04/03/2010

Bangau masih kurus..


Bangau masih kurus..

" Bagaimana sepatutnya kita bertindak dan bersikap kepada gejala penderaan kanak-kanak dan gejala perhubungan terlarang?"

Genap seminggu pemergian Arwah Syafia Humaira. Peristiwa kekejaman seorang lelaki mengejutkan negara. Bagai badai menghempas perahu kecil. Kita semua teroleng-oleng oleh badai itu. Bergemalah  riuh rendah dan riuh tinggi di seluruh negara. Ramai meluah geram dan marah. Tidak kurang yang menyumpah seranah. Maka, bermulalah lagi satu ruang untuk kita saling salah menyalah.

Sehingga ke hari ini, blog ini masih membawa trafik dari carian tentang Syafia Humaira. Pada malam Jumaat yang penuh barokah ini, saya tergerak hati untuk membuka perbincangan dengan saudara yang membaca post ini. Jum..
Kita tentu tidak mahu menjadi bangau, ikan, rumput, kerbau, nasi, kayu api, hujan, dan katak dalam lagu bangau oh bangau.

Apakata pada malam yang baik dan hari yang baik (jika anda baca ini pada hari Jumaat) ini, jum kita rehat-rehat pekena teh tarik. Kita bincang di sini, bagaimana sepatutnya kita bertindak dan bersikap kepada gejala penderaan kanak-kanak dan gejala perhubungan terlarang.
Kita perlu menerima hakikat, bahawa kes arwah Syafia ini adalah sebuah peringatan kepada kita. Maka marilah kita menjadi orang yang mengambil peringatan. Bukankah sesungguhnya kita manusia ini memerlukan peringatan. Perlu selalu diingatkan dan perlu saling mengingatkan.






Bangau oh bangau mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat

Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan perut aku sakit

Perut oh perut mengapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah

Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah kayu api basah

Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku

Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku

Katak oh katak mengapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku

Ular oh ular Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku

BANGAU OH BANGAU!
oleh : Hamzah Fansuri

Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi ulama yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah. Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".

Untuk baca lanjut KLIK SINI.

12 ulasan:

  1. Ustaz
    blog yuitsumuni.com pun sama juga top tu keyword..
    tadi akak baca satu forum menceritakan tentang Hanim
    dan akak rasa ...Hanim patut dilupuskan

    kerana boleh jadi wabak...

    mungkin betul andaian akak...
    dia memang asal usul begitu...

    Nau'zubillah

    Ustaz
    mungkin kena ada ramai pendakwa yang boleh masuk ke dalam kelompok sasaran dan mengajak mereka berfikir sikit
    tapi jgn sampai terpengaruh hahahaa

    tak nak jadi menteri la nak jadi isteri perdana menteri saja la
    tapi bukan sebab nak ambil peluang bershopping ..nak DEKAT dengan masyarakat
    bleh??

    BalasPadam
  2. salam ustaz..

    saya rasa, pokok pangkal semua kejadian ini adalah agama. dalam zaman kemodenan sekarang, agama sudah tidak dititikberatkan oleh ibu bapa. lihat sahaja pelajar sekolah yang masih remaja, dibiarkan ibu bapa keluar di malam-malam hari. membiarkan pakaian anak2 tidak menutup aurat.

    alasannya, "anak saya tidak boleh ditegur". sudah hilangkah hak ibu bapa terhadap anak2, hingga dibiarkan sebegitu rupa?

    kita perlu bermuhasabah diri semula dalam menangani kes-kes sebegini. adakah kita sudah menjadi ibu bapa yang membawa anak-anak ke jalan yang benar. adakah kita sudah menjadi masyarakat yang prihatin terhadap keadaan sekeliling...

    moga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi - sedangkan sudah pun berlaku sekali lagi hari ini.... :(

    BalasPadam
  3. salam ustaz..
    perbandingan yang menarik..
    pasti ramai yang akan memberi pandangan pro dan kontra..pada saya ada betulnya pandangan ustaz ini..

