10 Kelebihan Menjadi Daily Blogger:
1. Enjin carian seperti Google 'suka' kepada blog yang 'hidup' dan 'aktif'.
Enjin pencari seperti Google suka kepada laman web yang dikemaskini selalu. Itu menandakan web itu aktif dan hidup. Blog adalah laman web yang mudah untuk dikemaskini selalu. Itulah kelebihan blog yang perlu kita ambil. Kita lihat contoh mudah. Jika kita membuat carian di enjin pencari seperti Google, kita mudah diberi jawapan dengan blog, laman web akhbar online dan forum.
Mengapa Google memberi kelebihan kepada blog, laman akhbar online dan forum? Jawapan mudah dan ringkasnya ialah kerana tiga laman web itu selalu dikemaskini dan ditambah dengan bahan yang baru.
2. Promosi berulang-ulang.
Ini berkaitan dengan kemudahan 'Follower' dan 'RSS'. Jika blog anda selalu dikemaskini, follower dan pelanggan RSS anda akan selalu mendapat makluman daripada blog anda. Setidak-tidaknya, daripada tujuh makluman ada dua tiga makluman yang akan menarik pembaca ke blog anda.
Tidak dinafikan, jika blog anda dikemaskini setiap hari dengan bahan yang baik dan menarik, ada pembaca yang membaca blog anda setiap hari. Lama-kelamaan, membuka dan membaca blog anda menjadi rutin kepada mereka.
3. Blog lebih cepat membesar.
Salah satu ciri penting yang membuatkan blog popular ialah kerana ia cepat membesar. Bayangkan jika sehari anda menulis satu post, dalam masa tiga bulan blog anda sudah memiliki 100 post. Daripada sekian banyak post dalam blog kita; pasti ada post yang menjadi kegemaran pembaca, ada post yang menjadi kegemaran enjin pencari atau kegemaran kedua-duanya.
Semakin banyak post dalam blog bermakna blog menjadi semakin besar. Semakin besar sebuah blog adalah semakin baik.
4. Blog menjadi terkini.
Jika kita mengisi blog kita dengan topik terkini atau topik lapuk tetapi tiba-tiba mendapat perhatian semasa, blog kita menjadi lebih terkini. Ini menarik perhatian pembaca sedia ada dan menarik trafik daripada enjin pencari.
Boleh jadi juga, jika anda menulis tentang isu terkini, blogger lain akan link ke post anda itu. Contohnya, jika anda menulis tentang penderaan kanak-kanak di blog anda. Ada blogger lain ingin menulis tentang yang sama dan menggunakan blog anda sebagai rujukan. Kemudian dia link ke post anda dalam postnya.
5. Pembinaan link dalam blog.
Enjin carian suka dengan blog yang ada jaringan di dalamnya. Ini juga baik untuk SEO.
Jika anda Seorang daily blogger, anda perlu menulis juga artikel bersiri. Mengapa? Ini untuk memudahkan pembaca. Pembaca tidak perlu membaca sebuah post yang panjang sebaliknya hanya membaca satu bahagian sehari. Juga, pembaca tidak perlu menunggu lama untuk sambungan cerita di blog anda.
Mengapa post bersiri adalah baik untuk pembinaan link? Ini kerana, jika anda menulis post bersiri, anda perlu memaklumkan pembaca tentang siri yang lepas dan siri yang akan datang. Anda link dari post itu ke post sebelumnya. Ini menjadi rangkaian link dalam blog anda. Blog yang memiliki rangkaian link adalah satu ciri yang baik.
Perkara nombor 5 ini juga berkaitan dengan perkara nombor empat di atas.
6. Menarik pelawat berulang.
Ini berkaitan dengan kelebihan nombor 2 di atas. Namun, pelawat berulang ini sangat bergantung kepada isi sesebuah blog. Inilah cabaran setiap blogger lebih-lebih lagi sebagai daily blogger. Bagaimana untuk memastikan penulisan di blog dapat menarik pembaca berulang? Saya sendiri masih mengkaji dan belajar tentang ini.
Jika kita pandai mengesan post yang mendapt sambutan, juga pandai mengkaji jenis pembaca dan pelawat blog kita, Insya Allah, kelebihan nombor 6 ini bakal menjadi milik kita. Saya masih mempelajari tentang ini.
