13/03/2010

Simpan RM500, tinggal RM2


Simpan RM500, tinggal RM2






Seorang pengawal keselamatan (Mohd. Sukri Hussein, 37) terkejut apabila mendapati jumlah wang simpanan dalam akaun bank yang sepatutnya berbaki RM500 hanya tinggal RM2 baru-baru ini. Kejadian disedari ketika dia ingin mengeluarkan wang menerusi juruwang automatik (ATM) di sebuah cawangan bank itu di Taman Maluri, Cheras, kelmarin.

Tiga hari sebelum itu, mangsa mendakwa dia telah memasukkan wang tunai berjumlah RM500 iaitu sebahagian daripada duit gajinya ke dalam akaun menerusi mesin deposit di cawangan bank yang sama.

Selepas menyedari kehilangan wang simpanannya, dia segera membuat laporan rasmi kepada pegawai bank wanita di pejabat bank itu di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

"Selepas dibuat semakan, pegawai itu memaklumkan bahawa wang saya telah dikeluarkan menerusi transaksi perbankan internet. Malangnya, pihak bank tidak dapat mengenal pasti ke mana dan oleh siapa wang itu disalurkan"

"Saya hairan mengapa wang simpanan saya boleh hilang sedangkan saya tidak pernah mengaktifkan atau memiliki akaun perbankan internet"

Lebih mengecewakan Mohd. sukri, pegawai bank itu turut mengaku bahawa ini bukan insiden pertama dan pernah berlaku beberapa kes hampir sama sebelum ini.

"Pegawai bank itu juga memberitahu saya bahawa wang simpanan saya tidak dapat dikembalikan dan mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa"

"Saya amat marah kerana pihak bank seolah-olah lepas tangan. Walaupun hanya RM500, tetapi wang itu adalah hasil titik peluh dan rezeki halal dan ia lesap begitu sahaja".

UTUSAN MALAYSIA - Khamis 11 Mac 2010/ muka 14



Begitulah yang saya baca dalam akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu. Saya tidak terkejut membaca kisah ini, cuma saya kasihan kepada mangsa. Namun, yang mengejutkan saya ialah kenyataan pihak bank tersebut yang sangat mengecewakan.

Kenyataan pegawai bank tersebut perlu diambil berat oleh kita. Berita ini membuatkan saya bertambah yakin dengan langkah keselamatan yang saya amalkan selama ini. Iaitu, saya tidak menyimpan wang yang banyak dalam akaun bank yang menyediakan perbankan online. Terutama akaun yang saya selalu gunakan untuk urusan perbankan internet.

Perhatikan kenyataan mangsa tentang jawapan pegawai bank dalam berita di atas:

"Pegawai bank itu juga memberitahu saya bahawa wang simpanan saya tidak dapat dikembalikan dan mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa"

Bayangkanlah jika penjenayah tersebut juga membaca akhbar yang sama. Agaknya, apa pula yang penjenayah itu rasakan ek? Saya pasti penjenayah yang bertanggungjawab akan merasa lega dan selamat. Juga mereka mendapat 'kemenangan'. Mereka tidak akan takut untuk meneruskan jenayah ini lagi. Iyalah, sudah 'pihak bank tidak dapat buat apa-apa'.

Suka saya mengingatkan diri saya dan saudara semua, pegawai bank dalam berita di atas juga mengaku bahawa ini bukan kes pertama.

10 ulasan:

  1. Salam... perkara ini tidak seharusnya dibiarkan. Saya rasa hairan bila disebutkan pihak bank tidak dapat mengesan dari mana dan ke maan wang itu pergi! Sedangkan dalam perbankan online - untuk menyalurkan memerlukan proses dan turut dicatatkan segala maklumat transaksi yang dijalankan... Pihak bank tersebut memang tidak bertanggungjawab!

    * kalau tidak simpan di bank... kita nak simpan di mana lagi? Di rumah? sudah pasti membahayakan sebab akan dirompak pula!

    BalasPadam
  2. It happened to my security guard neighbour too - on his payday.
    His whole month salary was gone when he wanted to draw some RM for his family - and it happenend at the bank where he guarded.
    The bank's reply: "We cannot do anything (though he sensed it's the staff job).
    He had since left the job & now a taxi driver.

    BalasPadam
  3. ustaz, jgn letak akaun di perbankan internet melebihi RM 300.00..BAHAYA..klu lebih pun, pastikan transaksi cepat dilakukan cth utk bayor krete ke uma ke insuran ke..
    p/s : simpanlah di Tabung Haji..pasti selamat..

    BalasPadam
  4. suami akk pun hampir2 hilang duit elaun pengajian 2 mg lps. nasib baik suami ambik tindakan segera dgn menelefon bank tersebut. betullah, kalau tak simpan kat bank. kat mana kita nak simpan?

    BalasPadam
  5. umi_e:

    Salam Kak Umi.

    Saya juga sependapat dengan Kak Umi. Sepatutnya pihak bank ada hackers mereka sendiri untuk hadapi masalah begini. Macam perlunya pengawal keselamatan juga.

    Sedangkan kita sendiri nak guna online banking pun nak request code TAC bagai..

    Terima kasih Kak Umi;-)

    BalasPadam
  6. Ummie:

    Salam Kak Hajah Ummie.

    Kesian kan Kak Hajah. Siapa nak ganti gaji sebulan mangsa yang kehilangan RM itu. Sebulan tidak bergaji bagi sesetengah orang adalah musibah yang besar juga.

    "We cannot do anything (though he sensed it's the staff job).

    He had since left the job & now a taxi driver.

    Terima kasih Kak Hajah Ummie;-)

    BalasPadam
  7. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Terima kasih atas saranan Sahrom itu. Iya benar, Tabung Haji antara tempat yang selamat. Selain bulih juga simpan dalam bentuk lain seperti emas kan.

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  8. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Jadi duit tak hilang ke Kak? Alhamdulillah mujur. Sebenarnya, ada lagi bank yang masih selamat. Macam cadangan Sahrom kat atas tu. Tabung haji selamat dan suci.

    Khabar angin yang saya dengar, ada dua tiga nama bank di Malaysia ni memang terkenal dengan kes macam ni. Sampai ada orang syak staff sendiri yang buat.

    Terima kasih Kak Nuradyani;-)

    BalasPadam
  9. salam Ustaz... kes mcm nih pernah terjadi pada kawan saya di sekolah. bayangkan duit gajinya campur dgn simpanan lesap macam tu aje, jumlahnya dlm 4000 lebih... aduhaiiii... kesian sgt. mmg bila dikesan, pengeluaran adlh melalui transaksi internet, dua kali transaksi dibuat.. tapi yg peliknya transaksi dibuat di Indonesia, dan jwpn pihak bank juga sama mcm dlm akhbar tu. tak boleh buat apa2. Peliknya juga sbb kawan saya tu pun x pernah ada login perbankan internet.. kesian sgt.. mmg sampai skrg duit tu lesap mcm tu je. kes ni berlaku dlm thn lepas..

    BalasPadam
  10. Sayang.Ibu:

    Salam Cikgu Intan.

    Itulah, kesiankan. Suka saya berpesan, untuk simpanan kita sebagai Muslim, buat masa ini paling selamat di Tabung Haji rasanya. RM4000 banyak tu.

    Itu kes seorang kawan Intan, berapa banyak lagi kes macam ni kan? Pihak bank patut ambil berat kes macam ni walaupun nilai dia belum cecah juta ringgit lagi.

    Terima kasih Cikgu Intan;-)

    BalasPadam