Khamis, Mac 11, 2010

11 tahun yang lalu...


11 tahun yang lalu...




Saya ingat lagi kira-kira 11 tahun yang lalu iaitu pada 1 April  1999. Pada hari itu, keputusan SPM tahun 1998 diumumkan. Saya masih seorang remaja pada waktu itu, sama seperti adik-adik yang memperoleh keputusan SPM hari ini.

Saya menduduki SPM pada tahun 1998. Tahun 1998 adalah tahun yang 'bermakna' bagi saya kerana itu adalah tahun terakhir saya bergelar pelajar sekolah. Oleh kerana bermaknanya tahun 1998, nombor telefon bimbit saya ialah 01x-xxx 1998.

Selepas peperiksaan SPM, saya bekerja di sebuah stesen minyak jenama SHELL. Tidak lama saya bekerja di stesen minyak, ada sebulan sahaja. Saya mendapat peluang menjadi guru di Madrasah Al-Islamiyyah Darul Ulum (MADU); sebuah sekolah agama rakyat di Bintulu. Menjadi Guru MADU, secara automatik saya menjadi GURU KAFA di SK Orang Kaya Mohammad Bintulu. Sehingga kini, Guru KAFA di SK OKM terdiri daripada guru-guru MADU.

Pada waktu itu, saya mengajar di MADU pada waktu petang jam 2.00 hingga 5.00. Mengajar KAFA pada hari Sabtu jam 7.00 pagi - 12.00 tengah hari. Pada hari Isnin hingga Jumaat pada waktu pagi, saya menjual berger bersama kawan sebaya saya yang sama-sama menunggu keputusan SPM yang bernama Ejam. Kebetulan SK Bintulu yang letaknya betul-betul di depan rumah Ejam baru beroperasi jadi sekolah itu belum ada kantin. Kami mengambil kesempatan itu untuk berniaga berger kepada pelajar sekolah. Kencang juga perniagaan kami pada waktu itu.

Ingat lagi kisah gadis pilihan ibu saya yang bernama S yang pernah saya ceritakan belum berapa lama dahulu? Anda boleh KLIK SINI untuk membacanya jika belum atau lupa. Pada tahun 1999 itu, pada waktu malam saya mengusahakan kelas tuisyen disamping mengajar mengaji juga. Kelas tuisyen itu saya usahakan bersama beberapa orang kawan termasuk S dan abangnya.

Berbalik kepada kisah pada hari saya mengambil keputusan SPM saya lebih kurang 11 tahun yang lalu..

Saya ke sekolah bersama Ejam dan beberapa orang kawan. Dasar anak muda, kami bercuti jual berger hari itu. Mengajar di MADU juga saya minta cuti. Hehe;-)

Saya mendapat Pangkat 1 yang boleh dikira cukup-cukup makan. Sehingga setahun selepas mendapat keputusan SPM, saya masih 'mahu mengumpul duit'. Kemudian saya ke Pusat Latihan Dakwah milik HIKMAH (sebuah NGO Islam di Sarawak) kemudian menuntut dalam Diploma Pengajian Islam dan Dakwah, di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)- sebuah institusi pengajian Islam di milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Alhamdulillah, malam ini saya bersyukur. Sekurang-kurangnya, mengenang kehidupan saya selepas SPM, saya tidak malu dengan diri sendiri dan adik-adik. Saya tidak membuang masa. Saya mengajar dan berjualan berger. Kawan saya Ejam masih mengusahakan sebuah gerai berger kini walaupun dia bekerja di UPM Kampus Bintulu. Saya juga bercadang untuk membuka sebuah gerai berger di tepi rumah. Seperti Ejam dan pak cik saya, gerai itu boleh diamanahkan kepada pekerja. Sekurang-kurangnya boleh membantu memberi peluang pekerjaan kepada saudara-mara atau kenalan yang suka 'berjaga' malam.



Saya mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang mendapat keputusan SPM yang baik dan memuaskan. Semoga keputusan SPM yang baik itu menjadi permulaan kepada yang lebih baik. Semoga adik-adik menjadi individu yang bermanfaat kepada agama pada masa akan datang.

Kepada adik-adik yang mungkin kecewa. Bangkitlah daripada kegagalan menuju kejayaan yang lebih gemilang. Ambillah peperiksaan ulangan. Hanya perlu tunggu setahun lagi.

