08/03/2010

Apa nak tulis malam ni ya? (Tips Menjadi Daily Blogger)


Apa nak tulis malam ni ya?
(Tips Menjadi Daily Blogger)





Apa nak tulis malam ni ya?

Apa nak tulis malam ni ya? Itulah soalan yang kadang-kadang mencabar saya. Sebenarnya, itulah cabaran untuk menjadi seorang daily blogger.

Daily blogger bermaksud seorang blogger yang menulis setiap hari di blognya. Menjadi daily blogger ini banyak kelebihannya. Namun, untuk menjadi blogger jenis ini juga banyak cabarannya. Antara cabarannya ialah seperti tajuk post ini iaitu 'apa nak tulis malam ini ya?'.

Anda boleh KLIK SINI untuk mengetahui 10 Kelebihan Menjadi Daily Blogger.

Pada malam ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips dan amalan saya sebagai seorang daily blogger.

Saya juga ingin mendapatkan tips dan nasihat daripada anda tentang ini.


7 TIPS MENJADI DAILY BLOGGER:
PERTAMA:

Tetapkan masa yang perlu kita luangkan untuk daily blog kita. Ini penting agar tugas dan tanggungjawab kita yang lain tidak terabai dan terganggu. 2 jam sehari adalah cukup untuk sebuah daily blog. Kemudian bahagikan 2 jam itu kepada blok/ period yang lebih kecil. Tetapkan berapa minit untuk menulis post, berapa jarak tempoh untuk memantau blog, dan masa untuk berkomunikasi dengan pelawat dan pembaca blog.

Masa untuk promosi dan publisiti blog juga perlu disediakan. Untuk promosi dan publisiti, tidak perlu setiap hari. Mungkin 2-3 kali seminggu adalah mencukupi.

Apa yang penting, setiap hari daily blogger perlu memberi perhatian dan keutamaan kepada menulis post dan menjawab komen, email dan mesej dari pembaca.

Saya sendiri tidak setiap hari dapat meluangkan masa selama 2 jam untuk blog ini. Ada masa saya hanya dapat meluangkan tidak lebih 30 minit. Hanya untuk menerbitkan post untuk hari itu. sepanjang hari, memang saya akan selalu memantau blog ini untuk mendelete mesej dan komen spam. Cuma, kerana halangan masa atau saya berada di luar, masa untuk memantau jadi terhad.


KEDUA:
Tahu kesesuaian. Daily blogger perlu tahu kesesuaian jenis post yang hendak diterbitkan pada hari tertentu atau tarikh tertentu. 




Secara mudahnya ada 10 jenis post yang perlu ditulis di untuk sebuah blog:

1. Post berbentuk 'How To'.

2. Post berbentuk definisi (penerangan).

3. Isu semasa, teori dan pendapat.

4. Post yang berciri 'viral marketing'.

5. Post berbentuk senarai.

6. Post berbentuk teknikal (tutorial).

7. Post yang santai (seperti kisah lucu, teka-teki, review buku/ drama/ filem).

8. Post berbentuk catatan peribadi (yang perlu ada moral, isu, atau apa-apa yang bermanfaat kepada pembaca).

9. Post berbentuk motivasi.

10. Post yang membuka perbincangan dengan pembaca.



Daily blogger perlu pandai memilih jenis post untuk disiarkan pada hari tertentu. Ini sangat berkaitan dengan gaya dan jenis pembaca blog kita. Ada pembaca yang membuka dan membaca daily blog kita setiap hari, maka kita perlu menghargai pembaca jenis ini dengan memberi apa yang sesuai dan baik untuk mereka.

Namun, adalah realiti bahawa tidak akan ada orang yang tegar membuka blog kita setiap hari, sekalipun kita adalah pro-blogger. Justeru, kita perlu peka kepada masa. Masa bila pembaca setia ramai di blog kita dan pada masa bila pula mereka berehat dari membaca blog kita.

Pada hari blog dibaca oleh ramai pembaca rutin, post yang sesuai dengan selera pembacaan dan keperluan majoriti pembaca perlu ditulis. Pada masa tertentu apabila sesuatu isu sedang hangat, post berkaitan isu tersebut perlu ditulis. Pada tempoh blog kurang dibaca, post yang bertujuan SEO perlu diterbitkan.

Insya Allah, pada kesempatan lain saya akan menulis khusus tentang topik ini.

KETIGA:

Pelbagaikan jenis artikel dan pelbagaikan teknik penulisan. Ini untuk mengelakkan daily blog kita menjadi kaku dan tidak menarik. Bayangkan jika setiap hari hanya ada post tutorial sahaja, tentu pembaca menjadi bosan. Jika tidak pun mereka akan membaca tutorial tersebut apabila perlu nanti.

