Hari Sabtu a.k.a. hari cuti. Petang Sabtu yang santai, dapat juga saya meluangkan masa membaca Readers Digest (RD) edisi November 2009. Antara yang menarik dalam RD kali ini ialah sebuah kajian tentang kepercayaan manusia kepada syurga. Banyak negara yang termasuk dalam kajian ini antaranya US, UK, Singapura dan negara kita Malaysia. Nampaknya, baik di mana pun manusia itu berada, masih ramai (majoriti) yang mempercayai adanya syurga:-)
Kita tinggalkan dulu berkenaan kepercayaan manusia kepada syurga itu. Dalam post kali ini, saya ingin meluahkan pandangan saya terhadap sebuah isu yang melibatkan bidang agama dan dakwah di negara kita. Dalam seminggu ini, setiap hari kita dapat membaca sebuah isu yang agak kontroversi melibatkan seorang tokoh agama, persatuan peguam syarie, pejabat agama dan beberapa NGO Islam. Jika anda tahu dan faham isu apa yang saya maksudkan, mudahlah untuk anda memahami post ini:-) Insya Allah..
Saya tidak bermaksud untuk mengulas tentang isu tersebut di sini. Ramai sudah blogger yang mengulasnya, di akhbar juga begitu (termasuk surat dari pembaca). Lagipun, apakah manfaatnya, jika saya membincangkan isu tersebut di sini. Jika perbincangan itu nanti ada manfaatnya, Alhamdulillah. Namun bagaimana jika sebaliknya? Pilihan yang bijak, bagi saya ialah untuk tidak turut membincangkannya. Sudah ramai rakan-rakan yang membincangkannya. Di sini, sama cuma ingin menulis sedikit tentang perpecahan dalam umat kita, yang merugikan kita sendiri, yang melemahkan umat kita ini.
Islam sebagai sebuah agama yang benar dari Tuhan yang menciptakan manusia, tidak pernah menghalang segala fitrah manusia. Ya, masakan Tuhan yang menciptakan manusia, memberikan pula manusia agama yang bertentangan dengan fitrah mereka. Maha Suci Allah, sesungguhnya Dialah Tuhan yang menjadikan manusia dan menyediakan Islam sebagai agama yang sesuai dan tepat untuk manusia.
Islam tidak pernah menghalang manusia meneroka ilmu, apatah lagi untuk menghalang manusia daripada mempunyai ilmu dan pandangan yang berbeza-beza. Asalkan perbezaan pendapat itu adalah tertegak atas niat yang tulus semata-mata untuk kebaikan.
Sebagai contoh, perbezaan pendapat antara Saidina Abu Bakar (RA) dan Saidina Umar (RA) dalam hal mengumpulkan Al-Quran menjadi sebuah mushaf. Saidina Abu Bakar menganggap perkara itu adalah bida’ah kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah (SAW) dan beliau khuatir perkara tersebut adalah salah dan boleh membawa kesan buruk kepada umat Islam. Setelah Saidina Umar menerangkan rasional cadangan tersebut, Saidina Abu Bakar mengambil masa berfikir dan berbincang dengan beberapa sahabat yang lain. Akhirnya, Saidina Abu Bakar bersetuju dengan cadangan tersebut setelah menimbangkan kepentingan dan kesan positif usaha menjadikan Al-Quran sebagai sebuah mushaf kepada umat Islam pada masa itu hingga ke hari akhir. Inilah contoh ‘perbezaan pendapat yang membawa rahmat’ yang sesuai dengan maksud Baginda Rasulullah (SAW).
Namun, ketika melihat realiti yang berlaku di kalangan umat Islam mutakhir kini; perbezaan pendapat dalam umat Islam malah menjadi salah satu punca perpecahan umat Islam. Ini disebabkan oleh sikap kita yang hanya hendak menegakkan pendapat dan ego masing-masing tetapi mengetepikan soal kemaslahatan umat. Berbeza dengan umat terdahulu yang berbeza pendapat kerana mementingkan kemaslahatan umat.
Akhir zaman ini, umat Islam adalah umat yang terkenal dengan sikap berpecah-belah. Baik di dalam negara kita, baik di peringkat dunia mahupun peringkat yang lebih kecil seperti di dalam sebuah surau contohnya. Amat menyedihkan, dalam usaha untuk melakukan kebaikan dan amal ibadat sekalipun kita tetap berpecah belah.
Antara faktor yang memecah-belahkan umat Islam adalah percanggahan pendapat dan perbezaan prinsip. Islam yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) bukanlah agama yang menghalang perbezaan pendapat, malah dalam sunnah Baginda ada banyak contoh untuk kita teladani dalam menanggapi percanggahan pendapat dan perbezaan prinsip antara sesama kita.
Dalam sesuatu usaha untuk melakukan kebaikan, yang perlu kita utamakan ialah kebaikan pada jalan usaha itu dan kebaikan pada hasil usaha kita itu sekiranya ia direzekikan Allah untuk berhasil. Bukannya sikap mengambil hanya yang kita suka dan ada faedahnya bagi diri kita sendiri sahaja, tetapi menolak pendapat orang lain walaupun ia ternyata berfaedah untuk orang ramai. Sikap serupa itu bukanlah dari sifat seorang mukmin yang berkasih sayang dan bersaudara.
Umat Islam hari ini sebenarnya tidak kekurangan jamaah, badan dan persatuan yang memperjuangkan Islam dan Dakwah. Namun yang agak mengecewakan ialah, semakin banyak perkumpulan yang wujud, semakin berpecah belah pula umat.
Jamaah, badan dan persatuan Islam dan Dakwah yang sebenar seharusnya mengutamakan kekukuhan perpaduan dalam umat. Kemudian barulah usaha lain menyusul atau berjalan seiring dengan agenda-agenda penting yang lain. Semestinya, perpaduan dan kesatuan umat adalah perkara utama dan paling penting difikirkan dalam perjuangan amar makruf nahi mungkar serta apapun yang kita perjuangkan.
Umat Islam hari ini amat perlu kepada ukhuwah Islamiah untuk mengekalkan perdamaian dan keamanan dunia yang abadi biarpun masing-masing hidup dengan cara dan keadaan yang dipilihnya sendiri. Namun masing-masing saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tidak kira perpebezaan politik, jamaah, badan, persatuan, ilmu dan prinsip.
Islam menganjurkan kasih sayang antara manusia. Islam menganjurkan perdamaian dalam kehidupan dunia ini, dan Islam tidak ingin melihat manusia bercakaran antara satu sama lain; sama ada antara sesama Muslimin ataupun antara Muslimin dengan bukan Muslimin, ataupun antara puak-puak yang lain.
Marilah kita berusaha untuk menghidupkan semangat perpaduan dalam umat kita yang kian lemah dan semakin kalah hari ini. Marilah kita berusaha menjadi sebuah umat yang bersatu-padu, kukuh dan kuat serta tidak berpecah-belah. Umat yang saling menyayangi dan saling berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan terhadap saudaranya yang lain, serta mencuba untuk menghalang segala keburukan daripada saudaranya yang lain.

“Tidak akan kita kalah oleh Yahudi yang terlalu sedikit itu
jika sekiranya umat Islam adalah umat yang
bersatu-padu dalam melakukan kebaikan”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan