24/11/2009

‘Orang Yang Teruja Untuk Berkongsi’


  ‘Orang Yang Teruja Untuk Berkongsi’




Photobucket



Saya seorang Guru Agama. Menjadi guru agama, pada pendapat saya; wajib juga menjadi seorang Pendakwah. Walaupun sebenarnya, ramai juga guru agama yang tidak berdakwah:-) Namun, saya tidak suka mengajar.. saya lebih suka berkongsi. Saya belajar dan terus belajar dan saya sentiasa teruja untuk berkongsi apa yang saya telah pelajari.

Begitu juga saya sebagai seorang pendakwah, saya lebih suka berkongsi. Jika saya menemui satu kebaikan dan saya dapat mengamalkannya, saya akan mengamalkannya dan mengajak orang lain untuk mengamalkannya. Adakalanya, kebaikan yang saya temui tidak mampu untuk saya amalkannya, saya tetap teruja untuk berkongsi ia dengan orang lain. Bagi saya, mungkin kebaikan itu boleh diamalkan oleh orang lain. Namun ada yang beranggapan negatif dengan sikap saya itu, tapi tidak mengapa. Kita tahu apa yang kita lakukan dan Tuhan lebih tahu tentang kita dan adalah Dia Maha Mengetahui lagi Maha Adil.


Dalam tahun 2005, ketika majalah Al-Islam masih di bawah ‘kepimpinan’ Astora Jabat, saya kerap membaca tentang blog. Astora kerap menulis tentang buat duit dengan blog dan bengkel buat duit dengan blog ada beliau kendalikan.

(Saya sudah lupa edisi berapa, dan edisi itu tiada dalam simpanan saya lagi sekarang), di dalam Al-Islam pernah ditulis tentang seorang Islam yang mendapat RM1juta pertama beliau dari blog. Itu dari Google Ads. Sayangnya saya ketika itu terlalu ‘lembab’ kerana berfikir ia adalah mustahil bagi saya dan ia bukan bagi saya.

Insya-Allah, mungkin esok atau lusa saya akan menulis tentang rezeki pertama yang saya perolehi dari pengiklanan di blog ini.



Seperti yang saya taipkan sebelum ini, saya seorang Guru Agama yang lebih suka berkongsi ilmu daripada mengajar. Saya seorang Pendakwah yang berkongsi kebaikan lebih daripada berdakwah. Saya merasakan diri saya ini yang lebih perlu diajar, dididik dan didakwah. Oleh kerana itu, saya lebih yakin dan teruja untuk berkongsi lebih daripada mengajar, mendidik dan mendakwah orang lain. Maka, sebagai seorang blogger, saya juga begitu. Saya tetap dengan ‘keterujaan’ untuk berkongsi. Kini, saya mula mencari jalan agar lebih banyak orang yang ‘saya boleh berkongsi’ dengannya.

Maka dengan itu, saya pun merancang ‘Siri Panduan Percuma UstazCahaya’. Panduan bersiri tersebut akan saya edarkan dari semasa ke semasa bermula Disember nanti. Saya tidak bermaksud untuk mengajar sesiapa, apa yang saya rancangkan ini semata-mata kerana saya ingin berkongsi apa yang telah saya pelajari.

Sekali lagi anda perlu mengingati saya sebagai ‘Orang yang teruja untuk berkongsi’:-)


4 ulasan:

  1. "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang rela berkongsi walau sekelumit kebaikan dengan orang lain dengan hati yang ikhlas"

    Teruskan usaha anda...

    BalasPadam
  2. syabas, ustaz..teruskan niat murni ustaz.. ustaz telah mengerjakan perkara yg sewajarnya utk mengelakkan kemungkaran terus berleluasa

    BalasPadam
  3. YUZAFI->> Terima Kasih cekgu:-)

    Terima kasih Yuz atas kesudian memberi pendapat di blog saya ini. Berkongsi adalah kunci kebahagian dan kemakmuran dunia.

    [[Saudara Yuzafi adalah mentor saya di lelong.com.my. Beliau merupakan seorang penjual senior dan pro di lelong.]]

    BalasPadam
  4. sahromnasrudin->> Terima kasih atas galakan saudara:-)

    Sama-samalah kita berusaha ke arah itu.

    BalasPadam