Banyak jenis artikel yang boleh ditulis. Banyak juga teknik penulisan yang boleh digunakan. Tidak salah membincangkan satu topik sehingga beberapa hari, cuma jenis dan teknik perlu dipelbagaikan.



Contohnya, semasa saya menonton filem dan membaca novel Ketika Cinta Bertasbih. Beberapa post di blog ini saya tulis berkaitan Ketika Cinta Bertasbih. Saya mencuba untuk mempelbagaikan jenis dan teknik penulisan saya. Anda boleh semak post-post di bawah yang berkaitan dengan Ketika Cinta Bertasbih:

1. Part Paling Sedih Dalam Ketika Cinta Bertasbih

2. Puisi Ketika Cinta Bertasbih (Calon Isteri pilihan saya..)


KEEMPAT:

Hargai pembaca sedia ada dengan memberikan post yang memenuhi selera dan keperluan mereka. Namun jangan lupa mengisi blog dengan post untuk tujuan SEO dan mendapatkan pembaca baru. Ini menuntut kreativiti.



Tips keempat ini berkaitan dengan tips kedua di atas. Pembaca rutin perlu dikenali oleh blogger. Ringkasnya, pembaca rutin ini ada 2 JENIS:


1. Rajin meninggalkan komen.

2. Peminat rahsia (silent reader).




Bagaimana mengenali pembaca di daily blog kita? Caranya mudah sahaja. Ia berkaitan dengan apa yang kita letakkan di sidebar blog kita. Berikut adalah tools yang saya gunakan untuk mengenali pembaca saya:


1. MyBlogLog.

2. Kotak mesej.

3. Top commentetors.

4. Sitemeter.

Saya perlu menulis satu post khas untuk membincangkan keempat-empat tools di atas. Insya Allah, saya mencuba menulis itu di kesempatan yang lain.

KELIMA:

Bersedia dengan stok artikel. Seorang daily blogger perlu ada simpanan/ stok artikel yang boleh diterbitkan pada bila-bila masa. Ini sebagai persediaan pada masa kita kurang sihat, kesuntukan masa, ada masalah peribadi, talian internet yang terganggu, jiwa kacau, mood tidak ada dan lain sebagainya.

Apa yang saya beritahu ini adalah cara saya:

1. Jangan sia-siakan masa kita dalam mood idea mencurah. Pada waktu begini, sekali duduk dalam masa dua jam, kadang-kadang saya boleh menulis untuk empat post. Apa yang saya lakukan ialah tulis, tulis dan tulis sampai saya perlu berhenti. Berhenti sama ada sudah cukup masa untuk tanggungjawb lain atau berhenti kerana kehabisan mood dan tenaga. Simpan artikel tersebut. Nanti bila-bila masa boleh diedit dan diterbitkan.

2. Semasa membaca suratkhabar, majalah, atau blog orang lain. Catatkan apa yang menarik yang kita temui. Simpan dalam bentuk notepad. Nanti bila nak terbitkan, tinggal menambah pendapat kita sendiri sahaja atau mengulas tentang apa yang kita baca itu.

3. Jika saya membaca buku/ novel atau menonton filem/ drama yang sudah 'outdated', saya akan menulis tentang itu. Namun, saya tidak akan tergesa-gesa menerbitkannya. Kerana ia sudah 'outdated' jadi kurang nilai SEO. Apa yang saya lakukan ialah, saya akan menulis review tentang buku, novel, drama dan filem itu. Juga mengumpulkan beberapa video dan maklumat berkaitan.

Contoh, saya terlambat menonton New Moon Twillight. Saya tetap menulis tentang itu. Bila saya menontonnya dan apa pendapat saya tentangnya. Saya tidak tergesa-gesa untuk menerbitkan post tentang ini kerana ia kurang nilai SEO dan kurang menarik minat pembaca setia kerana ia sudah lapuk. Nanti, akan ada masanya tulisan saya tentang ini perlu diterbitkan. Contohnya, tiba-tiba saya terbaca di suratkhabar tentang 'kisah panas' tentang pelakon yang membintangi filem ini, maka pada masa itu saya akan menerbitkan post yang telah saya tulis. Jadi, ia tetap relevan dengan selera pembaca dan tetap ada nilai SEO.

Anda perhatikan contoh terdekat, saya ada menulis tentang Ketika Cinta Bertasbih, Laskar Pelangi dan Tarikh Luput Cinta. Walaupun karya-karya itu sudah lama, tapi saya menerbitkan post itu pada masa orang kembali membicarakan tentang itu.

