11/11/2009

Anda Biasa Beli Ebook?

Boleh Saya Bertanya...

ANDA PERNAH BELI EBOOK?

Mungkin ada yang marah dengan pertanyaan saya ini. Mungkin bagi mereka ebook sudah diterima-pakai oleh semua orang. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia ni yang belum pernah beli ebook (walaupun mereka biasa menggunakan komputer dan internet). Belum pernah beli ebook, bukan satu kenyataan mengejutkan di negara kita. Alangkan jika dibuat survey pun, masih ramai rakyat Malaysia tidak melazimkan membeli sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan.

Oh ya, tadi saya ke Balai Polis membuat laporan kad pengenalan saya hilang. Entah di mana la ia keciciran. Ini kali pertama saya kehilangan Kad Pengenalan saya. Dek kerana kehilangan KP itu memerlukan saya 'menunggu giliran' di Jabatan Pendaftaran dan di Pejabat Polis. Menunggu giliran di dua tempat ini sambil membaca buku membuatkan saya berasa seperti orang asing. Nak tahu kenapa? Kerana saya seorang yang menunggu sambil membaca buku. (Peliknya perlakuan saya, seperti makhluk dari planet Jupiter kata Azizi Ali)

Dalam post kali ini, saya tidak bermaksud hendak menulis tentang tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah berkenaan membeli ebook dan produk digital lainnya di Malaysia. Maksudnya dari penjual tempatan.

Saya ingat lagi, pertama kali saya membeli ebook dari IM tempatan, merupakan satu langkah kiri bagi saya. (tapi takpa, pengajaran yang besar saya peroleh dari situ). Saya sampai ke halaman tersebut dari iklan-iklan yang bergantungan di pelayar internet komputer saya. Saya baca, dan saya puji IM tu. Saya beli on the spot eh. (Sedangkan pakar IM kata, pelanggan membeli sekurang-kurangnya selepas enam kali membaca halaman jualan, tapi pakar silap dengan saya... saya beli tu ketika pertama kali saya datang ke situ).

Nak tahu antara sebabnya? Antara sebabnya ialah, kerana IM tu pernah masuk TV. (Bukan Dr Irfan, Azizi Ali, Irwan Dahnill, atau Eruwan Gerrry yang saya maksudkan ya. Bukan, orang lain ni..) Bila saya 'tengok' ebook tu, hmm... saya tak pernah baca habis pun sampai sekarang. Rasa-rasa macam pernah baca ya, tapi di mana. Sesekali saya ingat macam pernah baca di majalah. Namun bertahun selepas itu, bila saya ulang baca sebuah buku kewangan oleh Azizi Ali, ia mengingatkan saya dengan ebook itu. Eh, macam sama lah:-)

Mungkin anda juga seperti saya...
 * Anda pernah kecewa dengan kebanyakan ebook di internet?
 * Pernah tertipu dan terpedaya?
 * Janji tinggal janji?
 * Hanya peluang dan harapan yang kosong?
 * Tidak mendapat sokongan selepas jualan?
Dan jika anda belum pernah membeli ebook, jangan rasa rendah diri. Anda mungkin lebih bijak dari kami yang pernah terkeciwa ni:-)

Dipendekkan cerita kita malam ini, SmartZul (yang dengan 'Pekej Kit Blogger' beliau saya belajar memasang blog dotcom); dalam blog beliau semalam ada membicarakan mengenai perkara di atas. KLIK SINI UNTUK BACA ARTIKEL TERSEBUT

Semoga artikel tersebut bermanfaat dan dapat mengelakkan kita semua daripada terus tertipu dengan mereka yang suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain.

2 ulasan:

  1. saya pun tak pernah beli ebook. Saya lebih prefer beli buku kat kedai yg saya boleh baca beberapa helai ayat2nya sebelum buat keputusan utk mbeli atau tidak..

    Tapi ada banyak ebook yg boleh didapat secara percuma tak silap di http://wanmus.com/free-download
    (mana tahu mungkin bermanfaat)

    BalasPadam
  2. Oh akak pun reader WanMus jugak rupanye. Thank ya. Sebenarnya, untuk jual di ebay, ada lubuk ebook percuma. Bukan satu, dua puloh, tiga ratus.. bukan. Tapi beriban-riban ebook, article, software percuma dengan lesen MRR dan PLR:-)

    Sebab tu sekarang saya jarang beli ebook dah:-)

    BalasPadam