Selepas maghrib malam tadi saya dan adik lelaki ke gerai berger Pak Chem. Pak Chem adalah sepupu ibu saya. Dia adalah seorang usahawan sepenuh masa dan sekarang sudah memiliki tiga cawangan gerai berger di sekitar Bintulu. Sementara menunggu isyak, saya dan adik lelaki menikmati berger di luar depan rumah.
Adik lelaki saya baru habis kursus kimpalan di sebuah institusi latihan. Namun, dia sering berbual soal agama dengan saya terutama tentang jamaah tabligh. Perbincangan kami tadi fokus kepada masalah jamaah tabligh yang menikahkan anak berusia 10 dan 11 tahun berlaku di Kelatan. Isu yang sedang heboh ketika ini.
Antara lain saya menegaskan kepada adik lelaki saya itu bahaya berpegang kepada hadith dhaif seperti yang banyak berlaku dalam jamaah tabligh. Adik pula menambah, tidak berapa lama ahulu ada ustaz berceramah di tempat dia belajar, dan ustaz itu menegur jamaah tabligh yang meletakkan ganjaran bidadari untuk setiap amalan mereka. Menurut adik ada kawan lain juga pernah menegur tantang bidadari yang popular dalam jamaah tabligh. Kata kawan adik saya itu, apakah mereka ingat bidadari itu 'pelacur' dan umat Islam ini adalah pelanggan yang kegersangan; dari perbuatan mereka yang meletakkan ganjaran bidadari bagi setiap apa yang mereka lakukan.
Berkenaan perkahwinan bawah umur, adik saya bertanyakan pendapat saya. Ia juga berkaitan dengan pendapat Tuan Guru Nik Aziz yang mengecam perbuatan nikah bawah umur itu. Cuma adik mempersoalakan tentang benarkah perkahwinan bawah umur ini sah di segi syarak? Bukankah itu nanti akan menjadi fitnah kepada umat Islam.
Berikut ialah apa yang saya terangkan kepada adik saya malam tadi, sambil kami makan berger dan menanti waktu isya..
Kahwin bawah umur tidak sah dari segi undang-undang syariah dan dalam Islam. Mudahnya, setiap ibadah syarat sahnya adalah akil baligh. Beza dengan solat dan puasa, kanak-kanak yang belum baligh boleh melakukannya sebagai latihan. Tapi tidak untuk ibadah besar seperti nikah.
Jika dikatakan ia tidak sah dari segi undang-undang syariah tapi sah di segi syarak, itu satu kekeliruan yang boleh merumitkan masalah dan lebih teruk lagi itu boleh memburukkan nama Islam. Itu boleh menimbulkan fitnah kepada agama Islam. Musuh boleh mengatakan Islam melanggar hak kanak-kanak dan wanita. Malah hal ini boleh menjadi jarum yang mampu menggugat keimanan umat Islam sendiri.
Memang dalam setiap hal mesti ada percanggahan pendapat. Dalam hal nikah bawah umur ini juga begitu. Semua setuju ia tidak sah dari segi undang-undang syariah negara kita, tetapi dari segi hukum ada perbezaan; ada yang kata ia sah dari segi syarak atas hujah bahawa Rasulullah (SAw) menikahi Aisyah pada usia Aisyah 9 tahun. Ada juga golongan yang mengatakan ia tidak sah dari segi syarak.
Persoalannya sekarang ialah, apakah benar Rasulullah (SAW) menikahi Aisyah pada usia Aisyah 9 tahun? Jika benar, apakah itu hanya khusus untuk Rasulullah (SAW) sahaja seperti halnya Rasulullah (SAW) memiliki 10 orang isteri? Atau sebenarnya Rasulullah (SAW) tidak menikahi Aisyah pada usia kanak-kanak?
Saya dan adik tidak sempat untuk berbincang lebih panjang. Apapun, perbualan itu membuatkan saya merasa ilmu saya sangat cetek dan kurang. Mujur lawan bercakap adalah adik saya sendiri. Bagaimana jika kenalan di kalangan Cina Muslim yang bertanya, apakah jawapan saya yang cetek begitu boleh memuaskan mereka? Lebih lagi, bagaimana jika pendakyah Kristian yang menyerang saya dengan isu ini? Apakah saya mampu untuk memberikan jawapan yang tepat dan kuat kepada mereka?
