Hari ini hari Ahad a.k.a hari minggu. 28 haribulan Mac 2010. Alhamdulillah, sejak bercuti seminggu di blog ini minggu lepas, saya rasa semakin rajin;-) Namun hari ini seperti mingu-minggu yang lalu, saya tidak ada hujung minggu a.k.a. saya tidak bercuti dan bersantai pada hari minggu.
Alhamdulillah. Saya tidak pula berasa penat, letih dan bosan dengan apa yang sedang saya lakukan. Penat buat yang ini saya buat yang itu. Letih buat ini saya buat itu. Bosan siapkan yang ini, saya siapkan yang itu. Ini membuatkan saya percaya, kita boleh berehat dengan melakukan sesuatu yang kita suka. Ya, saya tidak letih melakukannya kerana saya suka dan menikmati saat-saat saya melakukannya;-)
Sebelum menaip post ini tadi, saya youtube sekejap. Menonton beberapa buah lagu lama yang ada 'kenangan' kepada saya. Saya percaya, semua orang ada kenangan. Bagi saya, apapun kenangan itu, ia sebenarnya guru dan teman yang baik kepada kita. Jika kita melayan kenangan dengan baik, Insya Allah, ia akan baik untuk kita masa kini dan masa akan datang. Namun ramai yang bersikap sebaliknya, iaitu melupakan kenangan yang pahit untuk hidup lebih baik. Apapun, itu pendirian masing-masing kan.
Kekadang saya berangan juga, bagaimana agaknya jika manusia betul-betul memiliki sebuah pensieve. Erm, anda tahu 'pensieve'? Jika anda adalah peminat Harry Potter anda tentu tahu. Ia adalah sebuah basin batu, di mana kita boleh 'store' kan memori kita, bila kita hendak kembali ke masa silam, kita masuk basin itu dan kita boleh berada pada zaman silam kita itu;-) Huhu, Harry Potter. Sebuah karya 'eskapisme' yang baik untuk kita berehat dan sebuah karya yang mengubah hidup JK Rowling; seorang penghuni kaki lima dan jambatan kepada seorang novelis jutawan.
Ok, ini saja untuk kali ini. Saya hendak sambung berkerja. Di bawah ini saya kongsikan dua video yang lawak juga, dengan lagu BPR. Lama sudah tak main gitar eh;-)
Video klip yang tidak pernah disiarkan kerana terlalu ganas. Dapatkan yang asli, hanya dari B.P.R (Bumi Pun Runtuh). ;D
Showmanship band rock era 90-an macam ni memang dirindui. Susah nak jumpa band macam ni sekarang. Hehe, antara filem kegeraman, ops, kegemaran saya;-) Filem Rock 2006.
salam ustaz,
BalasPadamtak sangka ustaz ni minat juga dgn lagu2 rock 90'an.
My pensieve...hehe.
BalasPadambercita2 juga mau jadi novelis jutawan, tapi bakat menulis masih lemah...imaginasi pun sama..nak jadi JK rowling cemane la ni??..hehe..
dulu2 kala takde radio..so mmg x layan lagu2 rock2 kapak ni..eh rock 90-an ni..hehe
temp. housewife:
BalasPadamSalam Kak Nuradyani.
Ha'ah Kak Nur. Masa awal 90-an saya masih di sekolah rendah dan menengah rendah. Memang minat lagu-lagu rock kapak tu. Hehe;-)
Terima kasih Kak Nurdayani;-)
Afida Anuar:
BalasPadamSalam Afida.
Afida minat Harry Potter juga ya. Ha'ah kisah JK Rowling itu memang menjadi inspirasi saya juga. Selalu saya fikir, mungkinkah masa dia menjadi penghuni kaki lima yang hidup dalam kemiskinan, dia berimaginasi yang bukan-bukan. Dia tengok tembok batu dan bayangkan jika di sebalik tembok batu itu ada stesen keretapi dunia sihir. Hehe..
Saya masa darjah empat kalau tak silap, kumpul duit dan dapat beli radio transister yang popular masa tu. Hehe..
Terima kasih Afida;-)