4. Bersedia dengan bahan berlesen PLR. PLR bermaksud Private Label Right. Bahan PLR ialah bahan informasi yang ditulis oleh orang lain tetapi kita mendapat hak untuk membuat apa sahaja kepada bahan itu dan menamakan kita sebagai penulis bahan itu. Ini sah dari segi undang-undang. Namun, syarat utamanya ialah ia perlu diubah dan diedit. Dalam simpanan saya ada ribuan bahan jenis ini dalam bahasa Inggeris. (Ada siapa mahu beli? ;D)

KEENAM:

Disiplin diri. Seorang daily blogger adalah seorang yang disiplin. Tidak ada daily blogger tanpa disiplin. Disiplin pertama ialah untuk menerbitkan satu post sehari. Dengan kemudahan 'schedule' untuk menerbitkan post, ia sangat membantu. Diulangi, daily blogger adalah berdisiplin. Atau paling tidak pun boleh menunjukkan bahawa daily blognya berdisiplin.

Untuk menerbitkan post setiap hari bukan suatu yang susah. Namun, untuk menerbitkan  post yang melepasi piawaian minimum kualiti adalah cabaran sebenar. Boleh sahaja anda hanya menerbitkan gambar-gambar yang digoogle atau rangkaian video yang di'embed' dari YouTube. Namun, itu sahaja tidak melepasi tahap minumum piawaian blog yang baik. Paling koman pun (kata bahasa orang muda), tambahlah sedikit perisa tambahan sama ada pendapat peribadi atau jika susah juga, carilah pendapat orang lain.

Cara mudah saya untuk mendisiplinkan diri dengan blog ini adalah kerana menulis dan menguruskan blog ini sudah menjadi 'tabiat' kepada saya. Jadi saya tidak pernah rasa tertekan dan rasa blog ini menuntut disiplin kerana ia sudah jadi tabiat. Namun tabiat ini perlu dipupuk pada mulanya dan ia perlu sentiasa dijaga.

Satu perasaan yang sangat penting untuk disiplin ini ialah 'keterujaan' dan rasa tidak pernah jemu dengan blog. sebab itu, ada masa saya mengurangkan masa untuk blog ini. Kadang-kadang ada hari saya hanya menjengok blog ini selepas 36 jam atau saya tinggalkan blog ini selama dua hari (dengan post automatik).

KETUJUH:

Kemampuan mengawal mood. Sebagai manusia, tidak setiap masa kita memiliki mood yang baik. Ada masanya mood kita turun dan terganggu. Bahaya menulis dan menerbitkan post dalam keadaan jiwa kacau jika tidak pandai mengawal dan membawa diri.

Beberapa contoh di bawah adalah post blog ini yang saya tulis dalam keadaan mood yang tidak baik:
1. JIWA KACAU dan Cara Menghadapinya (Post ini ditulis semasa jiwa saya sedang kacau;D).

2. Kisah Resipi KFC, Rusa dan Senapang. (Post ini ditulis semasa saya ada masalah dengan orang lain yang tidak dapat menerima idea dan pendapat saya).

Beberapa contoh ini pula adalah post yang saya tulis ketika saya kurang sihat:
1. Seminggu sudah berlalu.. (Post ini ditulis dalam masa 20 minit dengan keadaan saya yang sakit kepala dan kurang sihat).

Beberapa contoh di bawah pula adalah post yang saya tulis dalam hari yang sibuk dan kesuntukan masa:

1. Luahan Kaum Ibu Tentang Valentine's Day.

2. Bangau masih kurus.

3. Harum Rindu Kepadamu (Puisi ini saya tulis dalam masa 20 minit).



Inilah serba sedikit tentang cara saya menulis blog ini setiap hari. Dalam kata lain, sedikit amalan saya sebagai Daily Blogger.

Melalui post ini juga saya ingin mendapatkan cadangan dan tips daripada anda. Silakan berkongsi cara dan tips sesama kita di sini;-)




20 ulasan:

  1. SubhanALLAH
    very inspiring
    very good guidance
    ana sudah tak tahu mahu kata apa
    memamgentry terbaik sepanjang pengalaman saya membaca blog

    p/s :tangan rasa 'gatai' nak copy paste dan print dan tampal supaya hari2 ingt.....mohon izin yaa ustaz...

    BalasPadam
  2. salam ustaz, tks 4 sharing, insya Allah banyak manfaatnya, terutama utk saya yg selalu pasang surut time menulis

    BalasPadam
  3. Salam ustaz. Info yang sangat berguna! Setakat ni saya tulis ikut suka saya je walaupun macam syok sendiri dan tak ada variety. Saya tak kisah sangat.

    BalasPadam
  4. Ustaz

    akak mai sedap hati saja update blog....
    dah tu ikut sedap mulut saja bahasanya

    ahaks...kadang2 taip tak baca pun..lagi haru....

    BalasPadam
  5. salam ustaz..
    very good info..terbaikk..
    tahniah dah berjaya buat layout pada ruang komen ini..nampak menarik dan mudah pengguna..

