Anda memerlukan penjelasan lebih? Colonel Sanders mempunyai resepi ayam goreng yang hebat sebagaimana telah terbukti kini melalui rangkaian restoran KFC di seluruh dunia. Dahulu kala, ketika Colonel Sanders baru mencipta resipi KFC, resepi beliau ditolak kerana mereka tidak nampak apa yang bakal terjadi kepada resepi tersebut. Pendek kata, mereka tidak nampak potensi resipi tersebut.
Idea yang baik, karya yang baik, pendapat yang baik, nasihat yang baik, dan sebagainya yang baik; belum tentu diterima oleh orang lain. Dalam kata lain, sesuatu yang hebat juga akan ditolak. Banyak contoh teladan selain kisah pengasas resipi KFC itu; berkaitan penolakan sesuatu yang baik.
Apa yang hendak saya sampaikan kali ini ialah, tentang bersedia menghadapi penolakan. Kita nampak orang melakukan kesalahan dan kita menasihatinya, tetapi nasihat kita ditolak. Kita mempunyai penyelesaian yang lebih baik untuk sesuatu masalah, tetapi penyelesaian kita tidak diterima. Kita ada idea yang baik untuk sesuatu, tetapi idea kita ditolak. Itu lumrah.
Kita nampak orang melakukan kesalahan dan kita menasihatinya, tetapi nasihat kita ditolak.
Kita mempunyai penyelesaian yang lebih baik untuk sesuatu masalah, tetapi penyelesaian kita tidak diterima.
Kita ada idea yang baik untuk sesuatu, tetapi idea kita ditolak.
Itu lumrah.
Sesuatu yang ditolak, belum tentu yang tidak baik. Boleh jadi, tempat kita memberi itu salah atau cara kita menyampaikan yang salah. Juga, boleh jadi orang yang kita sampaikan itu yang 'tidak sampai' untuk memahami apa yang kita sampaikan.
Dalam hal idea, ilham atau cadangan. Kerap orang melakukan kesalahan dengan menilai siapa yang mengucapkan idea tersebut, bukan melihat kepada apa yang disampaikan. Sikap seperti ini di kalangan kita adalah sesuatu yang merugikan.
Kita ambil contoh yang mudah, saya seorang yang tidak tahu menggunakan senapang dan menembak tetapi saya yakin saya boleh mendapatkan rusa dengan menembaknya menggunakan senapang (semua orang pun yakin akan hal ini). Disebabkan saya tidak tahu menggunakan senapang maka jika saya menembak, pasti tembakan saya kesasar dan menyebabkan rusa itu lari dan hasilnya negatif iaitu saya tidak mendapat rusa.
Bagaimana jika senapang itu tadi saya berikan kepada orang yang tahu dan mahir menggunakannya dan saya tunjukkan pula tempat rusa. Ada kemungkinan yang besar untuk orang itu dapat menembak rusa.
Begitulah hakikatnya, adakalanya idea yang baik itu memerlukan orang yang tepat untuk menggunakannya. Pun begitu, merujuk contoh senapang di atas, adalah tidak mustahil saya boleh memahirkan diri dalam menggunakan senapang melalui proses ‘belajar’ dan ‘berlatih’.
Cuma dalam keadaan itu, sementara rusa masih banyak di tempat itu, adalah lebih baik saya membawa orang yang pandai menembak ke tempat itu dan memberi peluang mendapatkan rusa-rusa itu. Alangkah ruginya, jika orang yang mahir menembak tidak mahu mengikut saya ke tempat rusa yang hendak saya tunjukkan dengan alasan saya bukan orang yang pandai menembak rusa. Jika saya bukan orang yang pandai menembak rusa, apakah saya tidak boleh nampak rusa dan tempatnya?
