Anak adalah anugerah Allah yang tidak semua orang mendapatnya. Beberapa orang kawan saya yang sudah berkahwin lebih tiga tahun masih belum mendapat anak. Maka berusaha dan berikhtiarlah kawan-kawan itu dengan pelbagai cara. Saya membantu dan berdoa selama ikhtiar itu betul pada agama.
Itu kisah kawan dan saudara yang sudah berumah tangga. Inikan saya yang masih belum bertemu jodoh. Masa berlalu, umur semakin meningkat. Kadang hati cemburu melihat rakan mahupun sepupu yang sudah memiliki anak.
Ini membuatkan saya kesal dan kecewa dengan kes membuang anak dan mendera serta mensia-siakan anak. Jika tidak mahu anak itu, silakan beri kepada yang mahu. Jika benar tidak bersedia untuk mendapat anak jangan buat anak. Buatlah kamu dosa apa yang nafsu mahu. Jangan sampai mendapat anak kemudian anak itu dibunuh atau dipersia-siakan. Itulah ayat kurang manis yang bergema di hati saya setiap melihat kezaliman kepada anak.
“Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:
Sedekah jariah ataupun ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya”
(Hadith Shahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam mengajar kepada umatnya untuk menerima anak sebagai amanah bukan sebagai milik mutlak. Semua orang suka dan mahu kepada kekayaan, ilmu dan anak kerana tiga perkara ini memberi kesenangan dan kelazatan dalam hidup.
Islam sebagai agama untuk manusia daripada Tuhan yang menciptakan manusia; Islam adalah sebuah agama yang tidak melawan fitrah semulajadi manusia. Manusia cinta kepada kekayaan, ilmu dan zuriat sehingga mereka takut mati kerana belum berasa puas untuk menikmati ketiga-tiganya. Bagaimanapun manusia tetap akur bahawa mereka tidak akan hidup selama-lamanya. Satu masa, ketiga-tiga nikmat itu akan berakhir. Namun, daripada lidah Rasulullah (SAW) menyampaikan khabar gembira kepada umat Islam bahawa mereka masih boleh menikmati ketiga-tiga nikmat yang mereka cintai itu seperti yang disebutkan dalam hadith di atas.
Kekayaan, ilmu dan anak adalah nikmat Allah yang berupa amanah yang dipinjamkan kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA. Semua manusia wajib berusaha untuk meraih wang ringgit, harta, ilmu dan anak; namun jangan lupa bahawa segalanya itu harus digunakan seperti dihendaki Allah sebagai lambang bersyukur kepada Allah yang telah memilih kita untuk memiliki semua itu.
Lebih dari itu, atas kasih sayang Allah; wang ringgit, harta benda, ilmu dan anak yang diamanahkan kepada kita, sekiranya digunakan dengan betul dan tepat seperti yang dikehendaki Allah (SWT), nikmatnya akan kita perolehi dalam jangka masa yang panjang sehingga ke hari akhir sekalipun kita sudah meninggal dunia.
Jika mahu kekayaan, ilmu dan zuriat keturunan masih dirasai nikmatnya sesudah mati, pergunakanlah segala nikmat itu dengan cara yang betul dan tepat. Anggaplah ia sebagai amanah yang mesti dijaga, ingatlah untuk bersyukur dan perbanyakkan memberi dan berkongsi nikmat yang diperolehi dengan sesama manusia… Insya Allah.. ketiga-tiga nikmat itu akan tetap dinikmati sesudah mati. Wallahu‟alam.
Anak-anak adalah amanah Allah. Mereka perlu dididik untuk Allah. Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan mentaati Allah. Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Allah yang menjadi khalifah di muka bumi. Mereka perlu dididik untuk menjadi khalifah.
Insya Allah, jika ini yang dilakukan anak-anak akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak danberjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka.
Anak-anak yang soleh yang akan terus berdoa dan memohon keampunan untuk ibu bapanya pada masa ibubapa tidak lagi mampu untuk berdoa dan memohon keampunan. Beruntunglah orang yang dianugerahkan Allah dengan anak yang soleh kerana setelah nafas terhenti sekalipun masih mampu untuk berdoa dan memohon keampunan.
Semoga kita menjadi anak yang soleh dan dikurniakan anak yang soleh juga. Amin Ya Rabb Al-alamin.