7. Menarik pelawat baru.
Blog yang selalu dikemaskini memiliki peluang besar untuk mendapat pelawat baru. Apa yang penting, adalah proses mengisi blog denga bahan yang baik, bermutu dan bermanfaat. Teknik SEO juga adalah menjadi keutamaan.
Jangan hanya memberi tumpuan kepada pelawat dan pembaca sedia ada. Blogger juga patut memikirkan pelawat baru. Namun, jangan pula untuk menarik pelawat baru, kita mengubah penulisan kita sehingga pembaca sedia ada meninggalkan blog kita.
Apa yang saya perhatikan di blog ini, lebih 50% adalah trafik yang datang dari luar seperti enjin pencari, komen yang saya tinggalkan di blog lain dan link saya di blog lain. Malah, setiap hari, ada trafik yang datang dari post yang telah lama diterbitkan. Kemudian mereka membaca post terkini dan menjadi pembaca senyap dan pelawat rutin.
8. Latihan menulis.
Menulis adalah satu kemahiran yang perlu dilatih. Semakin kerap kita menulis, semakin baik kemahiran menulis kita, Insya Allah. Ingat kata pepatah, parang yang tidak digunakan akan tumpul dan berkarat. Sebaliknya parang yang selalu digunakan akan menjadi semakin tajam dan berkilat.
Apa-apa kemahiran juga memerlukan amalan berulang-ulang dan berterusan. Amalan berulang menjadikan kita lebih mahir. Ia juga berkaitan dengan sel otak. Aktiviti menulis adalah baik untuk menjalinkan sel-sel otak. Ingat iklan susu itu? Lebih banyak sel-sel otak berhubung menjadikan seseorang lebih bijak.
9. Mencabar disiplin diri.
Menjadi daily blogger juga adalah baik untuk mencabar disiplin diri kita. Apa yang penting, tetapkan masa satu hari berapa jam untuk digunakan bagi blog. Anda perlu menetapkan ini agar masa anda tidak dicuri oleh daily blog anda. Nanti tugas dan tanggungjawab yang lain pula akan terganggu dan tergendala.
Contoh saya sendiri. Saya menetapkan untuk blog ini tidak boleh lebih daripada 2 jam sehari. Saya bahagikan masa 2 jam itu untuk aktiviti menulis (biasanya pada waktu produktif dan waktu santai saya menulis atau merangka post untuk blog ini). Malam saya akan terbitkan post. Ini mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit (untuk menyusun rupa, meletakkan gambar atau video. Untuk ini, saya sediakan template post saya sendiri agar lebih mudah). Saya juga menyediakan masa untuk membalas komen, mesej dan email yang diterima blog ini. Juga perlu masa berkunjung balas ke blog pelawat yang meninggalkan jejak. Ada masa untuk menulis komen di blog pelawat yang memberi komen di blog ini.
Semuanya tidak lebih 2 jam sehari. Namun adakalanya, seperti hujung minggu saya meluangkan masa agak lebih.
10. Meningkatkan kredibiliti.
Dapat menerbitkan post yang baik setiap hari adalah satu kelebihan. Ini mempercepatkan proses membina hubungan antara blogger dan pembaca. selain itu, dengan adanya post baru setiap hari di blog kita, pembaca semakin percaya kepada kita. Ini kerana pembaca melihat kita sebagai seorang yang disiplin dan serius terhadap blog tersebut. Jika kita serius dengan blog kita, pelawat akan dapat merasa 'aura' kesungguhan' kita.
Kredibiliti tidak dibina dalam masa sehari semalam. Ia juga bergantung dengan apa yang kita tulis dan bagaimana kita menulisnya. Untuk ini, daily blogger juga perlu peka kepada hari, tarikh dan masa. Kemampuan untuk menerbitkan post yang sesuai mengikut hari adalah perlu.
Salah satu cara saya berkaitan ini ialah, saya menulis post yang agak santai, artikel tutorial dan memberi tips pada hujung minggu dan waktu cuti. Ini untuk menarik trafik dari enjin pencari. Ini kerana pada hari cuti, kebiasaannya pembaca rutin juga bercuti dari membaca blog ini. Maka masa cuti adalah sesuai untuk saya menerbitkan post yang mungkin tidak memenuhi selera pembaca rutin.