Sebahagian lagi, idea memiliki keperluan. Maksud saya, apa yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu idea itu. Saya percaya ada orang yang memiliki apa yang diperlukan untuk menjayakan idea-idea saya walaupun saya tidak memilikinya. Saya tidak boleh melupakan satu idea kerana saya tidak memiliki apa yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu idea itu. Mungkin orang yang memilikinya? Jika ya, orang itu sudah satu langkah di depan saya. Tambah satu langkah lagi di depan saya kerana dia tidak perlu mencari idea dan merancang. Dia hanya perlu mengambil idea saya itu dan menjayakannya.
Kita lihat contoh yang mudah lagi, katakan saya mempunyai satu resepi ayam goreng dan berger yang lebih hebat daripada KFC (kononnya sekadar sebuah contoh mudah?). Resepi saya itu pula memerlukan beberapa bahan dan alatan yang saya tidak miliki. Ada antara bahannya yang tidak terdapat di negeri saya di Kepulauan Borneo ini, ada antara alatnya yang tidak mampu saya beli. Namun saya yakin saya mesti siapkan resipi itu dan ia lebih hebat dari resipi KFC. Mungkin anda memiliki bahan dan alat yang diperlukan oleh resipi ini? Jika ya, apa salahnya anda yang menyiapkan resipi itu.
Begitulah hakikatnya, adakalanya sebuah idea itu memerlukan bahan dan alat tertentu untuk menjayakannya yang saya tidak miliki. Jika anda memiliki bahan dan alat tersebut, tidakkah anda berminat untuk menggunakannya dan berjaya?
Apapun, tidak semua orang boleh mendapat idea yang baik dan boleh merancang dengan baik, tetapi semua orang boleh berusaha dengan baik. Dalam setiap yang berusaha itu pasti ada ‘
YANG BERJAYA’ dan ‘
YANG GAGAL’. Namun untuk yang tidak berusaha pasti bagi mereka tidak ada “
KEGAGALAN” apatah lagi “
KEJAYAAN” (jauh panggang dari api).
Kesimpulannya, dalam kita menyampaikan sesuatu. Walaupun yang cuba kita sampaikan itu baik dan hebat. Bersedialah untuk ditolak. Tidak semua yang baik dan hebat akan diterima dengan baik dan membuat kita dipandang hebat. Malah adakalanya apa semakin baik dan hebat apa yang hendak kita sampaikan, semakin kuat pula penolakannya.
Salam ustaz..
BalasPadamperumpamaan yang baik..ditambah deenagn penerangan yang jelas sekali.. dalam hidup ini manusia pelbagai ragam..tapi yang ramai jenis manusia yang berlagak pandai dan susah nak di nasihati..saya sendiri ramai kenal orang begitu..akhirnya hubungan menjadi renggang jika kita selalu menasihatinya..
Salam ustaz. Manusia mmg lagu tu. Susah nak terima pandangan orang walaupun pandangan orang tu betul atau baik. KFC contoh yang menarik. Tak silap saya MCD pun awal2 macam tu juga.Tapi lain cerita la...last2 sekarang,tengok la mana depa berdiri sekarang... owh lamanya tak telan MCD n KFC..erkkk..hehe
BalasPadamsalam
BalasPadamUstaz
Kak Fid baya speed reading entah betoi entah idak sebab baca pagi buta b4 kerja
malam tadi tak dan nak online sebab layan anak menonton DVD
hehehhe
itu pun nak cakap ke??kihkih
komen saya:
saya memang ada banyak idea tapi saya tak tau kenapa saya suka simpan dalam peti...1. sebab semnua idea saya tu nak kena ada investment wang ringgit...kot...
2. saya masih bekerja..maka sangat limited tambahan pula akhir-akhir ini sibuk mengalahkan perdana menteri lagaknya..
hahhaaaa
Namun
saya tetap tak akan mengalah
zulkbo:
BalasPadamSalam Bang Zul.
Itulah kan. Kita niat baik, sampaikan dengan baik. Tapi orang tak terima dengan baik malah jadi merosakkan hubungan yang baik.
Apapun, janji kita sudah buat yang terbaik. Allah pasti membalas setiap yang baik, tidak di sini pasti di sana. Insya Allah.
Terima Kasih Bang Zul;-)
Afida Anuar:
BalasPadamSalam Afida.