Bear in mind - When providing our children's education, it's not about what job they'll take up, but it's about our responsibility as a parent. InsyaALLAH things will fall into place.
BalasPadamsalam ustaz..
BalasPadamanak adalah amanah dari Allah..sebagaimana ayah bonda kita menerima amanah dariNYA..begitulah kita kini..corakkan lah ianya mengikut warna yang kita suka..semoga kejalan Allah la jua..insyaallah..subhanallah..
salam ustz
BalasPadamMama doakan ustz cepat bertemua jodoh dan mendapat anak2 yang comel dan soleh.Susah2 cari, jadi menantu mama je
nang dah sampe seru-seruan ya..
BalasPadambah, udah nemu calon tek?
mun kamek ada adik pompuan tek kan bagus
tok ada adik laki jak..(-:
Salam
BalasPadamUstaz
Ibu untuk anak anak nya mana??hehehehheheheheh
terasa ditekan ke soalan begini??
'
Ya kalau 'ter'dapat anak then tak nak anak itu jangan la buang merata rata sila buang di tempat yang kak fid cadangkan..kihkihkih
esok lusa kalau kak fid datang ofis lambat bagi reason kat bos "i terjumpa baby tengah jalan...i pergi hantar kat polis"
sure bos akan blur habis
salam ustaz,
BalasPadamyg susah nak dpt anak, berusaha sungguh2 nak anak. Yg senang2 dpt, senang2 pulak nak buang. entahla apa nak jadi.
P/s: akk nak carikan calon utk ustaz pun, susah juga sbb ustaz kat Sarawak nun. hehe
Ummie:
BalasPadamSalam Kak Hajah Ummie.
Terima kasih untuk nasihat Kak Hajah yang baik itu. Insya Allah saya akan ingat itu sehingga Allah merezekikan anak kepada saya.
Terima kasih Kak Hajah Ummie;-)
zulkbo:
BalasPadamSalam Bang Zul.
Iye bener. Saya suka dengan pandangan Bang Zul itu.
"anak adalah amanah dari Allah..sebagaimana ayah bonda kita menerima amanah dariNYA.."
Terima kasih Bang Zul;-)
Mama Tanjong:
BalasPadamSalam Mak.. Ops! Kak Mama Tanjong;-)
Terima kasih doa Kak MT.
"Mama doakan ustz cepat bertemua jodoh dan mendapat anak2 yang comel dan soleh."
Amin amin amin;-)
Untuk cadangan yang itu, saya nak nyanyi sikit ya.. :D
"Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku"
Terima kasih Kak MT;-)
Hida Naza:
BalasPadamSalam Hida Naza.
Auk eh. Memang menyeru-nyeru. Mak kamek pun udah berangan-angan masanya perlu gago menyeruk orang datang pengilan.
Hehe, mundak tunggah Kak Ida ya tek;-)
"Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau"
Terima kasih Hida Naza;-)
Fid:
BalasPadamSalam Kak Fid.
Itulah kan. Calon ibunya dulu perlu dicari. Kak Fid ada calon-calon tak? Jika ada fax ke mak saya ya resumee;-) hehe..
Saya ni pemalu orang nya;D
Terima kasih Kak Fid;-)
temp. housewife:
BalasPadamSalam Kak Nuradyani.
Alangkan padi di Siam, periuk di Malaysia pun bertemu juga Kak Nur. Hehe;-)
Terima kasih Kak Nuradyani;-)
salam... amat sukar mendidik anak di zaman ini...
BalasPadam*pendidikan agama harus diutamakan oleh ibu-bapa (tapi ibu bapa sekarang hantar anak tuition subjects lain dan subject agama jarang yang berikan tumpuan)
ustaz
BalasPadamkita buat program online cari jodoh untuk ustaz cahaya kihkihkih..mau???
Insya Allah tak lama lagi ada la tu
umi_e:
BalasPadamSalam Kak Umi.
Iya benar, saya setuju. Kadang-kadang ada anak yang lebih rapat dengan orang lain dari ibubapa sendiri kerana ibubapa yang sibuk dan tidak mesra dengan anak-anak.
Terima kasih Kak Umi;-)
Kak Fid:
BalasPadamHehehe. Saya yang pemalu ni bertambah malu jika sampai nak kempen;D
Amin amin amin;-)