    BalasPadam
  4. ustaz, pd sy rumus ini boleh dirungkaikan.saya menyalahkan kebejatan msykt kiter skrg yg terlalu materalistik sehingga tidak mahu ambil tahu langsung akan kejiranan..kdg2, kita membiarkan jiran kita membawa masuk orang bukan muhrim dlm rumah mrk tanpa mahu menegur.jika kita segan menegur, kita bole buat laporan ke JKKK Masjid / surau agar serbuan dpt dilakukan.

    BalasPadam
  5. Salam ya ustaz...

    Kamek merasa heran juak kes pembunuhan syafia ya disebar luas keseluruhan negara hingga rami sidak bloggers ngeluar cerita yang sama, pada hal ada agik cerita jenayah & kemungkaran yang boleh mengugat aqidah umat Islam di negara tok ditapok2. Seolah2 tek ada isu kay ngabor mata rakyat.

    BalasPadam
  6. asas goyah..

    rasanya itu la puncanya..

    http://wanitamutalib.blogspot.com/2010/03/syafia-humairahpemergian-penuh-tragis.html

    BalasPadam
  7. Fid:

    Salam hari Jumaat Kak Fid.

    Iya, macam wabak sudah Kak Fid. Malam tadi satu kes lagi. Masya Allah.

    "tak nak jadi menteri la nak jadi isteri perdana menteri saja la

    tapi bukan sebab nak ambil peluang bershopping ..nak DEKAT dengan masyarakat" ** Bagus Kak;-)

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  8. Sya:

    Salam Sya.

    Iya, saya setuju dengan Kak Sya. Pokok pangkal semua kejadian ini adalah agama. Kita sudah semakin jauh dari agama.

    Saya suka dengan ayat kamu yang ini:

    "alasannya, "anak saya tidak boleh ditegur". sudah hilangkah hak ibu bapa terhadap anak2, hingga dibiarkan sebegitu rupa?"

    Iya, termasuk pakcik makcik saya sendiri. Mereka sudah takut kepada anak. Masya Allah. Petanda akhir zaman kah itu?

    Kita perlu muhasabah diri. Post saya malam ini (Jumaat 05032010) berbentuk muhasabah. Mohon komen ya Kak Sya.

    Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi dan kita mendapat pengajaran dan hikmah darinya. Amin.

    Terima kasih Kak Sya;-)

    BalasPadam
  9. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Sekadar ikhtiar saya bang. Saya mencari jalan untuk bagaimana saya perlu mendepani realiti di sekeliling saya.

    Eh, pendapat Bang Zul bagaimana pula?

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  10. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Iya saya sangat setuju dengan Sahrom. Masyarakat kita sudah hilang nilai peduli. Jika dulu, sekampung boleh dianggap bagai sebuah keluarga besar. Jika anak seorang ini buat benda bahaya, orang lain akan tegur. Ibu bapa yang anaknya ditegur tidak kecil hati malah berterima kasih dengan teguran itu. Berbeza sekarang. Silap kita kena tumbuk dengan ayah budak yang kita tegur.

    Saya suka cadangan Sahrom yang ini:

    "jika kita segan menegur, kita bole buat laporan ke JKKK Masjid / surau agar serbuan dpt dilakukan". Sepatutnya begitu yang menjadi amalan kita.

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  11. Abd Razak:

    Salam Abd Razak.

    Auk, memang kes tuk patut kita ketengahkan. Bukan untuk saling salah menyalahkan. Saya mengganggap kes tuk sebagai peringatan kepada kita. Agar kita lebih ada semangat amar ma'ruf nahi mungkar.

    Kes Syafia tuk asbabnya ajak. Yang sebenarnya ya Tuhan nak nunjuk ngan kita. Kita ari tok dah sik berapa peduli lagik perbuatan dosa orang sekeliling kita.

    Menar, kes lain patut dapat perhatian sewajarnya juak.

    Terima kasih Abd Razak;-)

    BalasPadam
  12. Wanita Itu:

    Salam Wanita Itu.

    Iye bener. Asas kekeluargaan dan kemasayarakatan yang goyah adalah puncanya. Sekarang kita kena fikir bagaimana untuk memperbaikinya pula.

    Terima kasih Wanita Itu;-)

    BalasPadam