Rabu, November 04, 2009

Mood Cinta Madinah






Jam di sidebar laptop menunjukkan pukul 10.05 malam. Di jam itu ada kalendar menunjukkan tarikh hari ini; 4 November 2009. Sejak lepas solat isyak tadi, ditemani oleh dendangan lagu-lagu arab dalam winamp seperti Albi Nadak (Seruan Hati), Athada Al'alm (Aku Mencabar Alam),  El-Hilm El-Arabi (Impian Bangsa Arab) etc, saya mula men'download' beratus-ratus produk digital dari luar negara.  Erm, kekadang kita kalah dengan tawaran di bawah USD10, dengan keghairahan kita menggumpul produk berlesen PLR terutamanya. Sebenarnya, mengumpul produk MRR dan PLR ni ada perlunya untuk usahawan online. Namun, saya memang jarang membelinya kecuali dengan offer bawah USD10 ataupun.. biasanya dapat percuma:-)

Sebenarnya kedatangan musim haji ini meletakkan saya dalam mood Cinta Madinah, itu yang layan lagu arab ni;-) Kali terakhir saya membaca novel itu (Cinta Madinah), seingat saya tiga tahun lalu (tahun 2006). Novel yang sederhana dari segi bahasa dan jumlah mukasuratnya tapi cukup mengesankan kepada saya. Tambahan pula dengan drama panjang adaptasi novel ini yang pernah disiarkan di televisyen, novel ini memiliki sentuhan dan elemen perasaan tertentu dan tersendiri kepada saya. Apapun, membaca semula novel ini mampu mengecas semula azam saya untuk terbang ke negeri Rasulullah iaitu Makkah dan Madinah. Ya, sudah dua tahun rasanya tabungan di Tabung Haji tidak bertambah;-)

Oh ya, semalam saya kepeningan kepala tapi syukur ia memberi rehat kepada saya yang sejak tahun 2009 ini sangat GIGIH BERKERJA ;-D. GIGIH tahap maksimas tu!

Dalam kelas petang tadi, semasa hendak menyemak bacaan seorang murid secara tidak sengaja saya terlihat muka depan mushaf Al-Quran yang dia gunakan. Saya terbaca catatan dalam tulisan jawi seperti berikut;

Istimewa buat (Nama Murid Saya Itu).

Carilah ilmu hingga ke liang lahad
dan peganglah agamamu
sekalipun suatu hari nanti
kau berada di atas.

Ikhlas Daripada (Cikgu dot dot dot).

Saya tanyakan anak itu, "Cikgu dot dot dot binti dot dot dot ke yang hadiahkan Al-Quran ni?

"Ya. Abdin dia bagi beg, Ustaz", kata anak murid yang agak saya sayangi itu (kerana dia sudah boleh membaca Al-Quran dengan baik dalam darjah dua walaupun dia ni seorang yang nakal).

Mengingatkan kawan lama saya itu (Cikgu dot dot dot), saya kembali ke zaman kanak-kanak saya. Ya, zaman kanak-kanak yang riang gembira tapi dalam riang ria itu, kami adalah kanak-kanak yang agak matang dan punya impian-impian murni dan besar. Ingatan terhadap zaman kanak-kanak saya itu dan mood Cinta Madinah yang saya selesai ulang baca pagi tadi, menggerakkan saya untuk memulakan penulisan novel yang sudah bertahun-tahun saya pendamkan itu.

PS; Bimbang ada yang berspekulasi tentang 'penantian' saya; cukuplah saya katakan ia bukan berkaitan hati dan perasaan atau urusan rumahtangga:-) Ia penting bagi saya, ya tolong doakan saya. Hehe itu saja;-)

PSP: ada orang kata saya pun boleh pegang watak Safuan (Zul Yahaya) dalam drama Cinta Madinah.. hehe.. ada saja:-)



1 ulasan: