Berikut adalah pendapat pembaca yang saya ambil daripada akhbar Utusan Malaysia di ruangan Forum. Saya setuju dengan apa yang diluahkan oleh Abang Jeff di bawah ini. Memang kes seperti ini boleh dianggap terpencil tetapi sedikit sebanyak ia mengugat intitusi agama di negara kita.
ULAMA SAMAN ULAMA
[Utusan Malaysia. Sabtu 27 Februari 2010. Forum Sabtu]
Ulama saman ulama telah menjadi trend pada hari ini. Perkara seperti ini bagi pandangan saya amat memalukan umat Islam serta menjatuhkan martabat para ulama itu sendiri. Selama ini kita telah mendengar ceramah para alim ulama tentang hubungan sesama manusia.
Kita telah diajar betapa umat Islam perlu menjaga hubungan baik sesama manusia. Selama ini kita telah diajar bahawa seluruh umat Islam adalah bersaudara, tidak boleh menyakiti hati orang lain, tidak boleh mengaibkan orang lain, mesti saling memaafkan antara satu sama lain.
Namun di kalangan ulama sendiri mereka tidak menghayati apa yang mereka sendiri sampaikan dan saling berperang secara terbuka antara satu sama lain.
Nampaknya ketika ini ada segelintir ulama yang lebih teruk daripada golongan artis. Artis yang selama ini dipandang rendah dari pengetahuan agama pun berfikir banyak kali sebelum menyaman sesama artis atas alasan ingin menjaga nama baik serta hubungan sesama mereka. Kalau artis pun ada perasaan bertimbang rasa, mustahil para alim ulama ini tidak ada perasaan begitu.
ABANG JEFF
Butterworth.
Abang Jeff sudah memberikan pendapatnya. Bagaimana pendapat anda pula? Jum luahkan pendapat anda pula.
salam ustaz..
BalasPadampandangan saya .. seorang ulama perlulah mengekalkan sikap ukhwah islamiah di antara sesama saudara islamnya..lebih lagi rakan sejawatan..terbaik ialah bermusyawarah..bukan dengan mahkamah..tiada perkara yang tak boleh selesai bila kita berbincang dan mengalah satu sama lain dan kembali ke jalan Allah..
sy tak mahu mengulas..mungkin mrk ada alasan yg tersendiri yg kita tak tahu, ustaz...cume yg saya mahu renungkan " adakah kepentingan nama tue sgt penting smpi kita perlu bermati-matian utk menjaganya?"
BalasPadamzulkbo:
BalasPadamSalam Bang Zul.
Iya saya setuju dengan Bang Zul. Sepatutnya, ulamak berbalah dalam keadaan tertutup. Memang perbalahan di kalangan ulama tidak dapat dielakkan, tapi biarlah 'disembunyikan' daripada umum.
Jika terdedah juga kerana ulamak sendiri yang buat sidang media, buat saman dan sebagainya, maka sedikit sebanyak, orang awam akan mula pandang serong kepada ulamak itu.
Terima kasih Bang Zul;-)
sahromnasrudin:
BalasPadamSalam saudara Sahrom.
Saya teringat satu kata-kata ni:
"Perempuan yang cantik tidak perlu bertanya tentang kecantikan mereka.."
Sama juga dengan nama baik. Jika nama kita memang baik, jika ada orang nak cemarkan, pasti orang yang kenal dengan kita akan bangkit dan mempertahankan kita.
Terima kasih Sahrom;-)
Salam ustaz...
BalasPadamKamek pun sik mauk merik ulasan kerana hidup dalam zaman toleh tu byk gilak fitnah ditabur oleh manusia. Pengalaman kamek sitok pun byk memberi pengajaran bila mana menjemput beberapa orang ustaz utk memenuhi program di masjid maka datanglah fitnah mengatakan bermacam2 keburukan tentang ustaz tersebut hingga sebilangan jemaah tidak mahu hadir ke majlis ilmu di masjid.
Fitnah sangat bahaya hingga boleh memecahkan umat Islam
salam ustaz,
BalasPadamkalau dah ulama' bersikap begini mcmmana org awam nak menghormati ulama'?
Abd Razak:
BalasPadamSalam Abd Razak.
Auk menar kata kitak. Tapi kadang-kadang ya ulamak ya sendirik yang menempatkan diriknya dalam fitnah dan keadaan yang sik sesuai.
Benar, fitnah adalah pemecah belah umat dan umat kita kinek tok lemah kerana pecah belah.
Terima kasih Abdul Razak;-)
temp. housewife:
BalasPadamSalam Kak Nuradyani.
Saya sangat setuju dengan akak.
"kalau dah ulama' bersikap begini mcmmana org awam nak menghormati ulama".
Kita sekarang ini sangat memerlukan kepada tokoh agama yang boleh dihormati.
Terima kasih Kak Nuradyani;-)