Kepada adik-adik yang tidak kesah dengan SPM. Jika kamu sememangnya ada faktor yang munasabah untuk itu, silakan. Mungkin keluarga menuntut kamu untuk bekerja. Mungkin hidup kamu tidak sebaik rakan yang lain. Namun, suka saya ingatkan, jangan biarkan hidup kamu terus begitu. Buatlah sesuatu agar kehidupan kamu berubah. Semoga adik-adik kamu dan anak-anak kamu nanti tidak menghadapi masalah yang sama.

Kepada para pendidik dan pihak berkenaan. Semoga tahun ini ada perubahan. Jangan hanya memberi perhatian kepada murid yang berjaya. Perhatian lebih sepatutnya diberi kepada murid yang gagal dan tewas juga. Walau mungkin ada pelajar yang gagal itu memang bermasalah, tapi mereka lah penentu masa depan negara dan umat kita.

Kita perlu buat sesuatu..


16 ulasan:

  1. Ustaz
    tak nak mari semenanjung ke?hehehehehehehehee
    akak SPM96 result 1997 march berapa entah dah lupaaaa

    BalasPadam
  2. salam ustaz, rupa2nyer kita sama. amik peksa spm tahun 1998. lamanya dah tinggalkan alam persekolahan kan...

    BalasPadam
  3. Salam Ustaz..
    nak malu apa meniaga burger..
    nafkah yang halal..jangan lupa 9/10 rezeki
    datangnya dari perniagaan..

    BalasPadam
  4. kitak 98
    kamek 97
    sik kisahlah jual burger
    mun usaha mesti banyak oleh

    BalasPadam
  5. spm hanya satu permulaan utk melangkah ke dunia sebenar slps itu. ramai yg memperolehi keputusan cukup mkn masih boleh berjaya di peringkat universiti. ada yg memperolehi keputusan baik, bila masuk U, mula main2 dan ada yg kecundang. Pokok pangkalnya samada kita nak berputus asa atau mudah berpuas hati dan berhenti berusaha. (pjg pulak ulasan. hehe)

    BalasPadam
  6. ustaz, kiter sebaya..ustaz dpt aggregrat berapa? hehehehe

    BalasPadam
  7. ijad:

    Salam Ijad.

    Menarik?

    Terima kasih Ijad;-)

    BalasPadam
  8. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Nak jika akak ada calon untuk saya;D

    Oh kak Fid SPM 96. Lepas SPM terus gi Jepun ke kak?

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  9. Aidah:

    Salam Aidah.

    Ha'ah kan. Bila kenang balik zaman sekolah, baru terasa saya sudah tua, hehe;D

    Aidah pertama kali datang sini ke? Datang lagi ya;-)

    Terima kasih Aidah;-)

    BalasPadam
  10. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Iye bener. Saya tidak suka dengan anak bangsa kita yang malu berniaga kecil-kecilan. Saya dulu sementara belum ada kerja saya pernah berjualan macam-macam termasuk berjualan Yoyo. Di tepi rumah sahaja pun ada rezeki dari berniaga.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  11. Hida Naza:

    Salam Hida Naza.

    Oh kira kita sebaya lah Hida sebab kamek lahir 80. Auk eh, bisnes berger bapak sedara mek dah ada 3 cawangan. Nya mpun berjual di tepi rumah jak.

    Terima kasih Hida Naza;-)

    BalasPadam
  12. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Saya termasuk golongan yang akak beritahu itulah. Masa diploma saya sudah mula jiwa kacau. Mengejar macam-macam terutama sibuk nak buat duit.

    Lagi panjang ulasan lagi bagus Kak Nur. Ada nilai tambah kepada SEO.

    Terima kasih Kak Nuradyani;-)

    BalasPadam
  13. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Iya kita sebaya tu yang saya malu tu. Sahrom dah ada anak saya ni masih belum lagi, hehe. aggregrat malu lah nak beritahu, memang cukup2 untuk dapat pangkat;D

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  14. 11 years ago, we celebrated our 'Idul Adha & had our 'qurban' in Inner Mongolia, China.
    An eye-opening experience as Islam does not belong to 'Malays Only'.

    BalasPadam
  15. Ummie:

    Salam Kak Hajah Ummie.

    Wah. Very great and sweet memories Kak Hajah. You are glad to have oppurtunity to travel round the world. Travelling is sunnah, im right Kak Hajah?

    Thank You Kak Hajah Ummie;-)

    BalasPadam