TOMBO ATI: 5 Cara Merawat dan Menyihatkan Hati
Imam Nawawi dalam salah sebuah karyanya- Kitab At-Tibyaan, ada memuatkan bait-bait puisi seperti di bawah:
- Khamsun hunna dawaul qalb (Ada lima perkara yang menjadi penawar hati)
- Qiraaatul quran (Membaca Quran)
- Wa qiyamul lail (dan melakukan sholat malam)
- Wa majaalisatus shalihien (dan berkumpul dengan orang yang baik)
- Wa ikhlaaul baathin (dan berpuasa)
- Wa tadharruindas shabaah (dan berdzikir menjelang subuh)
Di bawah ini pula ialah lagu yang dinyanyikan oleh Opick, menggunakan puisi Tombo Ati. Dikisahkan, beginilah bunyi puisi Tombo Ati dinyanyikan oleh Sunang Bonang sehingga Tombo Ati menjadi lagu rakyat. Dalam bahasa Jawa, Tombo bermaksud penawar; Ati bermaksud hati."Tombo ati iku limo perkarane (Ubat hati itu lima perkaranya)
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane (Yang pertama baca Quran dan maknanya)
Kaping pindho sholat wengi lakonono (Yang kedua solat malam dirikanlah)
Kaping telu wong rang sholeh kumpulono (Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh)
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe (Yang keempat perbanyakkan berpuasa)
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe (Yang kelima zikir malam panjangkanlah)
Salah sawijine sopo biso ngelakoni (Salah satunya siapa dapat melakukan)
Muki-muki Gusti Allah nyembatani(Moga-moga Allah Taala menyayangi)"
[Puisi Tombo Ati oleh Sunang Bonang]
Begitu pesan Nabi (SAW) dalam sebuah hadith yang agak panjang ketika Baginda memberi nasihat kepada para sahabat tentang perkara yang halal, haram dan subhah. Di hujung nasihat tersebut Baginda menyebutkan tentang seketul daging bernama hati.“Dalam setiap tubuh itu ada seketul daging. Sekiranya ia baik, baiklah seluruh tubuh itu.
Dan sekiranya ia tidak baik, maka tidak baiklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah, itulah hati”.
Hati manusia itu ada dua jenis. Satu, hati yang boleh dilihat iaitu satu organ dalam badan manusia yang dikenali dalam istilah sains dan perubatan sebagai ‘liver’. Satu lagi ialah hati yang tidak nampak iaitu yang dipanggil perasaan, jiwa dan emosi (dalam bahasa arab disebut ‘nafs’). Kedua-dua hati ini perlu dijaga kesihatannya. Ini diakui oleh pakar agama dan pakar kesihatan sekaligus.
Kedua-dua jenis hati mempunyai peranan penting dalam diri seseorang. Organ hati penting kerana ia menentukan kesihatan tubuh badan manusia manakala hati yang abstrak (perasaan, jiwa dan emosi) menentukan keperibadian dan pandangan hidup seseorang. Dalam lain perkataan, organ hati menentukan tahap kesihatan jasad dan hati abstrak menentukan kualiti emosi (EQ).
Di bawah ini pula ialah lagu Tombo Ati yang dipersembahkan oleh band Indonesia yang popular satu masa dulu. Anda kenal siapa? Ingat Ariel? Ingat PeterPan? Inilah dia Tombo Ati oleh PeterPan.
Jagalah Hati (Liver)
Hati (liver) merupakan organ paling besar dan paling berat di dalam tubuh kita, iaitu sekitar 1.3 kg. Hati berada di bahagian atas sebelah kanan abdomen dan di bawah tulang rusuk. Organ hati memainkan peranan yang penting dan besar dalam tubuh kita sesuai dengan saiznya yang besar dan berat itu. Sekurang-kurangnya lebih daripada 500 fungsi dan aktiviti dilakukan oleh hati.
Hati yang sihat boleh menapis racun dan melakukan proses detoksifikasi dengan optima. Jika hati tidak sihat atau sakit, racun dalam tubuh akan terkumpul dan menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit ringan seperti selsema, pening, mual, sakit kepala dan sembelit. Malah seseorang yang memiliki organ hati yang tidak sihat terdedah kepada risiko penyakit kronik seperti hipertensi, stroke, diabetes, jantung koroner, tumor, kanser, gagal ginjal, perlemakan dan pengerasan liver, kencing manis, darah tinggi, dan penuaan diri.
Hati sebagai organ tubuh perlu dijaga dengan menjaga kesihatan tubuh melalui senaman, rawatan seperti detox dan amalan pemakanan yang sihat. Banyak terdapat di pasaran dewasa ini, produk-produk kesihatan dan makanan tambahan khusus untuk penjagaan kesihatan hati. Selain pada itu, makanan-makanan tertentu seperti kolestrol, lemak dan sebagainya perlu dikawal. Begitu juga gaya hidup yang tidak sihat. Apatah lagi makanan dan minuman yang diharamkan seperti arak dan dadah yang boleh merosakkan hati manusia.
Insya Allah, bersambung... :-)
Ps: Kepenatan juga saya malam ini kerana lepas zuhur sampai la lewat petang tadi ada raptai untuk majlis khatamal Al-Quran anak-anak murid saya pagi esok.
Ps2: Pagi beberapa hari yang lepas saya dah buat draf projek yang hendak di-emelkan kepada Kak MasAyu. Niatnya nak emelkan pagi tadi tapi tak sempat kerana masalah internet. Oh ya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Ulang Tahun" yang pertama untuk blog Kak MasAyu di http://naufalsayang.blogspot.com. Semoga lebih sukses lagi:-)
Kak Mas ada buat peraduan sempena ulang tahun pertama blog beliau itu. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini
info tentang organ hati kat sini - Fungsi Organ Hati
BalasPadamarmouris, terima kasih kerana memberikan link buat menambah info berkaitan hati'
BalasPadam