Hari Minggu datang lagi. Selepas bercuti (dari kegiatan di internet dan berceramah/ kuliah); bermula pertengahan Ramadhan hingga seminggu Syawal, masa terasa begitu cepat berlalu. Iyala, kerana rasa-rasanya saya berkerja 'terlalu rajin' sejak 1 Oktober yang lalu. Menghadap laptop enam jam sehari, pada hari persekolahan; dan 8 jam pada cuti dan hujung minggu. Untuk menghilangkan tekanan, kebosanan dan kekejangan otot:-), saya bawak laptop ke library atau cybercafe.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah juga; tanpa dirancang, saya berehat juga sejak semalam. Entah mengapa, semalam saya berasa tidak tahu nak buat apa ketika menghadap laptop. Sedangkan semua kerja sudah dirancang, siap dengan draf, siap dengan planner, peta minda dan lain sebagainya. Akhirnya, saya tinggalkan laptop kerana merasakan hanya membuang masa. Saya cuba membaca buku; pun terasa tidak fokus juga. Astaghfirullah..
Akhirnya, saya ambik gunting, pembaris dan kertas. Saya gunting kertas tu, lipat-lipat dan bentukkan jadi bintang kertas. Seorang sepupu saya yang darjah dua berminat melihat apa yang saya lakukan, dia minta diajar, dan saya pun mengajarnya. Nak ambik gambar bintang-bintang tu untuk dimasukkan dalam post ini, malu pulak kerana tidak 'sempurna' dan 'belum cantik'. Guna kertas terpakai je:-) Yang pasti, seronok dan santai..
Petang lepas asar, saya mandi, siap-siap dan ke perpustakaan awam (tanpa bawa laptop). Alhamdulillah, jumpa beberapa buku yang tiada niat untuk dicari, tapi memang diperlukan. Lepas solat Isyak di perpustakaan saya balik ke rumah. Kemudian ke rumah nenek saudara saya, ada majlis kesyukuran sempena hari lahir seorang sepupu; dan seperti biasa, saya membacakan doa selamat:-)
Pagi tadi ke kenduri juga. Lepas zuhur kenduri lagi. Kawan baik saya nak bukak stall berger. Jadi kenduri tu makan berger dan seperti biasa lagi, saya yang membacakan doa:-) (Stall berger tu cawangan. Pengusaha utamanya ialah pak cik saya. Big Top Berger- Since 1993. Pernah terhenti beberapa tahun dan baru bermula semula pada 2006, sekarang ni dah ada 3 cawangan sume).
Berkumpul dengan saudara mara, sepupu sepapat dan sahabat handai di kenduri pada hujung minggu begini amat santai dan menyeronokkan. Selain makan minum, dapat berborak, bergurau dan ketawa:-)
Ps; Alhamdulillah, atas segala nikmat kurniaan-Nya. Masih dapat merasa nikmatnya makanan dan seronoknya bersama saudara-mara dan kawan-kawan. Sedangkan, pasti pada masa yang sama ada hamba Allah di tempat lain yang sedang mengalami nasib yang berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan