Isnin, November 16, 2009

3 Jalan Sabar Seorang Usahawan Muslim (Bahagian 3-Akhir)

Sabar Ketiga Usahawan Muslim:
Sabar Dalam Menerima Hasil


(Ini adalah bahagian terakhir daripada 3 Bahagian post ini. Untuk membaca Bahagian 1 post ini, Sila Klik Sini. Untuk membaca Bahagian 2 post ini, Sila Klik Sini)

Sebagai seorang usahawan muslim kita sepatutnya bersabar dalam menerima hasil; iaitu bersyukur dengan hasil yang dikurniakan Allah terhadap apa yang kita usahakan dan lakukan. Kita tidak boleh lupa semua itu adalah kurniaan Allah. Malah sepatutnya sebagai seorang Islam, kejayaan semakin menambahkan semangat kita untuk berusaha lebih lagi. Seorang usahawan yang  tidak sabar, jika diberi Allah kejayaan, kebahagian dan kekayaan, boleh saja semua itu merosakkan kehidupannya. Usahawan yang tidak sabar mungkin akan berhenti berusaha setelah mendapat  kejayaan.  Juga, usahawan yang tidak sabar terdedah kepada sifat tamak. Sifat tamak boleh merosakkan usahawan sama ada dalam masa yang cepat atau lambat.

Dalam kehidupan di dunia ini. Adakalanya yang terjadi tidak seperti yang kita harapkan. Walaupun ikhtiar dan usaha kita dengan niat yang tepat dan murni. Sungguh-sungguh kita ikhlas dalam apa yang kita lakukan. Kita juga telah melakukan yang terbaik. Tiada apa yang kurang dalam usaha kita, tiada sala silapnya juga tiada cacat celanya. Namun, tidak mustahil hasilnya bukan kejayaan dan kebahagian, tetapi kegagalan dan kekecewaan.

Di sini kesabaran sebenar kita diuji. Orang yang ikhlas dapat menerima hasil dengan sabar. Tidak beroleh kejayaan di dunia kita harus bersangka baik kepada Allah, mungkin kejayaan itu ditangguh Allah ke akhirat. Tidak bahagia di dunia, kita harus percaya bahagia itu disimpan Allah untuk akhirat. Inilah sabar yang hakiki. Sabar menerima hasil. Kita wajib percaya Allah itu Tuhan Yang Maha Adil dan Maha Melihat apa yang dilakukannya.  Tidak semestinya kejayaan dan kebahagiaan itu pada hasil. Kejayaan dan kebahagiaan hakiki ialah semasa bersabar dalam meluruskan niat dan bersabar dalam menyempurnakan ikhtiar.


10 KEPENTINGAN SIFAT SABAR

1.    Sabar menjadi sebab memiliki kemuliaan.
2.    Sabar kunci kemenangan dan kejayaan di dunia dan akhirat.
3.    Sabar adalah Islam dan Iman.
4.    Pahala dan syurga ganjaran untuk orang yang sabar.
5.    Sabar tanda kuat.
6.    Sabar lambang syukur.
7.    Sabar pembuka hikmah.
8.    Sabar penyelesai masalah.
9.    Sabar kunci kebahagiaan.
10.  Sabar makanan jiwa.



KESIMPULAN

Pentingnya kita mendidik diri sendiri dengan sifat sabar. Sesungguhnya usaha mendidik diri sendiri itu tidak ada penghujungnya sehinggalah nyawa berpisah dari badan. Dalam menghadapi cabaran dunia keusahawanan sehari-hari, setiap masa kesabaran kita diuji. Beruntunglah orang yang menyedarinya dan berjaya bersabar dalam menghadapinya. Kesabaran itu bukan hanya diuji oleh kesusahan dan musibah, malah sabar yang berat itu ialah untuk bersabar dalam nikmat dan kemudahan. Perhatikan, sedikit mudah bersabar menahan lapar ketika tidak memiliki wang tetapi amat sukar dan payah untuk bersabar menahan diri daripada berlebihan dan membazir ketika memiliki banyak wang.

RUJUKAN


1.    Aa Gym (Kiai Abdullah Gymnastiar), Rakaman Ceramah- Indahnya Kesabaran, Bandung, Indonesia, Koleksi Peribadi.

2.    Majalah-I, BIL. 76/ Februari 2009, HAKIKAT SABAR, Koleksi Peribadi.

2 ulasan:

  1. rujukan ustaz adalah kiai agym..sy sungguh suka mendengar ceramahnya..begitu berhemah sekali dlm aspek teguran..syabas ustaz

    BalasPadam
  2. sahromnasrudin.. Terima Kasih:-)

    Sama la kita. Sy memang meminati Aa. Karektor Aa sebagai pendakwah+usahawan belum saya jumpa lagi sepertinya di negara kita.

    Membaca penulisan dan mendengar ceramah Aa banyak membentuk diri saya sebagai pendakawah dan usahawan.

    Buku Aa 'Saya Tidak Mahu Kaya tetapi Harus Kaya' banyak mengubah diri saya:-)

    BalasPadam