hajah Ummie.

    Saya setuju dengan Kak Hajah. Kita sesama manusia ni cuma boleh menasihat bukan menghukum sesama kita.

    Terima kasih Kak Hajah Ummie;-)

    BalasPadam
  12. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Saya suka dengan komen akak ni. Menarik.

    "org2 kita juga yg masih suka baca cerita2 artis. apa2 shj yg artis buat kalau boleh nak ambil tahu. sbb itulah akhbar2 dan majalah2 tabloid yg paling laku. blog yg menulis pasal gossip2 artis juga yg paling popular."

    Iya benar. Apa sahaja pasal artis mesti laku.

    Terima kasih Kak Nuradyani;-)

    BalasPadam