Very well said
BalasPadaminfo sungguh bernas dan berisi
bagi saya, hari ini sya menjadi seorang daily blogger untuk point 8 dan 9 kerana saya sangat lemah dalam penulisan dan kurang berdisiplin jika takde jadual.jadi dengan menjadikan blogging sebagai satu rutin/daily obligation, saya sedang mempertingkatkan kedua2 kemahiran(no8 dan 9 itu)
tq for this very much inspiring writings!
jazakallah khairan kathira
salam,
BalasPadamsaya kadang-kadang je daily blogger.. hehe..
seboleh-bolehnya mahu ada entry setiap hari, tapi, ada masanya, kesibukan membataskan.
sebenarnya, saya sangat suka mengikut blog yagn ditulis setiap hari. sebab, bila saya mula tersangkut, saya akan datang setiap hari, dan bila tiada entry, saya akan frust dan mula kurang mengunjungi blog tersebut.. hehehe...
apa2 pun, saya suka blog ustaz.. harap, tulis hari2 ye ustaz.. :P
Ustaz
BalasPadamkalau tulis ikut hati macam ahkak ni mcm mana pula kaedahnya?
kihkih
cW:
BalasPadamSalam Puan Salwa.
Alhamdulillah. Syukur jika post ini adalah bermanfaat dan berisi;-)
Iya, kemahiran dan disiplin perlu dilatih. Secara mudahnya, untuk melatih diri, perlu konsisten dalam sekurang-kurangnya sebulan. Lepas itu, amalan itu akan jadi tabiat.
Macam saya sendiri rasa, macam mana sekalipun, mesti akan buat satu post di blog ini. Kadang-kadang, dalam keadaan kurang sihat dapat tulis satu post dalam masa 15 minit sahaja. Betullah kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
Good luck and all the best Puan Sal.
Terima kasih Puan Salwa;-)
sya:
BalasPadamSalam Kak Sya.
Iya, masa adalah cabaran kita. Saya pun bukan setiap hari dapat luangkan masa 2 jam untuk blog ini. Kadang-kadang hanya 30 minit sahaja saya dapat beri untuk blog ini.
Cara saya, simpan stok post. Stok artikel berguna pada masa kita kurang sihat atau kurang masa.
Fakta dari Kak Sya tentang kelebihan daily blogger:
"sebenarnya, saya sangat suka mengikut blog yagn ditulis setiap hari. sebab, bila saya mula tersangkut, saya akan datang setiap hari, dan bila tiada entry, saya akan frust dan mula kurang mengunjungi blog tersebut."
Terima kasih Kak Sya;-)
Fid:
BalasPadamSalam Kak Fid.
Kak Fid kita ni lagi hebat, satu hari sampai ada 3 entry. Cayalah Kak Fid;-)
Iya, pembaca dapat rasa kejujuran penulisan kita. Macam blog Kak Fid. Ada aura sebab akak tulis dari hati. From the heart kata bahasa kampung moyang saya;-)
PS: Saya jenguk setiap hari blog yuitsumuni.com kamu itu kak fid;D
Terima kasih Kak Fid;-)
ustaz
BalasPadamsekyu sekyu
senkyu tu loghat org kampung jaman jepun hahahahaha
Thank you!
kadang kadang orang jepun tulis 39-sankyu
san-3
kyu-9
hihihihi
sekyu tu apa maksud dia kak? Sama dengan dielek kampung saya thank you tu ke?
BalasPadamSaya nak belajar jepun jugak ni nanti;-)
info yang bagus, akan saya praktikkan.
BalasPadamThks ustaz
CikLilyPutih:
BalasPadamSalam Cik Lily.
Alhamdulillah, syukur jika perkongsian ini bermanfaat.
Cik Lily pertama kali datang sini ke? Datang lagi ya;-)
Terima kasih Cik Lily;-)
assalamualaikum.alhamdulillah.bagus sgt entry ni.byk manfaatnya,saya seorg blogger juga.boleh je follow blog rabiahtul adawiyah.
BalasPadam