Ahad, November 29, 2009

Bila Keldai Dipakaikan Serban


  Bila Keldai Dipakaikan Serban






Photobucket
(Imej cadangan daripada Google)


Post yang saya tulis semalam mengingatkan saya dengan kisah menarik ini. (Jika anda belum membaca post semalam- Sila Klik Sini Untuk Membacanya). Kisah menarik ini berkenaan seorang ahli sains yang berasal dari Tus, Iran. Namanya, Abu Ja’far Muhammmad ibnu Muhammad al-Hassan atau lebih dikenali sebagai Nasiruddin Al-Tusi.


Suatu hari Nasiruddin Al-Tusi memasuki sebuah kampung dan seluruh isi kampung itu meraikan kedatangannya.

“Selamat datang wahai ahli ilmu, ajarkan kami, ajarkan kami..” sambut penduduk kampung tersebut.

“Mengapa kamu mengatakan aku ahli ilmu?” Soal Nasiruddin Al-Tusi kepada orang-orang kampung.

“Kerana serban besar yang kamu pakai wahai Tuan”, jawab penduduk kampung.

Nasiruddin Al-Tusi lalu membuka serbannya dan diletakkan di kepala keldai yang dibawanya. “Ya, selepas ini kamu boleh belajar daripada keldaiku kerana ia adalah ahli ilmu sekarang justeru ia telah memakai serban besar di kepalanya”.


Catatan: Nasiruddin Al-Tusi (597H/ 1201M-672H-1274M) merupakan saintis Islam yang juga merupakan ahli falsafah, matematik, astronomi, matematik, teologi, pakar perubatan dan penulis kitab-kitab besar yang menjadi rujukan umat Islam dan bukan Islam dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya bidang sains, matematik, perubatan dan astronomi. Malah sebuah kawah di bulan telah dinamakan dengan nama beliau. Menyedihkan segelintir umat Islam hanya mengenali beliau sebagai ahli sufi.

2 ulasan:

  1. Sekarang ramai yang berserban, bercakap soal agama macam orang yang ahli dalam soal agama tapi rupany si bodoh yang tak tahu apa2.. Jahil Muraqab... sudahlah jahil, menyesatkan org dgn kejahilan mereka Na'uzubillah...

    BalasPadam
  2. MarDiah:

    Salam MarDiah. Itulah, silap kita juga kan.. menilai orang pada jubah serban nya; bukan pada orang nya. Nau'zubillah..

    BalasPadam