    BalasPadam
  6. ustaz, kdg2 idea utk menulis nie ndtg secara tiba2..biasanya waktu memandu idea akan datang krn kiter lebih santai ketika itu.disarankan juga tulis mengenai sesuatu tempat dan penerangannya agar msykt bole tau

    BalasPadam
  7. tak sangka ustaz tulis entri kisah resipi KFC, rusa dan senapang tu masa dlm keadaan mood tidak baik. entri tu masih entri yg baik walaupun penulisnya sdg beremosi.

    BalasPadam
  8. cW:

    Salam Ibu Kaythar.

    Alhamdulillah. Segala puji kembali kepada Allah.

    p/S: Silakan Ibu Kauthar. Bukankah ilmu adalah sahama akhirat maka perlu disebar dan dikongsi;-)

    Terima kasih CikWa;-)

    BalasPadam
  9. Rosnanie:

    Salam Kak Rosnanie.

    Alhamdulillah. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

    Teringat lagu kanak-kanak. 'Air pasang pagi surut pukul lima..".

    P/s:Pertama komen di sini ya? Komen lagi ya;-)

    Terima kasih Kak Rosnanie;-)

    BalasPadam
  10. Aida Ali:

    Salam Kak Aida.

    Syukurlah jika ada manfaatnya post ini. Takpa syok sendiri asalkan itu baik untuk kita. Apa yang penting kita suka dan puas dengan apa yang kita lakukan. Itulah yang saya maksudkan dengan 'keterujaan' di atas tu.

    Ps: Kak Aida baru datang ke sini kan? Datang lagi ya;-)

    Terima kasih Kak Aida;-)

    BalasPadam
  11. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Setiap orang ada gaya sendiri kak. Tapi, menarik tulisan kak Fid eh. Ada aura;-)

    Janji kita senang dengan blog kita kan Kak Fid. Insya Allah pembaca akan senang membaca blog yang ditulis dari hati..

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  12. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Alhamdulillah. Template komen ni memudahkan saya untuk reply komen. Sebab setiap komen ada ruang sendiri.

    Terima kasih Bang Zul yang beritahu saya tentang template komen ni.

    BalasPadam
  13. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Iya bener tu. Masa produktif kita ni kadang tak tentu masa. Kadang-kadang walau badan letih masa tu lah ada idea.

    Saya ingat lagi tips dari Sahrom dulu. Nama tempat baik untuk SEO. Hari ini ada tips baru lagi dari Sahrom. Menulis tentang tempat.

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  14. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Alhamdulillah. Segala puji kembali kepada Allah.

    Begitulah cara saya mengawal diri kak. Saya tidak mahu menegakkan benang basah dengan orang tu, jadi saya cuba pujuk diri dengan tulis post itu. Alhamdulillah, lepas menulis itu, hati jadi tenang.

    Syukur. Bayangkan jika saya melawan dan bergaduh dengan orang itu, bukan kah tidak baik. Mujur saya boleh menulis untuk mengawal diri sendiri daripada bergaduh.

    Terima kasih Kak Nuradyani;-)

    BalasPadam
  15. assalamualaikum..ustaz..dah baca..tapi susah juga nak ikut..nak tulis setiap hari

    BalasPadam
  16. Erna:

    Wa'alaikumsalam wrb Erna.

    Terima kasih Erna sudi baca. Takpa, tak semestinya semua blogger perlu tulis setiap hari.

    Erna pertama kali datang sini kan? Datang lagi ya;-)

    Terima kasih Erna;-)

    BalasPadam
  17. suka baca posting ni. jadi bersemangat. saya mmg cuba utk jadi daily blogger dan geram bila miss 1-2 hari! ;)

    saya pun bila ade idea tu, tulis, tulis dan tulis smpai simpan 4-5 posting. rasa lega dan seronok sbb kuota diisi utk minggu tu :)

    BalasPadam
  18. Syigim:

    Salam Syigim.

    Alhamdulillah. Saya pun ada juga miss sehari dua tapi saya qadha balik la, hehe.

    Ha'ah. Kita termasuk sama style. Jarang saya menulis dan terus terbitkan.. Mesti diperam dahulu beberapa jam.

    Terima kasih Syigim;-)

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum,
    Bukan senang ye nak jadi daily blogger.
    Saya sendiri pun tak mampu untuk update blog
    setiap hari.

    Salute kpd daily blogger la :)

    BalasPadam
  20. Mantra:

    Wa'alaikumsalam wrb, Mantra.

    Iya, mencabar tapi seronok dan bermanfaat Insya Allah. Takpa, pro-blogger pun ramai yang bukan daily blogger kan.

    Terima kasih Mantra;-)

    BalasPadam