03/11/2009

Saya Seorang Usahawan Lelongan Online


Melihat pada bannner yang 'bergantungan' di blog ini, tentu ramai boleh mengagak bidang perniagaan saya di internet. Iya, saya seorang usahawan lelongan online (...yang baru bermula). Saya baru memulakan usaha saya di lelong dan ebay. Sekarang, saya juga sedang set-up sebuah blog dotcom berkaitan lelongan online. Blog biasa saja, hanya memuatkan catatan-catatan pengalaman, maklumat dan pelajaran yang telah sedikit demi sedikit saya perolehi.

Ramai menyangka untuk buat duit di lelongan online seperti di portal eBay dan lelong.com.my, kita perlu ada stok produk dan menjualnya. Sebenarnya, ada banyak lagi kaedah lain untuk membuat duit, malah membina perniagaan di eBay dan lelong.com.my. Membuat duit dan membina perniagaan, dua perkara yang berbeza. Membuat duit adalah proses jangka pendek, untuk try n error dan untuk mendapatkan wang. Membina perniagaan pula ialah mencari rentak dan membentuk trade mark. Erm, mungkin belum masanya saya bercerita lanjut tentang ini, saya kan newbie lagi..

Banyak sebab saya memilih untuk menceburi bidang lelongan online ini, salah satu sebabnya ialah TRAFIK. Apapun bentuk keusahawanan di internet, pendapatan adalah bergantung kepada trafik. Tanpa trafik, tiada pendapatan. Di eBay dan lelong, trafik sudah tersedia untuk kita. Tinggal saja lagi beberapa perkara yang perlu diperjuangkan antaranya; bertahan, bertahan dan terus bertahan:-)

Untuk menarik trafik ke lelongan kita juga bukanlah satu perkara yang susah di ebay dan lelong. Berbanding dengan 'persaingan' sengit untuk merebut trafik di enjin carian internet. Apapun, sebenarnya lelongan kita di eBay dan Lelong juga diindeks oleh enjin carian. (Bergantung terma dan Syarat:-))

PS: Ini rahsia tau:-) sebenarnya kita juga boleh buat duit di lelongan online dengan menulis. Serius. Ada satu cara tu, kita boleh dapat USD1 untuk satu tulisan (review). Hik2. Lagipun review tu boleh la di masukkan juga dalam blog.. boleh juga generate skit dari adsense ke, cj ke, cb ke:-)

PSP: Malu pula untuk menulis panjang.. kerana saya ni hanya seorang usahawan lelongan online yang baru bermula. Nantikan pelancaran blog lelongan online saya ya:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan