Memahami Sifat Sabar
Selalu difahami sabar itu sebagai lambat, perlahan, menangguh dan sebagainya dengan ungkapan-ungkapan seperti; ‘sabarlah…kalau dah rezeki tak ke mana’, ‘sabar dulu…tidak kan lari gunung dikejar’, ‘sabarlah…biar lambat asal selamat’ dan sebagainya. sebenarnya, kefahaman seperti ini adalah kekeliruan kita dalam memahami makna sabar.
Sabar itu bukan menangguh dan lambat. Selalu difahami sabar itu perlahan dan sabar itu lambat. Persoalannya dalam membincangkan soal sabar, bukan cepat atau lambat, bukan laju atau perlahan.
Sebagai seorang Usahawan Muslim, sabar itu ialah tenang dan tidak gopoh, kemampuan merancang dan mematuhi pelan tindakan, tidak terburu dan tidak sembarangan. Sabar bagi seorang usahawan muslim ialah, dalam setiap apa yang dilakukan dimulakan dengan merancang, kemudian berusaha sehabis mampunya. Soal lambat atau cepat bergantung kepada keadaan.
Sabar itu bukan menangguh dan lambat. Selalu difahami sabar itu perlahan dan sabar itu lambat. Persoalannya dalam membincangkan soal sabar, bukan cepat atau lambat, bukan laju atau perlahan.
Sebagai seorang Usahawan Muslim, sabar itu ialah tenang dan tidak gopoh, kemampuan merancang dan mematuhi pelan tindakan, tidak terburu dan tidak sembarangan. Sabar bagi seorang usahawan muslim ialah, dalam setiap apa yang dilakukan dimulakan dengan merancang, kemudian berusaha sehabis mampunya. Soal lambat atau cepat bergantung kepada keadaan.
(Klik Sini Untuk Lebih Memahami Kaitan Tenang dan Kelajuan)
3 Jalan Sabar Seorang Usahawan Muslim
Saya tertarik dengan pengertian dan kaedah sabar oleh Kiai Abdullah Gymnastiar a.k.a. Aa Gym (pendakwah terkemuka Indonesia-Malaysia) dalam ceramah beliau yang bertajuk ‘Indahnya Kesabaran’. Kaedah sabar Aa Gym ini sesuai untuk digunakan oleh kita sebagai Usahawan Muslim.
Menurut Aa Gym, sabar itu bukan pasrah. Sabar adalah jalan yang perlu ditempuh. Ada tiga jalan sabar yang mesti kita sempurnakan:
I. Sabar dalam meluruskan niat.
II. Sabar dalam menyempurnakan ikhtiar.
III. Sabar dalam menerima hasil.
(Klik Sini Untuk Download Rakaman Audio Ceramah Aa Gym Bertajuk ‘Indahnya Kesabaran’)
(Aa Gym)
Sabar Pertama Usahawan Muslim:
Sabar Dalam Menentukan Hala Tuju Perniagaan
Sabar Dalam Menentukan Hala Tuju Perniagaan
Pertama sekali, sebagai seorang Usahawan Muslim kita mesti menentukan hala tuju aktiviti perniagaan yang kita usahakan. Menentukan hala tuju ini akan membezakan sama ada usaha yang kita jalankan bernilai ibadah atau tidak. Hala tuju juga penting agar kita dapat mengawal fokus dalam apa yang kita lakukan. Tanyalah pakar atau mereka yang telah berjaya sebagai seorang usahawan, pasti mereka mengatakan ‘Fokus’ adalah salah satu daripada syarat kejayaan mereka.
Apa jua impian dan cita-cita kita untuk berjaya dalam dunia keusahawanan, sebagai seorang Islam, kita wajib menjadikan 5 TUJUAN HIDUP di bawah sebagai tujuan akhir segala usaha kita. Semestinya kita meninggalkan sesuatu yang tidak boleh sampai kepada tujuan yang lima ini.
5 TUJUAN HIDUP USAHAWAN MUSLIM
1. Untuk beribadah kepada Allah.
2. Menjadi khalifah di bumi Allah.
3. Menunaikan Rukun Islam Yang Lima.
4. Berusaha mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia juga akhirat.
5. Menghindar daripada api neraka.
Sebagai seorang Usahawan muslim, kita juga mesti menyedari bahawa dalam apapun yang kita lakukan, kita tidak terlepas daripada penilaian 5 HUKUM SYARIAT Islam iaitu;
1. Halal.
2. Sunat.
3. Harus.
4. Makruh.
5. Haram.
Sebagai seorang Usahawan Muslim, kita mesti berusaha untuk melakukan yang Halal, Sunat dan Harus serta menjauhi yang Makruh dan meninggalkan yang Haram dalam usaha kita.
Di sinilah sebenarnya kesabaran kita diuji. Di depan kita terhidang banyak cara dan jalan untuk mendapatkan rezeki dan wang ringgit di bidang keusahawanan, terserah kita untuk memilih yang mana. Biasanya yang halal itu mudah, memberi kenikmatan dalam berusaha dan boleh menambahkan ilmu dan kemahiran kita walaupun ia menuntut pengorbanan masa, idea dan usaha.
Biasanya yang haram itu nampak mudah, memberikan wang ringgit yang cepat dan tidak memerlukan usaha yang banyak, namun ia salah, berbahaya, tidak menambahkan kemahiran dan ilmu kita malah berdosa dan boleh menyeret kita kepada pengadilan hukuman di dunia.
Saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan usahawan muslim yang lain; agar kita mampu bersabar sebelum melakukan sesuatu. Tanya dulu diri apa niat di hati (TUJUAN). Tanya diri;
Sebelum melakukan sesuatu,
Tanya diri...
Perlukah ini dilakukan atau tidak perlu?
Betulkah melakukan begini atau tidak betul?
Apakah ini boleh memenuhi salah satu dari TUJUAN HIDUP YANG LIMA?
Apakah hukum sesuatu perkara yang hendak dilakukan?
Halalkah, sunatkah, haruskah, makruhkah atau haramkah?
Jangan terus melakukan sesuatu tanpa menilai dulu niat dan tujuannya.
Untuk apa? Apa hasilnya dan kesannya?
Bagaimana hendak melakukannya?
(Bersambung... Insya Allah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan