31/03/2010

Jangan jadi bodoh! (Post Khas Sempena April Fool)


Jangan jadi bodoh!
(Post Khas Sempena April Fool)



(Image By shmiad)

Maafkan saya dengan tajuk yang agak kurang manis malam ini. Salam penghujung Mac 2010. Kita manusia tidak pernah mampu menahan peredaran dan pergantian hari demi hari. Begitu juga jarang kita memperhatikan masa berlalu dan hari berganti menjadi minggu, minggu berganti menjadi bulan, bulan berganti menjadi tahun. Tahu tahu, usia kita sudah semakin tua kerana kita mengingati peredaran hari hanya setahun sekali iaitu pada hari jadi.

Begitu juga dalam kehidupan kita. Banyak perkara dan amalan datang dari barat yang kita terima menjadi budaya kita. Budaya itu sedikit sebanyak melupakan dan melalaikan kita dengan apa yang sepatutnya kita ingat selalu. Usia kita perlu dihitung setiap hari bukan hanya setahun sekali pada hari jadi. Ada sesiapa antara kita boleh pastikan dan beri jaminan bahawa hidup kita berakhir pada tarikh sama kita dilahirkan? (Bukan maksud saya menentang sambutan harijadi ya. Saya dan keluarga juga meraikan hari ulang tahun).

Begitu juga dalam hal bergurau dan berjenaka. Setiap masa kita sebagai Muslim digalakkan senyum kepada orang lain, membuat orang lain tersenyum dan menghiburkan orang lain. Malah kita mendapat pahala daripada ketiga-tiga perbuatan itu. Mengapa perlu ada hari untuk membuat manusia ketawa? Lebih teruk lagi, ada orang ketawa kerana memperbodohkan dan memalukan orang lain. Nyata ini bukan amalan yang sesuai dengan fitrah manusia tidak kira manusia Muslim atau non muslim.

Esok 1 April datang lagi. Seperti selalu, ada di kalangan kita yang menyambut hari esok dengan teruja dan ada juga yang dengan takut. Ada yang tidak pernah kesah seperti saya dan keluarga. Iyalah, orang kampung macam kami manalah tahu benda-benda macam itu. Ada tidak ada pun ibu saya ingatkan April Fool itu perayaan orang Kristian macam Good Friday begitu. Hehe..




Saya tidak sempat untuk menulis panjang tentang ini dan saya juga merasakan itu tidak perlu kerana saya tahu kawan-kawan pembaca setia blog ini tidak menyambutnya. Apapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya sendiri dan saudara yang membaca ini dengan beberapa perkara.

1. Islam melalui Rasulullah (SAW) melarang umatnya berbohong. Pembohongan merupakan dosa besar kerana keburukan dan bahayanya perbuatan berbohong itu. Pada April Fool, biasa orang berbohong untuk bergurau. Perkara ini ada disebut oleh Rasulullah melalui hadith yang berbunyi "Celakalah sesiapa yang berbohong untuk membuat orang ketawa, celakalah untuknya".

2. Islam melarang umatnya untuk mengganggu orang lain sama ada secara fizikal mahupun emosi. Islam tidak melarang bergurau seperti yang saya sebutkan di atas tadi malah digalakkan kita menghiburkan orang lain. Namun, jika dalam bergurau itu hanya kita yang terhibur tetapi orang lain tersentap atau terluka atau 'tersakiti' maka itu adalah satu dosa dan kezaliman.

3. Seeloknya kita tidak menerima budaya orang sesuka hati kita dan menjadikan ia budaya kita.

4. Janganlah ada perdebatan berkenaan hal ini antara sesama kita. Pasti ada yang masih hendak mempertahankan sambutan ini walaupun kebenaran cuba kita tegakkan. Malah lebih teruk, ada orang yang cuba 'menala' sambutan seperti ini agar sesuai dengan agama Islam.

5. Berkenaan sejarah pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Sepanyol yang dikaitkan dengan sambutan April Fool ini, saya mengambil kedudukan di tengah kerana saya belum menjumpai rujukan yang boleh dipercayai dan diyakini. Apapun, bagi saya eloklah kita perhatikan dan kenangkan nasib saudara seagama kita pada masa ini di tempat lain yang sedang ditindas dan dizalimi. Malah mungkin ada di dekat-dekat kita saudara seagama kita yang sedang ditindas dan dizalimi oleh 'orang lain agama'.

6. Berkenaan sejarah itu juga, saya harap kita tidak berdebat dan berbalah sesama kita kerananya. Dari apa yang saya baca, sejarah itu ada disebut dalam buku seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus.

7. Sejarah itu juga ada disebut dalam dalam kitab mashur Ibn Hazm yang berjudul al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

8. Berkenaan sejarah pembunuhan beramai-ramai umat Islam Sepanyol itu anda boleh baca di sini:

http://athidean2.blogspot.com/2009/04/april-foolwanna-be-fool.html

9. Pihak musuh pula ada menjawab sejarah itu yang menurut mereka sebagai rekaan dan fitnah oleh umat Islam. Anda boleh baca di sini:

http://www.answering-islam.org/Hoaxes/aprilfool.html






16 ulasan:

  1. terima kasih Ustaz
    atas peringatan

    kak fid memang kolot tau
    april fool akak tahu wujud sambutan bodoh tu masa dah akil baligh kihkihkih
    tapi as a org kampung hulu banat maka akak tak ambil kisah,..sebab selama ni dok kat kg tak tahu pun kewujudan april fool ..kami hidup aman bahagia jaaaa

    org kg tau tarikh
    1 muharram...10 muharram... 1 ramadhan...10 zulhijjah...
    12 rabiul awal..dan beberapa lagi tarikh hari kebesaran Islam...
    macam kedah dulu2 kan i januari tak cuti maka org kg saya tak heran pun 1 januari
    kihkih

    BalasPadam
  2. salam ustaz..
    betul apa kata ustaz tu..elok lah sapa yang sambut kita anggap BODOH..baru ada rasa marah dan malu mereka sedikit..byk lagi perayaan islam kita yang kita lupa nak sambut..perayaan agama lain yang kita nak dewa2kan

    BalasPadam
  3. Ustaz, terima kasih atas perkongsian...itu la, saya dan keluarga pun tidak pernah ambil kisah perkara-perkara seumpama ini..cuma, ada la sahabat2 yang bukan Islam..dan ada seorang dua yang Islam yang terikut2..harap-harap tahun ni mereka sedar...

