29/03/2010

Cerita Tentang Gitar (Banyak perkara dalam dunia ini yang tidak boleh hanya dipelajari...)


Cerita Tentang Gitar
(Banyak perkara dalam dunia ini
yang tidak boleh hanya dipelajari...)










Anda Pandai Menala Gitar?


Sebenarnya, kemahiran menala gitar sangat berkaitan dengan kehidupan kita. Perhatikan, berapa banyak perkara dalam hidup ini yang tidak boleh setakat dipelajari. Ia perlu dikuasai. Seperti menala gitar, adalah mudah untuk kita menghafal asasnya, tapi untuk memahirkan diri kita menala gitar, ia perlukan latihan dan masa. Selama mana kita bertahan, kemahiran itu akan kita perolehi. Kita tidak akan terus dapat menala gitar dengan tepat dalam dua tiga hari kita baru belajar. Dalam bahasa kampung saya disebut orang sebagai 'no overnigth success'. ;-)



Oh ya beberapa hari ini saya layan lagu-lagu rock kapak era 90-an. Tahu sahajalah lagu-lagu era itu, petikan gitarnya sangatlah indah dan mengancam. Rindu pula saya dengan gitar, dan kerinduan itu mengingatkan saya nostalgia ketika saya baru-baru bermain gitar pada zaman saya awal remaja dolu-dolu.

Hehe, saya mula main gitar masa tingkatan 1. Masa itu zaman Metallica dan Cromok. Lagu Metallica yang pertama saya pandai ialah lagu 'Nothing Else Matter' dan lagu Cromok pula ialah lagu instrumental 'Another You'. Saya ingat lagi saya pernah masuk pertandingan deklamasi sajak masa saya tingkatan dua, guna lagu 'Another You' sebagai musik latar dan cuba teka, saya dapat johan!

Masa tu, saya beli gitar then simpan di rumah datuk sebab ayah marah saya main gitar. Jadi tiap hujung minggu saya bermalam di rumah datuk. Masa itu kami sekeluarga tinggal di rumah kerajaan agak jauh dari rumah datuk. Hehe.. Tapi sejak saya dah habis sekolah ayah tak marah lagi saya main gitar dan ilmu itu saya turunkan pula kepada adik lelaki saya.

Anda pandai bermain gitar? Atau sekurang-kurangnya pernah bermain gitar. Masih ingat ketika kita mula belajar gitar dulu? Saya masih ingat lagi, saya belajar asas tuning gitar dari buku. Dalam buku tu kata, tali A bunyinya sama dengan fret nombor 5 tali E. Tali D pula, bunyinya sama dengan fret nombor 5 tali A. Begitulah seterusnya. Tidak susah untuk menghafal asas ini, tapi untuk kita berjaya menala gitar adalah mengambil masa. Setelah masa berlalu, dan kita biasa menala gitar, baru lah sedikit demi sedikit 'talaan' yang kita buat tu tepat. (Betul ke word 'talaan' itu?) :-)

Kemudian, setelah lama bermain gitar.. memang kita boleh menala gitar kita dengan tepat. Saya pernah cuba tune gitar saya kemudian semak dengan 'digital tuner' memang tepat:-) Kemudian mula la belajar membuat tuning yang 'pelik-pelik'. Mula-mula belajar buat tuning Drop D, lepas tu tuning apa ke nama nya tu, yang untuk main lagu Blurry tu. Saya pun dah lupa..

Heh, semua tu nostalgia saya. Lama sudah saya tidak memegang gitar. malam  ini sengaja saya  mengimbau nostalgia dolu-dolu saya; makanya hari ini saya menulis sedikit tentang gitar:-)



Sebenarnya, kemahiran menala gitar sangat berkaitan dengan kehidupan kita. Perhatikan, berapa banyak perkara dalam hidup ini yang tidak boleh setakat dipelajari, ia perlu dikuasai. Seperti menala gitar, adalah mudah untuk kita menghafal asasnya, tapi untuk memahirkan diri kita menala gitar, ia perlukan latihan dan masa. Selama mana kita bertahan, kemahiran itu akan kita perolehi. Kita tidak akan terus dapat menala gitar dengan tepat dalam dua tiga hari kita baru belajar.

Begitulah, apapun yang kita usahakan, kita perlukan masa untuk menguasainya. Dalam mendidik diri untuk istiqamah mengerjakan ibadat yang wajib, kita perlu bertahan dan perlukan latihan. Dalam mengubah dan memperbaiki diri juga begitu. Kita mungkin boleh membaca dan mempelajari cara-caranya, namun untuk berjaya melakukannya kita mesti mencuba, berlatih dan berusaha.

Begitu juga dalam kita mendidik (dan mendakwah) orang lain. Seperti menala gitar, kita hanya boleh mengajar dia asas menala seperti yang saya sebutkan di atas tadi, tapi untuk orang yang diajar tu mampu mendapatkan talaan yang betul, ia mengambil masa. Sama seperti untuk mendidik dan mendakwah orang lain. Alangkan susah untuk mendidik diri kita sendiri, susah lagi untuk mendidik orang lain.


9 ulasan:

  1. salam ustaz..
    wah mengingati kenangan lama nampak
    he he..metalicca dan cromok antara minat saya
    juga dahulu..sekarang lebih pada Samy Yusof..

    BalasPadam
  2. saya dan muzik serta alat muzik tiada kimia
    kami tidak boleh bersatu hahahaa

    BalasPadam
  3. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Wah samalah kita. Agak-agak bang Zul ni sebaya Cromok jugak kan;-)

    Sama juga. Sekarang ni saya sudah dengar music yang famous dalam tv radio sahaja.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  4. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Hahaha. Saya pulak dengan subjek kimia memang tidak ada kimia. Sebab itu saya tak mahu ditukar kelas masa form 4 dulu;-)

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  5. sy sempat bljr Am Dm Cm utk petik gitar pas tu lngsung bljr lagi

    BalasPadam
  6. maiyah:

    Salam Kak Maiyah.

    Hehe. 3 chord itu saja pun sudah boleh menghasilkan bunyi bunyi yang indah kak;D

    Dm adalah chord faveret saya. Sebab bunyinya agak menyentuh jiwa. Hehe..

    Terima kasih Kak Maiyah;-)

    BalasPadam
  7. Salam..
    Teringat kata2 ketua saya...
    "kalau tak cuba..macam mana nak mahir..."

    Asasnya kita pelajari...samada ia datang dari pengalaman atau ilmu teori.... Mahir datang dari setiap permulaan yg konsisten dan berkesinambungan..... :-)

    BalasPadam
  8. Ari:

    Salam Cikgu Ari.

    Iye benar, percubaan dan latihan adalah permulaan sebuah kemahiran.

    Saya suka ayat kamu yang ini:

    "Asasnya kita pelajari...samada ia datang dari pengalaman atau ilmu teori.... Mahir datang dari setiap permulaan yg konsisten dan berkesinambungan....."

    Terima kasih Cikgu Ari;-)

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama18/11/13 04:52

    Saya Baru tingkatan 3...tapi saya minat betul dengan Cromok...Another you,Misty,Journey,I dont Belong Here...

    BalasPadam