Saya kurang tahu tentang McD. Nanti saya nak cari lah. Afida, ehem ehem.. itu tanda awak perlu belanja saya Mcd dan KFC eh, hehe.. ;-)
Kat Bintulu ni takda McD. Dapat perkena McD waktu ke Miri dan Kuching saja.
Terima kasih Afida;-)
Fid:
BalasPadamSalam Kak Fid.
Itu memang speed tu kak. 'Baca' jadi 'baya';D
Takpa, syukur akak sudi baca. Lagipun, kat blog ni takda speed trap kak, hehe;-)
Jawapan komen Kak Fid:
1. Jika idea tu perlukan duit, maka kita kena cari idea pula macamana nak dapat duit kan?
2. Itulah kan, syukur kita tak jadi perdana menteri. Masa untuk diri sendiri kurang, rakyat pula asyik komplen apa yang kurang..
Terima kasih Kak Fid;-)
Salam ya ustaz...
BalasPadamMakaseh kitak datang ke blog kamek..:)
Kamek sik makan KFC di kuching tok was-was ngan manoknya
masyAllah.. hebat penulisan ustaz ni. tak terfikir plak saya sebelum ni. bila terbaca tulisan ustaz berkenaan perumpamaan rusa dan senapang tu, memang betul perumpamaan manusia selama ni. walaupun kita ada idea yang hebat, belum tentu orang akn terima jika tak disampaikan dengan cara yang betul dan orang yang betul. terima kasih ustaz. penulisan yang sangat bermanfaat.
BalasPadamp/s: jom melawat, follow dan share link di TKSB.
http://wanshah87.blogspot.com
salam ustaz,
BalasPadammmg perumpamaan yg baik. akk sendiri pun selalu terkena bila kita cuba nasihatkan kwn2 ke arah kebaikan, mereka mempermain2kan kita dan lama2 sampai putus kwn. hmm susah betul. tapi akk rasa mungkin cara akk pun tak berapa betul jd kita pun belajar dr kesilapan kita.
Abd Razak:
BalasPadamSalam Abdul Razak.
Sama-sama. Auk, kamek pun bila ke Kuching nektok dilarang dak bala makan KFC. Ya lah nengar cerita manok ya. Mena sik mena kita siktauk. Patut dak agama check ya.
Tapi dolok, masa diam di Kuching (awal 2000) KFC Saujana ya nang tempat feveret bila nak makan KFC. KFC sia rasanya nyaman lain.
Terima kasih Abd Razak;-)
wanshah:
BalasPadamSalam Wan Shah.
Alhamdulillah. Segala puji kembali kepada Allah. Iya benar tu Syah. Kadang-kadang orang tidak mahu terima nasihat kita sebab dia tengok kat kita, bukan tengok kat nasihat tu.
Terima kasih Wan Shah;-)
temp. housewife:
BalasPadamSalam Kak Nuradyani.
Samalah kita Kak Nur. Nak buat macam mana kan. Kita ni manusia, tidak akan sempurna. Takkan kita nak tunggu kita dah sempurna baru nak nasihatkan orang kan. Lagipun, jika kawan buat perkara yang memang buruk dan bahaya, takkan kita nak biarkan sampai kita jumpa jalan terbaik untuk nasihatkan dia.
Terima kasih Kak Nur;-)
Salam.
BalasPadamTerima kasih.
Saya sangat sukakan artikel ini.
Menambah pengetahuan dan dibawa pada masa hadapan.
(*.*)
♥Ms Fariza@Yuki♥:
BalasPadamSalam Ms Fariza.
Alhamdulillah. Syukur jika artikel ini bermanfaat.
Fariza pertama kali datang sini ke? Datang lagi ya;-)
Terima kasih Ms Fariza;-)
Salam,
BalasPadamsuka baca artikel berbentuk motivasi seperti ini :D
Wan Anie:
BalasPadamSalam Kak Wan Anie.
Alhamdulillah. Terima kasih ya Kak Wan;-)