    BalasPadam
  4. Salam ustaz...

    Siklah kamek ingat tek hari tok hari yang kitak maksud ya! Orang Islam dah byk tauk perkara tok & sik mungkin nok molah perkara-perkara yang sik diajar oleh Rasulullah s.a.w.

    BalasPadam
  5. salam ustaz, memang kita tak patut sambut perayaan ini. mcm valentine la kan..semuanya mengikut ajaran bukan Islam

    BalasPadam
  6. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Alhamdulillah. Terima kasih kembali Kak Fid.

    Sama-samalah kita ingat-mengingati Kak Fid.

    "Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna untuk orang-orang beriman” Surah Az-Zariyat ayat 55.

    Bagus jugak kalau semua negeri dalam Malaysia ini sekarang ni tidak lagi ada sambutan new year kak Fid kan.

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  7. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Hehe, itulah sebenarnya Bang Zul. Saya ingat lagi waktu saya sekolah rendah dulu, cikgu-cikgu Melayu terutama yang veteran itu sibuk bercerita pasal April Fool. Almaklumlah mereka itu gaya barat kerana berpendidikan zaman kolonial. Bahasa pun, bahasa kebangsaan dah jadi bahasa ketiga mereka.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  8. Afida Anuar:

    Salam Afida.

    Malam tadi ada lagi tak jiran bertukang?;-) hehe..

    Alhamdulillah, syukurlah kita ada keluarga yang tidak berbudaya barat. Ada kenalan saya yang keluarga mereka bergaya barat. Malah ada yang saya kenal di rumah mereka ada 'mini bar' dengan arak-arak mahal tersedia. Na'uzubillah.

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  9. Abd Razak:

    Salam Razak.

    Syukur lah oh. Di Bintulu, ikut cerita masa jaman mak pak kamek sekolah dolok, April Fool di sambut besaran juak. Sampai ada orang menggantung 'pakaian dalam' di sepanjang-panjang jeraya. Ish. Ya masih zaman pasca merdeka dolok kan.

    Terima kasih Abd Razak;-)

    BalasPadam
  10. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Selamat kembali dari 'kuarantin'.;-)

    Iye benar. Seeloknya kita utamakan dan pertahankan budaya Islam kita.

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  11. salam ustaz,
    masa akk sekolah dulu, ada kwn2 yg selalu terikut2 juga buat lawak bodoh nak mengenakan. dr kecil lg, kami adik beradik pun, selalu diingatkan spy tak buat perkara2 yg sia2 mcm tu.
    Bagus diingatkan lg mengenai perayaan ni seperti perayaan Hari Kekasih tu yg menular sgt2.

    BalasPadam
  12. Kita orang Islam ini semakin lama semakin bodoh dan diperbodohkan oleh Yahudi n Kristian tentang kehidupan yg sebenar sebagaimana dikendaki Allah swt. Saya teringat kata P Ramlee dalam gambar madu Tiga pd isterinya masa cari butang baju.
    katanya " Dah tua pun BOdoh"

    BalasPadam
  13. sy baru shja dikenakan dengan gurauan bodoh yang mana dihantar msg dan dikatakan jambatan pulau pinang runtuh dan mengorbankan banyak nyawa..beratu-ratus terkorban..dan seorang lagi pula kena tipu...dan orng itu adalah sy..

    ia bukannya sesuatu yg lawak..kdng2 lawak april fool ni terlalu berlebih-lebih..melibatkan bencana,kematian,malapetaka dan bnyk lagi..sungguh mudah orang islam terpengaruh dengan permainan bodoh kafir laknatullah seumpama ini..

    BalasPadam
  14. temp. housewife:

    Salam Kak Nur.

    Bagaimana April Fool di New Zealand kak Nur?

    Ikut cerita mak ayah saya, masa mereka kanak-kanak dulu, April Fool disambut besaran juga di Bintulu, Sarawak oleh orang bukan Islam terutama Kristian. Jadi, pada anggapan mereka, perayaan ini adalah salah satu perayaan orang Kristian.

    Terima kasih Kak Nur;-)

    BalasPadam
  15. Tokwan:

    Salam Tok Wan.

    Satu luahan yang jujur dari Tok Wan. Saya suka komen Tok Wan itu.

    "Kita orang Islam ini semakin lama semakin bodoh dan diperbodohkan oleh Yahudi n Kristian"

    Terima kasih Tok Wan;-)

    BalasPadam
  16. syahbandar87:

    Salam Syah.

    Itulah antara kelemahan umat Islam kini Syah. Kita diserang dari semua segi.

    Perkara ini ada disebut oleh Rasulullah melalui hadith yang berbunyi "Celakalah sesiapa yang berbohong untuk membuat orang ketawa, celakalah untuknya" (hadith riwayat Abu Daud.

    Terima kasih Syah;-)

    BalasPadam