Yang Ke-50: Post Istimewa
(Alhamdulillah. Ini adalah post yang ke-50 di blog ini)
Alhamdulillah. syukur kepada Allah. Sebaik saya sampai di rumah kembali selepas bersolat asar di Surau At-Taqwa, permainan alam di luar sana pun bermula. Angin, hujan, awan, dan pokok mula berseronok. Angin berlari-lari agak laju. Awan tertolak riang persis sekumpulan kanak-kanak bermain tarik pelepah kelapa. Angin yang berlari-lari, juga membuat hujan menari-nari. Dahan dan daun pokok mengapai-gapai dan melambai-lambai kegembiraan mungkin kerana teruja melihat riang ria pesta angin, awan dan hujan. Alam di luar tidak ubah seperti sekumpulan kanak-kanak yang bermain, berkejaran dan berseronok.
Syukur kerana hari ini hari cuti persekolahan. Makanya cuaca di luar sana boleh dianggap sebagai pesta. Jika hari persekolahan, tentu saya merasakan kepayahan kesan hujan dan ribut begini. Bukanlah sesuatu yang mudah meredah hujan dan angin dengan menunggang motorsikal selama 25 minit. Sebenarnya feri boleh menjadi jalan pintas. Namun, kebiasaannya angin kencang akan menyebabkan sungai bergelombang agak tinggi dan feri biasanya tidak beroperasi sehingga cuaca kembali tenang. Jika pun feri mahu bergerak, saya tentu tidak sanggup berada di dalamnya meredah angin dan gelombang. Feri tentunya beroleng-oleng dan saya akan berada di dalamnya dengan perasaan yang penuh debaran:-)
'Pengembaraan' yang baru bermula 3 hari, sudah mula menghidangkan saya dengan cabaran dan dugaan. Alhamdulillah, hari ini, satu caraban yang menduga ketabahan sudah berjaya dilalui dan dilepasi. Ia memberi banyak pengajaran kepada saya dan ia menguatkan lagi keazaman saya. Terima kasih kepada Mr Saufi Lim yang membantu saya menyelesaikan masalah dan cabaran tersebut. Semoga Mr Saufi dan keluarga sentiasa beroleh kebaikan dan kasih sayang Allah SWT.
Post yang ke-Lima Puluh.
Saya memang menunggu saat ini...
Post yang ke-Lima Puluh. Saya memang menunggu saat ini. Sejak memulakan penulisan di blog ini pada hari Isnin, bertarikh 5 Oktober 2009 yang lalu; saya menetapkan untuk menulis satu post sehari untuk blog ini. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah gagal untuk melakukannya. Malah saya pernah menulis 2 post sehari di blog ini pada satu hari Jumaat yang indah.:-)
(Post pada 4 Oktober, 2009 tidak dikira kerana ia adalah untuk bantuan kepada kekotak Langganan Email RSS blog ini).
Mengapa post ke-50 ini sangat penting kepada saya? Selain daripada latihan disiplin diri, latihan menulis dan latihan ketabahan dan kreativiti dalam berkerja, ia juga berkaitan dengan amalan yang menjadi tabiat. Ada mengatakan, jika satu amalan dilakukan selama 40 hari, ia akan jadi tabiat dan sukar untuk diubah; kerana itu ahli hikmah mengingatkan kita untuk tidak berterusan melakukan perbuatan dosa, maksiat dan perbuatan yang tidak baik agar tidak menjadi amalan berterusan. Dalam buku 'The Secrets of Ebay Millionaires' Benjamin Wee menggalakkan setiap ilmu dan tips yang diajarkan dalam buku tersebut perlu diamalkan selama 7 hari sehingga ia menjadi tabiat. Bulan Ramadhan yang berlangsung selama 30 hari juga dikatakan bulan tarbiah untuk umat Islam.
Makanya, jika saya berjaya menerbitkan 50 post di blog ini, bermakna saya sudah melepasi semua pendapat tersebut dan Insya Allah, amalan menulis di blog ini akan menjadi tabiat saya. Tabiat menulis sangat penting bagi saya; sama ada saya sebagai guru agama, atau saya sebagai pendakwah, atau saya sebagai penulis, atau saya sebagai blogger, atau saya sebagai usahawan online.
Pentingnya penulisan dapat dilihat sejak zaman Rasulullah (SAW) lagi. Sumbangan yang diberikan oleh para sahabat yang mencatatkan ayat Al-Quran sangat besar kepada kita hari ini. Kemudian idea Saidina Umar (RA) untuk menjilidkan Al-Quran sebagai sebuah mushaf memudahkan umat sehingga hari akhir nanti untuk membaca dan bersama Al-Quran. Kemudian peranan yang disumbangkan oleh para ahli imu dan ulamak silam yang rajin menulis dan menyalin ilmu menjadi kitab adalah sangat besar untuk manfaat kita hari ini dan generasi depan. Peri penting huruf, tulisan dan penulisan tidak akan berkurangan sehingga hari Kiamat; kerana itu ayat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah (SAW) adalah perkataan 'Baca'. Tanpa sesuatu yang ditulis, apakah yang hendak dibaca?

Peri penting huruf, tulisan dan penulisan tidak akan berkurangan sehingga hari Kiamat; kerana itu ayat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah (SAW) adalah perkataan 'Baca'. Tanpa sesuatu yang ditulis, apakah yang hendak dibaca?
Alhamdulillah, selama 50 hari pertama blog ini saya usahakan, banyak ilmu dan kemahiran baru yang saya pelajari. Saya juga sudah berhubung dan bersahabat dengan beberapa blogger lain. Syukur juga, blog ini sudah meraih beberapa rezeki dalam 50 hari pertama ini.
Saya selalu menilai blog ini. Namun untuk permulaan, saya cuma ingin menilai satu perkara sahaja dulu iaitu; 'Adakah saya sayangkan blog ini?'. Alhamdulillah, saya sayangkan blog ini. Itu bermakna saya menikmati apa yang saya lakukan di blog ini dan itu adalah tanda blog ini memberi kepuasan kepada saya.
Doakan saya agar hari-hari berikutnya pada blog ini adalah sentiasa lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Begitu juga yang saya harapkan dan doakan untuk diri saya dan peribadi saya, Amin.

salam ustaz,
BalasPadamsemoga terus istiqamah dalam penulisan, agar lebih ramai lagi mendapat manfaat
Wslm wrb. Terima kasih Kak Mas.
BalasPadamInsya Allah saya usaha untuk istiqomah. Doakan saya ya:-)