Memikirkan itu semua, saya membuat rujukan tentang ini untuk mendapatkan hujah yang lebih baik dan kuat. Insya Allah pada post malam esok kita akan membincangkan isu ini. Saya juga mencuba mengumpul beberapa bukti untuk menolak bahawa menikahi kanak-kanak adalah sunnah. Juga, menolak bahawa pernikahan dengan kanak-kanak sah di segi syarak.
PS: Susah juga nak pilih gambar pelamin untuk menghiasi post ini..
Ehem ehem :-)
Salam... memang mengelirukan...
BalasPadamGirls @ the other side of the world reached puberty at a very young age - hence the early marriage.
BalasPadamRasulullah s.a.w. married Siti Aisyah r.a. at the age of 9 not because of lust but following the command of Allah s.w.t. - For upon his wafat, Siti Aisyah r.a. was 18 - It's she who sahabats refer to a lot of fikah topics - especially where women's issues were concerned.
***Sorry, just sharing what I know. Salam.
Ustaz
BalasPadammemang haru biru kan
mm...btw pesanan ringkas...kalau nak kahwin cari yang cukup umur ya..kahkahkah
jangan maraaaaaa
Salam.
BalasPadamTeringat kata2 ustazah sy masa d menengah rendah dulu..masa itu subjek pasal haid... bila pompuan mula2 haid dan cara2 mandi hadas...hehe..
Ustaza kata...umur sebenar kami ni klu ikut kalender Islam beberapa thn lebih tua....(masa tu form 1, 13 thn)..... tak pastilah betul atau tak..
so, now i'm thinking of.........
Apapun LELAKI2 ITU berbudi bicaralah..bagilah "body part"nya membesar dan mantap dulu... agar tak terkejut sgt... ;-)
Salam ustaz...
BalasPadamApakah semua sunnah Nabi itu boleh diikuti seperti Nabi kahwin dengan Aishah? Boleh jadi ini khusus hanya untuk Rasulullah s.a.w atau ianya sebagai menjawab kekeliruan topik kitak tok?
Kelak mun kitak ada masa pergi blog kamek ambik hadiah kitak...:):)
umi_e:
BalasPadamSalam Kak Umi.
Memang isu ini boleh mengelirukan umat Islam sendiri dan boleh menjadi senjata kepada pihak musuh untuk merosakkan Islam.
Terima kasih Kak Umi;-)
Ummie:
BalasPadamSalam Kak Hajah Ummie.
Terima kasih untuk tambahan info dari Kak Hajah. Sebenarnya tentang usia Aisyah sewaktu bernikah dengan Rasulullah (SAW) ada banyak pendapat. Insya Allah saya akan menulis tentang ini dalam masa terdekat.
Terima kasih Kak Hajah Ummie;-)
Fid:
BalasPadamSalam Kak Fid.
Iye bener. Memang haru.
Iya kak. Saya memang nak cari yang muda-muda kalau bulih;D hehe. Gurau saja ya sebab saya pun sudah tak berapa muda;-)
Terima kasih Kak Fid;-)
ari:
BalasPadamSalam Mbah Ari.
Lama tak nampak ya. Saya jarang on FB sekarang. Anyway, terima kasih untuk tambahan info kamu ya Mbah.
Ayat-ayat last itu membuat saya tersenyum-senyum segan;D
Terima kasih ya Mbah Ari;-)
Abd Razak:
BalasPadamSalam Abd Razak.
Auk eh. Sik semua perbuatan dan amalan nabi boleh diikut oleh kita. Nabi bulih kawin 9 tapi kita sampai 4 jak. Nabi juak bulih puasa sunat bersambung-sambung, tapi kita sik bulih.
Ada benda yang hanya khusus untuk Nabi ajak yang sik bulih diikut oleh kita. Insya Allah dalam hal perkahwinan Nabi dengan Aisyah akan ditulis dalam masa terdekat.
Terima kasih Abd Razak;-)
salam...
BalasPadamhurmmm.... ha'ah la...
ayue pon xprnah lak trfikir...
bile ayue bace entry ni baru tahu. huhuhu
tp rasullullah s.a.w kan contoh terbaik utk umat manusia...
ustaz cahaya cpat2 post psl pernikahan nabi dan aisyah ye.. ayue nk tahu juga. huhu.
btw, salam perkenalan..
Ayue Aishah:
BalasPadamSalam Ayu.
Iya, Insya Allah. Hampir saya terlupa pula sebab minggu lepas saya cuti seminggu dari blog ini. Semoga Allah memudahkan saya untuk menulis tentang itu dalam masa terdekat.
Salam perkenaland dan terima kasih Ayu;-)